20

800 55 0
                                    

NINA mulai mengubah penampilannya. Bukan semata untuk Ani tetapi untuk dirinya juga. Nina sedar, dia tidak akan maju jika dia teruskan dengan sifat dia yang begitu. Namun tidak bermakna dia akan tinggalkan sifat lembut. Hanya mengubah beberapa perkara pada dirinya. Dari segi penampilan terutamanya.

"Aku tengok Nina tu bukan main lagi sekarang. Korang ada apa-apa ke ni?" tanya Naiha. Dia curiga dengan hubungan Ani dan Nina.

Ani hanya tersengih.

"Mana ada apa-apa. Kau ni suka sangat tau fikir yang bukan-bukan," sanggah Ani.

Naiha membuat muka. Dia tahu ada sesuatu di antara mereka. Tahu sangat wajah gembira Ani macam mana. Kalau gembira sebab cinta, memang nampaklah sekarang.

"Nanti balik ni kau ikut aku tau. Hadif lewat balik sebab ada meeting lagi dekat pejabat." Naiha mengemaskan bukunya di dalam beg.

"Baiklah, maam. Tapi dengan syarat, kau kena masak untuk aku," pinta Ani tanpa segan silunya.

"Boleh je. Aku dah terer dalam hal masak. No hal kalau setakat bagi kau makan." ucap Naiha selamba.

Ani membuat muka. Bukan maen kawannya ini sekarang. Maklumlah. Orang tu kan dah ada suami. Hari-hari masakkan untuk suami. Mana tak terernya kan?

"Habistu, balik ni siapa ambil?" tanya Ani.

"Suami aku lah. Dia ambil kita lepastu makan tengah hari sekali dengan kita. Barulah dia gerak ke pejabat semula," terang Naiha.

Ani menganguk mengerti. Bukan main suami Naiha ini. Rare. Selalunya kalau dah sibuk kerja, mana lagi sempat nak makan tengah hari dekat rumah. Tak apalah. Hadif kan jenisnya memang lebih gemar makan dengan isteri daripada makan sendirian. Tak pun, kalau benar-benar tak sempat, pasti dia makan dengan Sam. Itupun jarang sekali.

Setelah Hadif sampai, Ani dan Naiha pun segera masuk ke perut kereta. Sempat lagi Ani melambai pada Nina. Naiha buat muka. Kata tadi tidak ada apa-apa dengan lelaki itu. Tapi siap lambai pula sekarang. Nampak sangat tengah syok bercinta tapi tak mahu bagitahu.

Sesampainya di rumah, Naiha terus memakai apron dan memasakkan makanan tengah hari buat mereka bertiga. Hadif macam biasa, dia akan tolong Naiha. Kecuali Ani yang kerjanya menonton televisyen pula di ruang tamu. Bukan main benar gadis itu. Nasib baiklah, Hadif baik orangnya. Dia suruh Naiha biarkan saja kerana Ani itu tetamu.

Tidak lama setelah itu, siaplah lauk yang dimasak Naiha. Dengan bantuan Hadif yang tolong potongkan bahan mentah dan bawang buat masakan.

Sotong masak merah, sayur kubis campur telur dan air putih sejuk.

Cukup dua saja hidangkan untuk dimakan. Tak payah banyak mana kerana Hadif orangnya tak makan banyak, macamlah Naiha juga. Makan pun ala kadar, asal ada isi perut. Tapi kalau sedap, memang menambah sampai tiga pinggan lah jawapnya.

"Terima kasihlah sudi masakkan untuk aku..." kata Ani.

"Eleh, kali ini je. Lain hari aku nak kau pula masakkan untuk aku."

Ani tersengih. Tak ada masalah mana pun jika dia disuruh masak. Cuma kena tahan pedas lah. Ani jenisnya kalau memasak memang akan bubuh berbelas-belas cili padi. Ikut kesesuaian jugalah. Itulah kadang mak Ani ni sampai mengamuk sebab cili padi yang dia tanam belakang rumah, semua habis di petik. Kalau ada tiga pokok, memang alamatnya semua habis. Kerja Ani lah.

***

Naiha menyalam tangan Hadif sebelum suaminya itu berangkat ke kerja semula. Pukul 2 dia ada mesyuarat tentang projeknya dengan Zarrey. Walaupun mereka ada persilihfahaman, namun kerja adalah kerja. Tidak akan di campur aduk dengan hal peribadi.

Naiha melambai. Senyum tidak pudar dari bibirnya. Baru kali ini rasa lapang di dada Naiha. Tidak ada lagi persoalan yang tidak berjawab. Semua rahsia sudah dia ketahui. Dan paling pentingnya, cinta yang kian mekar dalam hati.

"Amboi, sudah-sudahlah tersengih tu wahai sahabat. Orang tu dah jalan dah pun. Karang lebar pula mulut tu kalau senyum lama sangat." tegur Ani.

Naiha menoleh.

"Suka hati aku lah nak senyum sampai Afrika pun. Yang kau tu tak ada siapa nak bagi senyum," sindirnya.

"Eh, siapa cakap tak ada? Ada lah. Kau je tak tau." Ani tidak mahu kalah.

"Yelahtu..." ejek Naiha.

Ani menjelir lidah. Naiha pula hanya tersenyum.

"Jom kita tengok wayang. Bosanlah..." kata Ani.

"Oi. Kita ni student tahu tak. Patutnya kita belajar."

"Iya, aku tahu. Tapi sekarang ni bukan waktu kelas. Sekarang ini waktu kita luang masa bersama. Jadi, kita kenalah buat benda yang tidak berkaitan dengan belajar untuk mengelakkan yang namanya stres." Ani mengangguk-anggukkan kepala.

"Hmm.... Yalah. Kau pergilah buka tv tu hah. Aku siapkan snek kejap. Sambil tengok tv, sambil makan."

"Cantek!" Ani membuat thumbs up pada Naiha.

Naiha pun mengambil beberapa makanan ringan. Ani pula sibuk dengan mencari movie untuk mereka tonton.

Tidak lama setelah itu, kedengaran suara ketukan pintu. Naiha cepat saja menguak pintu. Dia agak terkejut dengan kedatangan Erisa.


....BERSAMBUNG

PRETTY FATE BETWEEN US ✅️Where stories live. Discover now