03

536 69 4
                                    

TANGAN tua milik Puan Afiqa di salam lembut oleh Hajiqa dan Arzan. Hari ini mereka mahu berangkat ke Langkawi untuk berbulan madu. Hajiqa yang memilih tempat itu untuk destinasi honeymoon mereka berdua.

"Nanti jaga diri tau dekat sana," pesan Puan Afiqa, riak risau di tayang.

"Ibu janganlah risau. Jiqa pandailah nak jaga diri, Arzan pun ada sekali. Ibu tu jaga diri dekat sini, jaga kesihatan." giliran Hajiqa berpesan.

Tersenyum Puan Afiqa mendengar. Syukurlah dia ada anak yang masih hirau akan dirinya.

"In sha Allah," ucap Puan Afiqa.

"Abang pun. Jaga ibu tau dekat sini. Jangan lupa apa yang Jiqa pesan dekat abang sebelum ni."

Hajiqa mahu abangnya itu untuk mencari pengganti. Tidaklah nanti si abang kesunyian di rumah nanti. Ada yang hendak menjaga makan pakainya.

Hadif hanya menayang senyum tipis. Manalah dia hendak mencari pengganti? Nak cari pengganti bukannya senang.

"Zan.... Jaga isteri kamu ni elok-elok tau," pesa Puan Afiqa kepada Arzan.

Arzan yang berada di sebelah Hajiqa mengangguk iya pada pesanan ibu mertuanya. Wajiblah dia jaga si isteri. Itu kan tanggungjawab.

"Kami gerak dulu ya, ibu."

Hajiqa memeluk si ibu untuk terakhir kali sebelum langkah di atur masuk ke dalam perut kereta. Kereta Honda merah bernombor plat 1122 itu meluncur meninggalkan perkarangan rumah.

Puan Afiqa masih saja memerhati pada kereta milik Arzan walau sudah tak kelihatan bayang. Dia melepaskan nafas kecil. Dia risau kepada anaknya.

"Dahlah ibu, jom kita masuk," ajak Hadif.

"Haih, nanti seorang-seorang lah ibu dekat rumah ni Dif. Tak ada dah anak yang nak temankan ibu." suara Puan Afiqa sayu meluah.

"Janganlah ibu cakap begitu pula. Hadif kan ada."

Puan Afiqa menoleh ke arah Hadif. Dia pandang lama wajah Hadif.

"Kamu itu pun tak lama nak balik semula ke bandar. Ibu pula yang bersendirian di sini."

Mendengarkan itu, Hadif merasa tersentuh. Rasa berat hati pula hendak meninggalkan ibu sendirian di kampung. Tentu sunyi wanita ini nanti.

Hadif mengusap perlahan bahu Puan Afiqa.

"Sudahlah ibu. Hadif boleh temankan ibu. Hadif pun masih lagi bercuti sekarang."

Puan Afiqa menarik senyum di bibir.

"Kamu betulkah nak balik semula ke sana?" tanyanya.

Hadif jeda sebentar.

Jujur dia katakan, dia belum lagi bersedia mahu pulang setelah penceraian dia dengan Erisa, dia agak serik dengan hal itu.

"Marilah kita masuk ke dalam ibu. Dif ada banyak benda nak ceritakan dekat ibu," balas Hadif.

Dia sengaja mahu menukar topik agar tidak di persoalkan terus oleh Puan Afiqa mengenai hal Erisa.

PRETTY FATE BETWEEN US ✅️Where stories live. Discover now