18

660 62 2
                                    

BIG MALL menjadi tempat untuk Naiha dan Hadif berbelanja. Setelah berbaik, mereka mahu teruskan saja kehidupan mereka. Lagipun, Naiha tidak kisah jika mereka tidak ada anak bersama. Kerana selagi dia dan suaminya bersama, itu adalah kebahagiaan.

"Eh, ada juga you berdua dekat sini kan?" tegur Erisa. Dia bersama dengan suami barunya itu, Zarrey.

Naiha terus saja menoleh pada Hadif. Wajah leaki itu berubah keruh setelah melihat Erisa. Naiha kembali memandang Erisa.

"Jadi, macam mana? Dah percaya ke dengan apa yang I cakap?" soal Erisa sengaja mau membuka cerita.

"Ya. Saya dah tahu dah. Kenapa?"

"Oh. I dah agak dah. You pun mesti nak minta cerai dengan dia kan? Hah, you nampak tak, Hadif. Tak akan ada perempuan yang nak dekat you kalau you ni mandul." kutuk Erisa.

Naiha panas hati mendengar kutukan Erisa. Suka-suka dia saja mahu mengutuk suaminya.

"Saya sebenarnya buat keputusan untuk teruskan hubungan kami. Sebab saya tak kisah dengan kekurangan yang suami saya ada. Kerana salah satu kekurangan yang terburuk adalah orang yang suka mentertawakan kekurangan orang sehingga tak sedar bahawa dirinya sendiri banyak kurang," panjang lebar Naiha menusuk Erisa kembali.

Erisa tersentap.

Naiha memberikan jelingan kemudian tangan Hadif dia tarik untuk beredar daripada sana. Dibiarkan saja Erisa dengan nganga kerana kaget. Zarrey pula sudah mengusap bahu Erisa. Dia sebenarnya bukan nak merendahkan Hadif atas kekurangan dia, kerana dia rasa sakit bila kaum lelaki dihina begitu. Dia juga lelaki tahu tak. Hanya Erisa saj yang sakit hati melampau dengan Hadif.

Naiha puas hati dapat sentapkan Erisa tadi.

Barulah dia tahu. Itulah, mulut kurang ajar sangat. Suka sangat nak rendah-rendahkan orang sebab kekurangan. Tak sedar diri yang diri sendiri pun banyak kekurangan. Bezanya, kekerungan dia itu belum lagi terbongkar. Kalaulah terbongkar, tentu direndahkan juga dengan orang lain. Masa itulah baru nak merangkak minta maaf dekat orang yang pernah dia hina. Kebiasaan, manusia kan? Selagi dia tak kena balasan, mana nak berhenti.

Hadif memeluk tubuh Naiha.

"Terima kasih," ucap Hadif.

Ini rupanya perasaan bila dipertahankan oleh seseorang kan? Hadif tersenyum lebar dalam memeluk Naiha. Naiha turut membalas pelukan Hadif. Dia akan sentiasa pertahankan Hadif, kerana dia adalah suaminya.

Isteri pertahankan suami. Dan suami pertahakan isteri. Bukankah indah?

Mereka pulang semula ke rumah.

Hadif mengangkat barangan yang mereka beli tadi. Nasib sempat mereka beli barang dapur. Tidaklah mereka nak cari mall lain lagi untuk beli barangan dapur.

"Awak, dah siap nanti kita makan aiskrim tau!" kata Naiha.

Hadif hanya mengangguk. Naiha tersenyum kemudian dia masuk ke dalam rumah. Dia mahu menyusun barangan yang mereka beli tadi. Sambil-sambil itu Naiha menari dan menyanyi di dapur. Gembiranya tidak terbilang.

Hadif tertawa kecil lihat telatah Naiha.

Gadis itu benar-benar menambat hatinya sekarang. Ternyata, senang sekali untuk dia jatuh cinta kan? Hanya perlu banyak doa kepada Allah. Kerana Dia yang membolak-balikkan hati kita. Hadif sekarang merasa bahagia kembali.

Kerana, dia sayangkan Naiha.

"Forevermore!!" nyanyi Naiha.

Hadif tertawa lagi. Comel. Cantik.

***

WhatsApp

Ani🍁
aku nak gi kolej kau
nanti kita jumpa ea
jangan kau lari lak

You
srs?
pukul berapa?

Ani🍁
tengah hari
aku rindu kau tau tak

You
okey!
ya
rindu kau gak

Ani🍁
huwaa

Naiha tersenyum. Tak sangka. Makin bertambah-tambah gembira dia. Ani juga mahu jumpa dengan dia esok. Sudah lama mereka tidak bertemu.

...bersambung

PRETTY FATE BETWEEN US ✅️Where stories live. Discover now