15

582 57 3
                                    

NAIHA yang sedang masak bihun udang itu di perhati lama oleh Hadif.

"Awak," panggil Hadif setelah puas dia merenung Naiha.

"Hmm?" balas Naiha. Dia fokus pada masakannya. Takut pula tidak sedap nanti.

Hadif bangun dari duduk. Kakinya melangkah mendekati Naiha.

"Kenapa?" Naiha menyoal.

"Erm, saya sebenarnya nak tanya kalau-kalau awak free malam ni."

"Malam ni?" Naiha mematikan api gas. Kemudian dia berpaling. "Kenapa awak tanya?"

"Saya nak ajak awak pergi dinner dekat luar."

Naiha berkerut dahi. Tidak pernah-pernah nak mengajak makan di luar. Selalunya minta di masakkan saja. Hm, ada apa ya? Naiha tertanya.

"Awak ni tiba-tiba ajak saya makan dekat luar kenapa? Awak ada buat salah dengan saya ke?"

Hadif tersengih.

"Tak adalah. Sekali sekala kita ada date kan tak salah." Hadif mengukir senyum.

Naiha angguk tanda faham. Date ya? Naiha kemudian tersenyum kecil. Bagus juga idea suami dia ini. Nampak gayanya, makin eratlah hubungan mereka ini.

"Okey. Tapi nak kena pakai baju apa? Saya mana ada baju yang sesuai buat makan malam ni. Kalau baju kurung adalah." riak Naiha agak hampa.

Spontan tangan Hadif itu naik kemudian memegang ke dagu Naiha. Di naikkan dagu gadis itu hingga mata mereka saling bertentangan.

"Saya dah belikan awak baju untuk makan malam kita. Nanti, malam ni awak pakai. Barulah match."

Naiha tersenyum lebar. Dia tidak perasan jikalau pipinya itu sudah kelihatan memerah kerana perlakuan Hadif. Naiha menyentuh tangan Hadif, lalu dia turunkan dari menyentuh dagunya terus.

"Terima kasih, awak." ucap Naiha.

Hadif membalas dengan senyum.

Naiha kemudian meletakkan bihun udang di dua pinggan, barulah dia hidangkan di atas meja. Mereka mula menjamah sarapan.

Naiha bergegas ke bilik kerana mahu menyiapkan assignment dia yang tertangguh petang kemarin. Sepatutnya dia sudah siap tetapi terlelap. Nasib baiklah Hadif itu angkat dia ke katil. Tidaklah sakit leher tidur di meja.

Hadif hanya perhati saja gerak-geri Naiha. Tekun sungguh gadis itu dalam menyiapkan tugas. Perlahan-lahan senyumnya memudar. Dia teringatkan tentang perbualan dia dan Erisa. Satu keluh Hadif lepas. Sampai bila dia nak rahsiakan hal itu daripada Naiha? Lambat laun, pasti dia tahu juga.

***

Naiha menyarungkan tudung hitam untuk buatkan bajunya yang merah itu match. Selesai membuat awning tudung, dia pun berdiri di hadapan cermin full-body. Lama dia perhati dirinya yang terpantul pada cermin.

Cantik. Gumam Naiha.

Tok
Tok
Tok

Suara ketukan pintu dari luar itu menyentakkan Naiha. Kepalanya bertoleh.

"Awak, awak dah siap?" suara Hadif menyoal daripada luar.

Naiha memerhati lagi dirinya di cermin. Rasanya dia sudah siap. Dengan dress merah yang agak kembang, dan tidak ketat. Kemudian awning tudung yang sudah elok. Baiklah.

"Dah!" balas Naiha.

Dia pun mengatur langkah mendekati pintu. Berdebar-debar Naiha rasa. Satu nafas panjang dia lepas keluar. Tangannya mulai sejuk dek ketakutan yang menerpa. Namun, Naiha gagahkan juga diri buat memulas tombol pintu.

"Saya dah siap."

Hadif terus menoleh. Dia pandang Naiha dari atas hingga ke bawah. Terpegun. Hadif menelan air liur. Kenapa.... Kenapa tiba-tiba saja isterinya bertambah cantik? Hadif pula yang merasa malu.

"Er.... dah nak gerak?" soal Naiha. Kekok pula Hadif pandang dia begitu.

Hadif berdehem.

"Jom," ajak Hadif.

"Awak!"

Hadif kembali menoleh. Naiha terus saja jalan ke hadapan dan dia memaut lengan Hadif. Hadif sedikit terkejut namun dia biarkan. Dalam diam, senyum sudah terukir pada kedua mereka.

Kereta Hadif terus saja bergerak ke restoran.

Night Restaurant.

Hadif membukakan pintu buat Naiha. Naiha keluar saja dari perut kereta, dia memaut kembali lengan Hadif. Hadif tersenyum. Suka bila Naiha buat begitu.

Mereka pun berjalan masuk ke dalam restoran tersebut.

Banyak pasangan kekasih serta suami isteri makan di dalam restoran ini. Sebabkan restoran ini berbeza sikit dengan restoran lain. Mereka hanya memberi masuk kepada orang-orang yang ada pasangan masing-masingnya.

Beberapa pelanggan sedang memandag kearah Hadif dan Naiha. Mungkin kerana mereka berdua terlihat sangat extravagant pada malam ini. Tentu menjadi tumpuan pekerja di restoran ini. Layanan VIP.

"Selamat datang ke Night Restaurant!" ucap seorang pekerja lelaki.

Naiha hanya tersenyum kelat.

"Baiklah, seat khas untuk kamu berdua ada di hujung sana." tunjuk si lelaki.

Meja itu dihiasi dengan bunga ros merah. Hanya ada lima sahaja dalam restoran ini. Dan itu adalah seat VIP, khas untuk pasangan kekasih yang paling extravagant.

"Thanks," ucap Hadif.

"You're welcome, sir!" lelaki itu pun berlalu pergi.

Hadif dan Naiha segera ke tempat duduk mereka.

Naiha rasa agak kekok pula bila orang mulai memandang ke arahnya. Apa kerana dia tidak sapu bedak ke muka, mereka mahu kecam? Naiha bukannya pandai nak berbedak-bedak ini. Kalau tepuk bedak badan iyalah.

"Oh, you pun ada sini?" suara seseorang dari samping.

Sontak, mereka berdua pun menoleh.

Erisa.

Dia tersenyum. Pandangannya teralih pada Naiha di sebelah. Macam tidak percaya saja apa yang dia lihat sekarang. Nampaknya, bekas suami dia benar-benar sudah ada orang baru. Riak wajah Hadif seketika berubah keruh.

...bersambung

PRETTY FATE BETWEEN US ✅️Where stories live. Discover now