NINA mengejar langkah Naiha. Naiha berpeluk tubuh, tidak mahu memandang langsung ke wajah Nina. Dia marahkan lelaki itu kerana cuba-cuba untuk merampas Hadif. Dia tidak suka bila suaminya itu jadi perhatian. Terlebih lagi dengan si sotong ini.
"Weh, tunggulah aku, Naiha!" panggil Nina.
Naiha sengaja memekakkan telinga. Dia tak mahu bercakap atau pun dengar apa yang Nina mahu katakan. Hati dia itu cukup sakit bila Nina sengaja mengenyitkan mata pada Hadif pagi tadi. Kalaulah Naiha tidak kenal dengan erti dosa, tentulah dia jolok dua biji mata Nina.
"Naiha!" panggil Nina lagi.
Naiha menghempaskan punggung di bangku. Dia berpaling sebaik sahaja Nina duduk di sebelah. Malas dia mahu pandang muka Nina. Makin panas pula dia rasa. Karang tak pasal-pasal ada yang makan penampar.
Nina menghembuskan nafas. Susah benar nak memujuk kawan dia ini. Dia usik sikit sajapun. Tak akanlah sampai tak nak berkawan langsung?
"Naiha, dengarlah apa aku nak cakap...." pinta Nina.
Naiha menutup terus kedua belah telinga dengan telapak tangan. Dia malas mahu dengar alasan, alasan, alasan!
"Naiha...." lirih Nina.
"Ah, tak nak dengar. Tak nak dengar, tak nak dengar. La la la la la la la," ucap Naiha berulang-ulang kali. Sengaja dia buat begitu sebab tidak mahu dengar alasan Nina.
Nina mencebik. Dia memuncungkan bibir.
"Kalau kau tak nak dengar, serius aku cakap aku akan ambil suami kau."
Mata Naiha membulat besar. Spontan kepala pun di kalih pada Nina. Lelaki itu hanya tersenyum miring. Naiha mengetap bibir. Tangan dia turunkan dari menekup telinga.
"NINA!!!" seru Naiha kuat.
Bergema satu kolej kerana jeritan daripada Naiha. Nina pula yang berganti menekup telinga.
"Aku sumpah kau jadi katak kalau berani ambil suami AKU!" marah Naiha.
Para pelajar yang lain terus saja menoleh pada mereka. Riak pelik di tayangkan. Kenapa memekak pula di tengah hari begini? Mulut tu cakap pelan sikit sudahlah. Mereka yang lain berbisik-bisik mengumpat Naiha dan Nina.
"Weh, sudahlah! Kau jerit macam aku ni ada dekat Poland tahu tak! Aku boleh dengarlah apa kau cakap!" marah Nina. Diusap telinga kiri yang hampir pecah gegendangnya itu.
Naiha menghempas kuat tapak tangan ke meja. Pandangannya mencerlung tajam.
"Kau tahu tak. Kau tu lelaki. Kau sedar diri boleh tak?!" tidak puas hati bila Naiha ingat apa yang Nina katakan.
"Aku tahulah! Aku cakap saja untuk main-main!"
Naiha berpeluk tubuh.
"Kau tu alasan. Nanti esok-esok cakap benda yang lain pula."
Nina menghembus nafas.
"Aku minta maaf sebab aku melampau. Yalah, aku ni saja nak main-main. Tapi.... Aku tak tipu pasal suami kau tu hot."
Naiha menikam lagi anak mata Nina.
"Bukan bermakna aku suka. Aku puji aje. Kau janganlah fikir aku ni keturunan songsang pula. Aku ni pun ada minat tersendiri juga dengan perempuan. Dan yang pasti, bukan macam kau."
Naiha menjeling. Cakap orang. Macamlah dia mahu sangat dengan Nina. Dengan muka dia berspek empat segi sama itu. Dia fikir dia macho? Macho lagi datuk aku dulu.
"Dahlah, aku malas nak layan kau." Naiha memalingkan wajah.
Nina hanya tersenyum kecil.
"Tak sangka eh. Kau ni rupanya kuat cemburu juga."
"Eleh, bukan ada kena mengena dengan kau pun. Aku cemburu sebab dia suami aku."
"Iyalahtu..."
"Diam."
Nina tertawa kecil lagi. Kecil-kecil Naiha begini pun kuat jeles. Nasib sajalah Nina ini waras lagi. Tidaklah dia nak merasa dup dap dup dap kalau melihat sisi imut Naiha.
Hei, Nina pun ada taste tersendiri tau. Kalau dengan Naiha, memang Nina akan tolak.
***
"Kelas harini macam mana? Okey?" Hadif menyoal.
"Hmm, okey je. Nina tu yang tak berapa nak okey." Naiha mencebik kecil. Kalau diingatkan kembali, rasa marah pula.
"Apa pula yang dia buat?"
"Dia itu lah. Puji awak lebih-lebih. Saya marahlah dia."
Hadif tersenyum kecil. Naiha terus saja menoleh. Berkerut dahi dia memandang Hadif.
"Awak pun nak gelakkan saya?"
"Eh, mana ada saya gelak. Saya tak gelakkan awak. Saya senyum aje. Yalah, rasa beruntung sebab saya dah rasa balik perasaan sebagai orang yang dicemburui."
Makin berkerut dahi Naiha. Apa yang Hadif maksudkan? Sebelum ini dia pernah bercinta? Kenapa Naiha tidak tahu apa-apa soal ini? Dia bingung sendiri. Namun tampak wajah Hadif itu benar-benar ceria.
Memang benar, seperti dia kehilangan sesuatu yang pernah berharga untuknya. Tapi Naiha sendiri tidak tahu apakah ia.
...bersambung
YOU ARE READING
PRETTY FATE BETWEEN US ✅️
Romance[ 13 | COMPLETE romance - short ] *unedited* Pretty Fate Between Us, adalah kisah tentang HADIF WASHIF dan NAIHA AIEYSA. Mereka tidak pernah bercinta mahupun berkenalan. Namun sekali pertemuan menjadi titik mula kisah mereka. Mereka berkahwin. Dala...