16

617 60 5
                                    

SENYAP saja di dalam kereta. Hadif tidak sepatah pun bercakap dengan Naiha pada pagi ini. Naiha kecil hati dengan perangai suaminya. Dia ada buat salahkahn? Jikalau ada, kenapa tidak bagitahu dan selesaikan cara baik kan?

Naiha mahu bertanya, tetapi serba salah. Jadi dia hanya mendiamkan diri. Sampailah ke kolej. Hadif langsung tidak membuka mulut. Naiha hanya salam dan keluar daripada kereta. Hadif pula terus memecut laju meninggalkan kolej Naiha.

Naiha berkerut dahi. Kenapa dengan suaminya itu. Tak akanlah dia nak marah pasal semalam? Naiha kan cuma berkenalan saja dengan wanita yang katanya kawan lama kepada suami dia. Itukah salahnya?

"Weh, Naiha!" panggil Nina.

Naiha pun menoleh lalu melambai pada Nina. Kaki dihayun menuju kepada Nina.

"Aik, mana husby kau?" soal Nina tercari-cari. Selalunya masih ada lagi kereta dia di hadapan sana. Kali ini tidak ada pula.

"Dia ada urgent meeting tadi. Itu yang dia gerak awal sikit," tipu Naiha. Dia tidak mahu memberitahu soal rumahtangganya kepada Nina. Ini aib dia. Biarlah dia yang simpan sendiri.

"Oh."

"Eh, dahlah. Jom masuk kelas," bawa Naiha.

***

Hadif meraup kasar wajahnya. Dia rasa sangat takut semalam sampaikan dia tidak mampu untuk membalas apa-apa. Kini, Naiha sudah kenal dengan Erisa. Hadif melepas keluh.

---

"Kenalkan, I Erisa. Kawan lama Hadif."7

Erisa menghulurkan tangan kepada Naiha. Naiha pula tersengih lalu berjabat tangan dengan Erisa. Erisa tersenyum.

"Saya Naiha. Isteri Hadif," ucap Naiha pula. Mereka meleraikan tangan.

"Oh, I see. It's nice to meet you, Naiha."

---

Hadif menopang pula dahinya dengan telapak tangan. Dia makin stres jika berterusan begini.

"Weh," panggil Sam.

Hadif mendongak. Terlihat Sam berkerut dahi memandangnya.

"Kau tak sihat ke?" soal Sam. Riak risau terpapar pada wajahnya. Dia pun duduk di kerusi.

"Aku sihat. Tapi ada masalah sikit."

"Masalah apa?"

"Semalam, aku terserempak dengan Erisa."

"Oh.... itu je pun."

"Tak. Masalahnya sekarang, isteri aku dah kenal dengan dia."

Sam agak terkejut.

"Serius lah?"

Hadif angguk.

"Diorang berdua siap salam lagi tau. Eh, aku takutlah weh."

Sam melepaskan nafas panjang.

"Ada baiknya kau terus terang je dengan isteri kau tu. Tak baik kau terus sembunyikan perkara sebenar."

Hadif meraup wajahnya.

"Masalahnya, aku tak sedia lagi. Naknya dia tahu lepastu dia pun minta cerai dengan aku macam mana? Aku dah mula sayangkan dia kut. Tak akanlah aku kena lepaskan juga orang yang aku sayang kalini."

Sam diam sebentar. Benar kata Hadif. Bahaya besar jika isterinya tahu akan perkara yang Hadif sembunyikan. Tapi persoalannya, sampai bila? Kalau tidak dia tahu sekarang, boleh jadi esok dia tahu. Lagi buruk kalau dia dapat tahu daripada mulut orang lain.

"Kau kena terus terang juga. Kalau tak, habis rosak rumahtangga kau."

Hadif hanya diam. Dia runsing fikirkan pasal benda ini. Semuanya tidak akan jadi kalau bukan Erisa itu tiba-tiba saja muncul. Kalaulah tidak, tentu Naiha tidak akan berkenalan dengannya. Sekarang, sudah terlambat untuk dia nak patah balik. Benda dah jadi pun.

***

"Lepastu? Kau rasa prof marah?" tanya Naiha. Sedang dia bersembang-sembang dengan Nina, mereka ditegur oleh seseorang.

"Hai, Naiha." Erisa membuka kaca mata hitamnya.

Berkerutlah dahi Naiha. Macam mana pula wanita ini boleh ada dekat kolej dia? Erisa tanpa banyak soal pun terus saja mempelawa Naiha buat minum-minum di starbuck yang tak jauh daripada kolej.

Naiha menyedut minumannya.

"I sebenarnya ada benda nak bagitahu you."

Naiha mengangkat muka memandang Erisa.

"Apa dia?"

"Sebenarnya, I ni bukannya kawan pada Hadif. Tapi I adalah bekas isteri dia."

Naiha agak terkejut dengan pengakuan Erisa.

"Tapi... dia tak pernah cerita pun pasal awak dekat saya. Awak jangan nak buat cerita." Naiha tidak percaya.

Erisa menjongket bahu.

"It's up to you nak percaya atau tak. Tapi I cakap betul. I dengan Hadif dah lama bercinta dan kitorang pernah kahwin."

"Okey. Kalau macamtu, kenapa bercerai?"

Erisa tersenyum.

"You tak tahu kan apa yang Hadif sembunyikan selama ni?"

Naiha berkerut dahi. "Maksud awak?"

"You ni kan sepatutnya selidik dulu siapa suami you. Dia tu penipu. Hipokrit. Even pasal I pun dia tak bagitahu. Inikan pula pasal benda lain."

"Tak. Saya tak faham apa yang awak cuba cakap sekarang. Apa benda yang Hadif sembunyikan ni?"

"You betul nak tahu?"
"Your husband tu sebenarnya mandul. Dia tak boleh nak bagi anak and guess what? I selama ni kena tipu dengan dia tau. That is why, I dengan dia bercerai." sambung Erisa.

Naiha tersengih.

"Pasal awak ni bekas isteri dia, saya boleh percaya. Tapi pasal dia mandul, saya tak boleh nak percaya. Boleh jadi awak tipu saya untuk rampas dia semula kan?"

Erisa tertawa.

"I nak rampas dia? Oh, come on! I dah kahwin tau tak. Dan yang pasti, dia tak mandul dan tak hipokrit macam your husband," kata Erisa.

"Saya tetap tak percaya," balas Naiha. Dia bangun dari duduk dan bersedia untuk pergi.

"Ikut suka you lah, Naiha. Tapi I dah bagitahu perkara sebenar. Kalau you nak tau kebenarannya, malam ni you boleh tanya dengan Hadif."

...bersambung

PRETTY FATE BETWEEN US ✅️Where stories live. Discover now