SETELAH empat tahun berlalu, Naiha kini sudah pun graduate. Selama empat tahun juga hidupnya bahagia tanpa ada gangguan daripada Erisa lagi. Kerana....
---
Erisa menunduk. Dia tahu apa yang dia buat terhadap Hadif tersangatlah melampau.
"I minta maaf atas apa yang pernah I cakap dekat you dan Hadif sebelum ni. I tahu I salah. That is why I datang untuk minta maaf."
Naiha diam sebentar. Dia dan Ani saling berpandangan. Kemudian Naiha melepaskan nafas.
"Tak apa. Saya pun dah maafkan awak. Yang penting sekarang kita ni kenalah saling berbaik. Saya doakan awak dengan suami awak sekarang ni bahagia hingga ke syurga," tutur Naiha.
"Thanks, Naiha. And I akan selalu doakan you dengan Hadif."
Naiha tersenyum.
Sudah. Tidak ada lagi perbalahan sesama mereka. Tak elok jika mereka saling bergaduh. Tak ada gunanya. Hidup tak akan maju jika dendam terus tersemat dalam hati. Akhirnya, dendam sendiri memakan diri. Sesal di kemudian hari, tidak berguna lagi.
---
Naiha berlari mendapatkan Hadif yang memegang sejambak bunga untuknya.
"Wah, bunga tu untuk siapa?" tanya Naiha.
"Untuk isteri saya yang baru je graduate. Ada nampak tak dia dekat mana?" gurau Hadif.
Naiha tersengih.
"Isteri yang awak cari tu ada dekat depan," kata Naiha mengoyakkan senyum Hadif.
"Nah, untuk awak." Hadif pun memberikan bunga itu kepada Naiha.
Naiha tersenyum. Tangannya mengambil bunga yang diberi Hadif.
"Terima kasih, suami saya." ucap Naiha.
"Sama-sama, isteri saya." balas Hadif pula.
KCAK!
Ani menangkap gambar mereka berdua. Mereka menoleh.
"Wah, sweetest couple!" puji Nina.
Naiha tertawa kecil. Ada-ada saja mereka dua ini.
"Jom, berselfie dekat sini!" suara Puan Rahima memanggil mereka berempat.
Cepat saja mereka mengambil tempat di belakang dan di samping Puan Rahima.
"Rahima! Tunggu aku!" suara Puan Afiqa sambil berlari ke arah mereka.
Tercungap-cungap dia kerana penat berlari untuk sepuluh langkah itu.
Dan mereka pun SELFIE.
Hadif dan Naiha saling berpegangan tangan. Pandangan mereka bertaut. Hadif mengoyakkan senyum, begitu juga dengan Naiha.
"I love you, forever." ucap mereka serentak.
"Aw, sweet!" jerit Ani.
"Kita pun boleh," kata Nina menjongketkan keningnya ke atas.
"Eh, kita tak kahwin lagi!" marah Ani.
Mereka semua tertawa.
Hadif memegang lembut dagu Naiha. Satu ciuman dia beri di dahi Naiha.
Bergetar lutut yang lain melihat.
Apa-apa pun, ini adalah kisah mereka berdua.
PRETTY FATE BETWEEN US,
NAIHA AIESYA
HADIF WASHIF
“"LOVE YOU, tidak kira apa kekurangan dirimu, kerana cinta yang ikhlas adalah saling menerima dari segi kelebihan dan kekurangan."”
short story edition,
pretty fate between us,
the end.
cover changed : 28/2/22
lemme change :))
hshs
YOU ARE READING
PRETTY FATE BETWEEN US ✅️
Romance[ 13 | COMPLETE romance - short ] *unedited* Pretty Fate Between Us, adalah kisah tentang HADIF WASHIF dan NAIHA AIEYSA. Mereka tidak pernah bercinta mahupun berkenalan. Namun sekali pertemuan menjadi titik mula kisah mereka. Mereka berkahwin. Dala...