PUAN Rahima memandang pada si anak dara yang masih belum lagi sedar dari mimpi. Dia menggeleng, apa nak jadilah dengan anak dara zaman sekarang, tidur sampai tak ingat dunia! Puan Rahima merungut sendiri. Dia melipat naik lengan baju kurungnya hingga ke siku.
PAK!
Satu tamparan kuat mengenai lengan Naiha. Tak tunggu lama, sesaat setelah itu, Naiha terus terbangun. Matanya terbuka luas memandang ke arah Puan Rahima. Tersengih-sengih bila nampak si emak sudah bercekak pinggang.
"Engkau ni kan memang jenis tak reti nak bangun awal kan? Sekarang ni dah jam sembilan tahu tak. Kau pergi mandi lepastu kau bersiap. Kita ni kena pergi rumah Puan Afiqa!" marah Puan Rahima.
Naiha menggaru kepala.
"Kenapa nak ke sana pula? Apa yang kita nak buat?" tanya Naiha.
Berubah air muka Puan Rahima. Ini kalau lama-lama anak dara dia begini memang alamatnya ada yang di sumbat makan pasir. Boleh dia tanya pula?
"Kau dah lupa ka yang kita ni kena hias pelamin? Anak dia tu nak kahwin tahu tak!" satu cubitan hinggap di lengan Naiha.
Memang kenalah awal pagi begini. Naiha sudah memuncung bibir.
"Cepat bersiap!" arah Puan Rahima.
Pantas saja Naiha turun dari katil lalu dia berjalan longlai mengambil tuala lalu dia keluar dari bilik. Puan Rahima mengeluh, dia kemaskan tilam Naiha yang berselerak dengan anak patung bagai. Memang mengalahkan budak-budak.
***
Naiha memerhati saja banglo yang ada di hadapan. Banglo milik Puan Afiqa, satu-satunya banglo yang terbesar di Kampung Sinar. Hari ini sepatutnya Naiha dan Puan Rahima pergi ke rumah Puan Afiqa pada pukul lapan untuk mula menghias pelamin.
Tapi sebabkan Naiha lambat bangun, tertunda ke pukul sembilan.
Kerja Puan Rahima memang seorang penggubal dan penghias pelamin serta hantaran kahwin. Karna itulah Naiha sampai bercita-cita mahu menjadi pengusaha seperti sang emak.
"Maaflah sebab kami lambat Afiqa," ucap Puan Rahima kepada Puan Afiqa.
"Tak mengapalah Rahima. Tak perlu kelam-kabut pun," balas Puan Afiqa.
Mereka pun di pelawa masuk ke dalam. Naiha hanya ikut saja emaknya memandangkan lengannya itu ditarik oleh Puan Rahima. Takut juga kalau Naiha pandai hilang dari pandangannya. Naiha ini boleh tahan juga kalau merayau, boleh hilang tiba-tiba.
Puan Afiqa membawa mereka menuju ke pelamin yang ada di ruang tamu. Besok adalah pernikahan kepada anak Puan Afiqa dan majlis sandingnya terus saja di lakukan setelah selesai akad nikah. Naiha tersenyum kecil melihat pelamin yang baru separuh siap itu, bilalah agaknya dia hendak merasa naik pelamin ya?
"Naiha... jangan nak banyak berangan. Kita datang sini nak kerja bukannya nak pandang saja pelamin orang," tegur Puan Rahima. Naiha menoleh ke wajah si emak.
"Mak. Kalau Iha kahwin, mak boleh tak hiaskan pelamin Iha? Bagi hias macam puteri raja punya pelamin, boleh?" Naiha tersenyum.
Bibir Puan Rahima melarik senyum lebar. Kemudian satu cubitan lembut hinggap di kulit lengan Naiha. Memang benar nak kena betul anak daranya ini, belajar pun tak tamat lagi ada hati konon nak kahwin. Amboi!
"Jangan nak memandai. Engkau tu baru umur dua puluh tahun. Nak kahwin biar umur kau tu atas daripada dua puluh tahun, faham?"
"Kalau 21 tahun boleh?" Naiha tersengih. Satu cubitan diberi lagi oleh Puan Rahima.
"Tak payah nak cakap pasal kahwin lah. Dah, tolong mak apa yang patut. Jangan nak merayau pula dekat rumah orang. Faham tak?"
Naiha tabik pada si emak. Dia tahu apa yang dia tidak sepatutnya buat. Lebih lagi dekat rumah orang begini. Dahlah mereka datang hendak cari rezeki, menganggu pula orang rumah? Memanglah di halau mereka daripada situ. Daripada buat masalah, baik diamkan diri.
YOU ARE READING
PRETTY FATE BETWEEN US ✅️
Romance[ 13 | COMPLETE romance - short ] *unedited* Pretty Fate Between Us, adalah kisah tentang HADIF WASHIF dan NAIHA AIEYSA. Mereka tidak pernah bercinta mahupun berkenalan. Namun sekali pertemuan menjadi titik mula kisah mereka. Mereka berkahwin. Dala...