HADIF turun daripada bilik. Kaki di hayun menuju ke dapur untuk bersarapan. Puan Afiqa sudah pun menyiapkan nasi goreng buat mereka jamah bersama.
"Selamat pagi, Hadif." ucap si ibu kepada Hadif.
"Selamat pagi, ibu."
Agak pelik bila si ibu tiba-tiba mengucapkan selamat pagi. Selalunya tidak. Hadif melabuhkan punggung di kerusi.
"Hah, dah fikir apa yang ibu kata semalam?"
Hadif hanya mendiamkan diri. Rupanya ibu belum lagi melupakan soal kemarin. Sudah pun Hadif tolak, kini mahu pula dia fikirkan?
"Hadif, ibu buat ni semua sebab Hadif. Kalau Dif tak kahwin, ibu risau tahu tak. Dif perlukan seseorang."
Diam.
"Kalau Dif masih perlu masa untuk bersedia, ibu akan bagi masa. Dif, kena ingat tau. Umur Dif sekarang dah 25 tahun. Inilah peluang Dif untuk berumahtangga semula."
Diam.
Hadif mulai menjamah nasi gorengnya setelah bacaan bismillah tadi dia lafaz. Dia bukan mahu bersikap biadab terhadap si ibu, tetapi dia malas saja mahu menjawab akan soalan yang dia sudah beri jawapan sebelumnya. Puan Afiqa pun hanya menjamah makanannya.
***
Hadif keluar dari rumah.
Dia bukannya mahu larikan diri. Tetapi dia mahu tenangkan diri. Fikiran dia asyik kusut bila fikir soal kahwin. Ibu pula tak habis-habis ulang benda yang sama. Mahu tak mahu, kata setuju kena juga dia ucap. Tapi berat hati Hadif untuk terima orang baru.
"Ah, kenapa masuk dalam longkang ni?" suara seorang gadis menerpa masuk ke telinga Hadif.
"Meow, sinilah!"
Hadif menoleh. Kelihatan Naiha yang sedang menunduk ke longkang. Hadif hanya memerhati dari jauh.
Naiha melepaskan keluh. Nampaknya dia tidak ada pilihan lain. Pantas saja dia terjun ke dalam longkang. Agak terkejut bila Hadif melihat.
"Hah, lain kali jangan main tepi longkang!" marah Naiha.
Dia bangun dari cangkungannya dengan mengangkat seekor kucing. Habis basah tudung dan baju Naiha terkena badan kucing yang bermandikan air longkang. Naiha pun naik semula ke atas.
"Meow, lain kali jangan main dekat longkang tau." Naiha menasihati kucing itu.
Hadif mengukirkan senyum kecil melihat Naiha.
---
"Aww, honey, kucing tu! Jom kita bagi dia makan. Kesian dekat dia," ujar Erisa.
Tangan Hadif dia tarik menuju ke arah si kucing hitam yang kurus. Erisa memberikan waffle yang dia beli tadi. Kucing itu makan dengan rakus. Nampak benar laparnya.
"Kesianlah dekat dia," ucap Erisa. Tangan dia naik mengusap kepala kucing itu.
---
Hadif teringatkan tentang Erisa. Erisa juga penggemar kepada kucing. Selalu saja minta untuk di belikan kucing tetapi Hadif ini alergik kepada bulu kucing. Tentulah gatal satu badan dia nanti. Sebab itulah rumahnya tak ada seekor pun kucing.
Hadif pulang ke rumah.
Dia melihat si ibu yang sedang menonton televisyen. Langkah di atur mendekati si ibu. Dia duduk di sofa.
"Hah, baru balik? Pergilah makan. Ibu dah siapkan dah makanan untuk kamu." kata Puan Afiqa namun matanya fokus pada televisyen.
"Dif setuju," ucap Hadif.
YOU ARE READING
PRETTY FATE BETWEEN US ✅️
Romantik[ 13 | COMPLETE romance - short ] *unedited* Pretty Fate Between Us, adalah kisah tentang HADIF WASHIF dan NAIHA AIEYSA. Mereka tidak pernah bercinta mahupun berkenalan. Namun sekali pertemuan menjadi titik mula kisah mereka. Mereka berkahwin. Dala...