04

506 66 0
                                    

MATA Puan Afiqa menangkap figura Puan Rahima. Dia mengukir senyum, pantas saja kaki dia melangkah mendekati Puan Rahima. Ditepuk perlahan bahu wanita itu.

Puan Rahima menoleh.

"Eh, Afiqa. Tak perasan pula berbelanja juga di sini. Apa khabar Afiqa?" ramah saja nada Puan Rahima.

"Alhamdulillah baik. Rahima pula macam mana? Sihat?"

"Sihat.... Ni, macam mana dah anak Afiqa tu? Saya dengar diaorang dah berangkat bulan madu. Iyakah?" soal Puan Rahima.

Teringat pula dia tentang anak perempuan Puan Afiqa. Dia ada dengar berita tentang anak dan menantu Puan Afiqa itu sudah berangkat untuk berbulan madu.

"Iya, betullah tu. Baru kemarin berangkatnya."

"Mak, nak beli apa lagi ni?" celah Naiha.

Kedua wanita tua itu menoleh. Mereka memandang tepat ke arah Naiha yang sibuk membelek senarai pembelian barang. Naiha mencongak dan sedikit tersengih bila bertentangan mata dengan Puan Afiqa.

"Semua kau dah ambil ke dalam senarai tu?" soal Puan Rahima.

"Dah..."

"Hah, kalau sudah eloklah tu. Pergilah ambil apa makanan yang kau nak. Cepat sikit tau, mak dah nak bayar ni hah." Puan Rahima mengambil semula kertas dari pegangan Naiha.

Naiha mengangguk. Satu senyum diberi sebelum dia pergi ke bahagian makanan ringan. Mata Puan Afiqa memandang terus ke arah Naiha.

"Ni Rahima, anak dara kau tu dah berapa umur dia?"

"Anak aku itu baru saja 20 tahun," balas Puan Rahima.

"Dia tak adakah calon ataupun kekasih hati?"

"Amboi.... bertanya macam ada apa-apa saja ni Afiqa. Nak dijodohkan dengan anak lelaki kau ke?" kias Puan Rahima.

Puan Afiqa tertawa kecil.

"Sajalah aku nak bertanya."

"Hmm... tak ada. Lagipun, dia katanya nak fokus dengan pelajaran. Dia masih lagi nak sambung belajar." Puan Rahima menyimpan kertas tadi ke beg.

"Ohh. Di kolej mana dia nak sambung belajar tu?"

"Dekat Kolej Mara. Dia ambil bahagian perniagaan." Puan Rahima sedikit bangga bercerita.

"Wah, baguslah. Hah, Kolej Mara tu dekat Kuala Lumpur kan? Siapa kawan dia nanti?"

"Ada Ani yang teman. Tapi tak sama kolej. Lagipun Ani itu ambil bidang sains. Berbeza minatlah katakan."

"Oh, di mana pula Naiha nak tinggal?" terus saja Puan Afiqa melontar soalan.

"Tak tahu pula kalau soal itu. Katanya dia nak mohon untuk flat dekat kolej itu tapi entahlah bagaimana keputusannya."

Puan Afiqa mengangguk faham. Memang susah hendak memohon untuk tinggal asrama atau di flat kolej itu kerana ramai yang terlebih dahulu sudah memohon.

***

"Apa yang mak borak dengan Puan Afiqa tadi?" soal Naiha melabuhkan elok punggungnya di tangga rumah.

"Tak ada benda pun. Saja sembang-sembang kosong."

"Yelah, apa bendanya?"

"Eh, budak-budak mana boleh campur urusan orang tua. Tak payah nak sibuk. Yang kau tu dah siapkan belum segala baju nak ke Kuala Lumpur nanti? Hujung bulan ni kan kau dah nak naik kolej dah."

Naiha menggaru kepala.

"Belum lagi mak. Awal lagi kalau nak berkemas. Kan ada dua minggu lagi. Biarlah dulu. Lagipun makcik si Ani tu kata nak ambil petang juga."

PRETTY FATE BETWEEN US ✅️Where stories live. Discover now