NIKAH.
Aku rasa tak bersemangat langsung hendak menjadi isteri Noel meskipun wajah Noel saja yang berseri - seri. Sesungguhnya, aku tak mengerti kenapa Noel mahu sangat berkahwin dengan aku?
Dia benar - benar mahu memiliki aku ke?
Sekali lafaz saja aku sudah pun menjadi hak Noel.
Aku menyalam tangan Noel dengan penuh santun selesai aku menyarungkan cincin pada jari manisnya. Manakala, Noel juga mencium lembut dahiku setelah dia menyarungkan cincin pada jari manisku.
Gambar diambil dengan mesra.
Aku sendiri pun tak tahulah betul atau tidak keputusan aku untuk menjadi isteri Noel meskipun sepupu aku menyatakan bahawa aku seorang yang bertuah memiliki Noel.
Selesai majlis, aku masuk ke dalam rumah untuk bersiap.
Noel pula berbual dengan kawan - kawannya sementarab menunggu aku.
Aku nampak Nuha sedang memakai kasut.
“Nuha baru je balik. Nuha nak pergi ke mana pula?” Tegurku dengan lembut apabila aku melihatnya yang kelihatan tergesa - gesa.
“Nuha ada kerja sedikit. Selamat pengantin baru, kakak!” Ucapnya ceria.
Aku menatap wajah Nuha.
“Nuha nak keluar dengan siapa?” Soalku.
“Nuha nak keluar dengan atuk sekejap. Abang Joshua pun ikut juga. Kakak jangan pergi ke mana - mana. Kakak kena duduk rumah sebab nanti Abang Noel cari isteri dia pula. Nuha pergi dulu tau!” Pamit Nuha dengan lembut lantas Nuha berlalu keluar dari rumah.
Aku hanya terkebil - kebil memerhatikan Nuha yang sudah menghilang disebalik pintu rumah.
Kenapa Nuha nampak teruja?
Mungkin sebab dia seronok aku berkahwin?
Aku rasa dari tadi dia asyik bermesej saja sewaktu aku sedang akad nikah. Dia tak fokus langsung.
“Jelita”. Aku memandang Noel yang datang menegurku.
Aku tersenyum nipis.
“Abang…” Tegurku.
Noel meminta aku menggunakan gelaran abang setelah aku sah menjadi isterinya.
Aku nampak Noel membawa adik bongsunya yang baru berusia beberapa bulan itu ke arahku.
Comelnya.
“Adik bongsu abang ni girl. Mummy dah tak nak bagi baby pada daddy dah. Mummy minta kita pula bagi cucu untuk daddy nanti. Kita kena fight Emuel dan Ayra”. Ujar Noel dengan sengihan.
“Siapa nama baby girl ni?” Aku menukar topik.
Aku tak selesa apabila Noel bercerita tentang anak.
“Nara Raisya. Jelita boleh panggil, Baby Nara”. Kata Noel padaku.
Aku mengusap lembut pipi gebunya itu.
YOU ARE READING
Ver 1: I Loves A Girl Who's Called Jelita
Romansa"My loves for you never ends", KATA orang, Jelita sangat cantik. Ya, sememangnya cantik dan sepadan dengan namanya kerana sepasang mata Jelita yang berbeza warna. Hansel Aufan mengakuinya kerana Jelita cinta pertama. Mal...