HADIF termenung panjang di balkoni. Dia menghela nafas. Dia kembali merasa getaran di dalam dada.
---
Erisa dengan selambanya duduk di kerusi. Hadif yang terkejut itu dia tak hirau sama sekali. Sebaliknya, itulah reaksi yang Erisa tunggu-tunggu.
"I datang ni sebab nak sampaikan projek yang my husband sepatutnya bincang dengan you." Erisa meletakkan sebuah fail, lalu dia letakkan ke atas meja.
Hadif menelan air liur yang terasa payau. Perlahan-lahan dia kembali melabuh punggung. Dia memerhati ke wajah Erisa yang turut sama memandangnya.
"You apa khabar sekarang?" tanya Erisa.
"Khabar baik," jawab Hadif sepatah. Dia kemudian mengalihkan pandangan.
Tangan Hadif naik menyentuh fail yang di bagi Erisa. Dia teliti akan maklumat yang tertulis di atas kertas itu. Dibelek pula hingga ke muka surat sebelah. Erisa hanya memerhati.
"So, you punya kehidupan sekarang macam mana?" tanya Erisa lagi. Sengaja dia mahu menyakitkan hati Hadif.
Hadif dengan tenang membalas, "Alhamdulillah. Okey saja."
"Oh. Then, how about wife?" Erisa menopang dagu.
Hadif menghela nafas. Memang Erisa Edna ini mahu menyakitkan hati Hadif. Perasaan benci dia terhadap Hadif itu bersarang di dalam hati Erisa sejak dari dulu lagi.
"Alhamdulillah, saya dah kahwin." akhirnya Hadif membalas.
Hadif menutup fail yang dia baca tadi. Erisa agak terkejut mendengar Hadif yang ternyata diam-diam sudah ada isteri baru.
"Bukan you kata you cintakan I sorang je ke?"
"Kalau awak boleh berubah hati dalam sekelip mata, kenapa saya tidak? Lagipun, yang pegang hati saya ni bukannya diri saya. Tapi Allah. Dia yang bolak balikkan hati saya untuk jatuh cinta. Jatuh cinta semula namun bukan pada orang yang sama," ucap Hadif.
Erisa mengetap gigi. Kemudian senyum senget dia larik.
"You wait until your wife know what exactly you're hiding."
Erisa bangun dari duduk.
"Oh, I bet that she doesn't even know that you kept a big secret right? Wow, I fikir you bolehlah berubah after I tinggalkan you. But still, no?" Erisa tertawa sinis.
"You are the worst man ever," tusuk Erisa. Dia menjeling kemudian menghayun kakinya keluar dari pejabat Hadif.
---
Hadif meraup kasar wajahnya. Dia menghembuskan nafas panjang. Dia takut jika Naiha tahu akan rahsia yang selama ini dia simpan rapat.
"Awak buat apa dekat luar ni?" soal Naiha.
Terjongket bahu Hadif, spontan tubuhnya itu dipusing ke belakang. Naiha berdiri di mulut pintu sambil memandang hairan pada Hadif. Hadif mengukirkan senyum kecil.
"Saya saja ambil angin. Awak tak tidur lagi ke?"
"Belum..." jawab Naiha.
Naiha mendekati Hadif. Dia berdiri di sebelah lelaki itu. Pandangannya di biarkan pergi ke atas langit. Memandangi langit yang gelap. Seketika, Naiha menjatuhkan pandangan pada wajah Hadif.
"Awak ada masalah?" Naiha bertanya.
"Biasalah. Masalah dekat pejabat. Tak ada apa pun yang serius."
"Yeke? Atau awak sebenarnya ada benda yang awak nak cakap tapi awak tak berani nak cakap?" tanya Naiha lagi.
Hadif tersenyum.
"Tak ada apa pun, awak."
Naiha melepaskan nafas kecil. Dia rasa Hadif ada sembunyikan sesuatu. Naiha mahu cuba korek tapi asyik tidak dapat. Lelaki ini tahu cara mahu mengelak. Huh!
Hadif menjeling kecil ke arah Naiha di sebelah. Bukan masa yang sesuai untuk dia bagitahu Naiha. Dia tidak bersedia lagi untuk Naiha tahu akan rahsia terbesarnya. Yang selama ini dia biarkan terbenam agar tak ada sesiapa pun dapat menggalinya keluar.
Hadif takut jika dia ditinggalkan lagi.
...bersambung
YOU ARE READING
PRETTY FATE BETWEEN US ✅️
Romance[ 13 | COMPLETE romance - short ] *unedited* Pretty Fate Between Us, adalah kisah tentang HADIF WASHIF dan NAIHA AIEYSA. Mereka tidak pernah bercinta mahupun berkenalan. Namun sekali pertemuan menjadi titik mula kisah mereka. Mereka berkahwin. Dala...