HADIF menyarungkan kasut ke kakinya. Dia kemudian berdiri bercekak pinggang. Matanya memandang ke arah matahari yang baru saja naik ke langit.
"Eh, nak ke mana awal pagi ni Dif?" soal Puan Afiqa.
Hadif menoleh lalu senyum dia ukir.
"Dif nak pergi joging sekejap. Ibu nak ikut ke?"
"Oh. Eh, tak naklah ibu. Ibu dah tua begini dah tak larat nak lari-lari ni."
Hadif tertawa kecil.
"Joging ni senaman ringkas je ibu. Elok untuk kesihatan."
"Hmm, tak apalah. Ibu ada benda nak kena buat. Kamu seorang sajalah pergi. Oh ya, jangan balik lewat sangat tau. Temankan ibu nanti ke kedai," kata Puan Afiqa.
"Baik ibu. Dif jalan dulu ya. Assalamualaikum," ucap Hadif. Dia menyalam lembut tangan si ibu.
Hadif pun beredarlah dari rumah. Puan Afiqa hanya menghantar ekor matanya pada kelibat Hadif yang kian hilang. Dia tersenyum, ada bagus juga anaknya itu keluar, tak adalah terlalu stres memikirkan kenangan lalu. Puan Afiqa pun berlalu ke dapur. Hari ini dia mahu masak rendang. Sudah lama tak makan rendang, rasa rindulah pula.
***
"Mak!" panggil Naiha.
Tiada sahutan daripada Puan Rahima. Naiha berdecit. Dia masuk semula ke dalam dapur, matanya meliar mencari keberadaan si emak. Naiha berkerut bila tidak jumpa pun si emak di dapur.
"Mak!" panggil Naiha lagi.
Namun sama sahaja. Masih tak ada sahutan. Makin berkerutlah dahi Naiha. Dia pun berjalan masuk ke dalam ruang tamu pula. Mata dia masih lagi cuba untuk mencari Puan Rahima. Kemudian, kaki dia dihayun pula ke bilik si emak.
"Mak?"
Puan Rahima menoleh. Terlihat Naiha yang menguak pintu daripada luar. Naiha memandang pada si emak yang sedang menonton drama di komputer. Naiha menepuk dahi. Ingat ke manalah emak dia ini. Rupanya tengok drama Korea dekat dalam bilik?
"Apa mak ni. Iha panggil mak tak dengar pun," rungut Naiha.
"Maaflah. Mak tengah melayan cerita anyeonghaseyo ni hah. Seronok cerita dia. Pelakon dia pun hensem," puji Puan Rahima.
Naiha pun menjenguk ke skrin komputer. Pada atas skrin terteralah nama drama tersebut. Mouse. Naiha terus saja menggaru dahinya. Cerita ini rupanya.
"Ini cerita pasal pembunuhan lah, mak. Sejak bila mak minat cerita macamni?"
Hairan bila wanita itu tonton drama Korea. Selama ini elok saja melayan drama Melayu. Sekarang dah tukar selerakah?
"Alahai, saja mak nak tukar angin. Lagipun bosan juga kalau asyik dengar bahasa Melayu saja. Nak juga mak belajar bahasa lain. Macam bahasa Korea ni. Mak reti juga sikit. Anyeonghaseyo dengan kamsamida."
Naiha mengetap bibir. Entahlah emak dia ataupun emak orang lain yang ada di hadapan sekarang. Lain ni. Naiha menghembus nafas. Suka hatilah. Yang penting dia happy.
"Nanti mak nak tengok pula cerita Pangako Sayo tu. Jiran kita kata seronok," sambung Puan Rahima. Matanya difokuskan pada skrin komputer.
"Hmm.... Suka hati mak lah. Ni, Iha nak keluar kejap. Boleh tak ni? Nak beli aiskrim kejap."
"Boleh. Belikan mak aiskrim metropop satu," balas Puan Rahima dengan matanya masih tertumpu pada skrin.
Berkedut dahi Naiha. Aiskrim metropop? Itu bukan aiskrim yang ada dekat kartun Upin Ipin ke? Naiha memandang lama wajah emak. Biar betullah wujud aiskrim tu? Puan Rahim menoleh.
YOU ARE READING
PRETTY FATE BETWEEN US ✅️
Romance[ 13 | COMPLETE romance - short ] *unedited* Pretty Fate Between Us, adalah kisah tentang HADIF WASHIF dan NAIHA AIEYSA. Mereka tidak pernah bercinta mahupun berkenalan. Namun sekali pertemuan menjadi titik mula kisah mereka. Mereka berkahwin. Dala...