HADIF memerhati saja perlakuan Nina yang begitu rapat dengan Naiha. Agak cemburu juga bila Hadif lihat. Naiha melambai ke arah Nina sebelum dia masuk ke dalam kereta milik Hadif.
"Sorry saya lambat, awak."
Naiha meletakkan buku di atas ribanya. Hadif hanya memandang ke arah Naiha. Pandangan Naiha dikalih kepada Hadif, berkerut dahi dia bila Hadif tenung dia.
"Err, tak nak balik ke?" tanya Naiha.
Hadif mengalih pandangan lalu deheman dilepas.
"Awak kawan dengan lelaki tadi tu ke?" tanyanya.
Naiha memandang ke luar. Dia nampak Nina yang duduk di bangku sedang berselfie. Naiha memandang semula ke wajah Hadif.
"Haah. Dah lama kut saya dengan berkawan. Kenapa?" tanya Naiha.
"Jangan rapat sangat. Saya tak nak benda buruk jadi dekat awak," ucap Hadif dengan nada perlahan.
"Nina tu baik lah, awak. Mustahil dia nak buat benda tak elok dekat saya." Naiha menyanggah.
"Saya tak kisahlah, awak. Dia macamtu pun dia tetap lelaki. Bahaya juga."
Naiha terus mendiamkan diri. Benarlah kata Hadif. Yang pondan tak bermakna dia tidak berbahaya. Dia tetap seorang lelaki. Walaupun dia kata dia itu tidak minat pada perempuan, sama sahaja. Pergaulan kenalah jaga.
"Awak faham tak?"
Naiha mengangguk. Dia tahu apa maksud Hadif. Naiha juga yang salah kerana terlampau rapat dengan Nina, terlupa untuk jaga batas antara mereka.
Mereka pulang ke rumah.
"Eh, awak bukan nak terus gerak ke?" tanya Naiha.
"Sekarang ni dah waktu makan tengah hari, saya dah lapar. Tak akanlah saya nak ke kerja dengan perut kosong kan?"
Naiha berdiri statik di tempatnya. Lama dia pandang Hadif dari belakang. Tentu lelaki itu mahu dia masak. Naiha tersenyum kecil. Tak ada masalah rasanya nak masak. Masak untuk suami juga kan?
Naiha berlari ke arah Hadif. Mereka berdua pun masuk ke dalam. Naiha menyimpan dulu bukuannya di atas sofa sana. Cepat pula dia pergi ke dapur untuk menyiapkan makanan.
Hadif hanya memerhati. Benar kata Sam, dia yang perlu buka hati untuk menerima. Hadif tersenyum kecil. Rasanya, mulai hari ini dia boleh terima Naiha sebagai isteri.
Selesai masak, Naiha pun menghidangkan makanan di atas meja.
Hadif masuk ke dapur. Dia memerhati lauk yang di masak Naiha. Ada ayam masak kicap dengan sayur bayam kemudian ada air oren. Bibirnya mengulum senyum. Kalau Erisa, manalah dia nak masakkan makanan ini semua. Harap makan di kedai sajalah.
"Hah, awak cepatlah pergi cuci tangan. Nanti lambat pula awak nak masuk ke kerja," kata Naiha.
Hadif pun pergilah membasuh tangan. Mereka duduk di kerusi. Tangan di tadah dan doa makan pun dibaca. Kemudian, barulah mereka menjamah makanan tersebut. Dalam diam, Naiha sedang bersorak gembira kerana berjaya untuk masa buat sang suami.
Seusai makan, Hadif berlalu ke ruang tamu.
Buku yang di letak atas sofa Hadif ambil. Di bacanya buku itu sementara menunggu Naiha siap membasuh pinggan. Dulu, Hadif pun ada ambil dalam jurusan perniagaan. Memang dia tahu sangat selok-belok pembelajaran Naiha ini. Bolehlah dia ajar Naiha nanti.
"Aik, kenapa awak tak jalan ke kerja lagi?" soal Naiha. Pelik benar bila Hadif masih menunggunya di ruang tamu.
Hadif menoleh. Buku ditutup kemudian di simpan semula di atas sofa. Punggungnya di angkat lalu berjalan ke arah Naiha. Naiha mendongak memandang Hadif. Jauh benar ketinggian mereka berdua.
Ketinggian Naiha 164cm. Hadif pula berketinggian 179cm.
Hadif menyentuh lembut tangan Naiha.
"Mulai harini, saya nak kita berdua jalankan kehidupan sebagai suami isteri. Saya harap awak boleh terima saya sebagai suami awak," tutur Hadif.
Naiha senyum lalu mengangguk.
"In Sha Allah. Sejak daripada awal lagi kita nikah, saya dah terima awak sebagai suami. Tak ada gunanya kalau saya nak memberontak atau pun benci awak. Kan lebih elok kalau saya terima awak saja," balas Naiha.
Tak ada faedahnya jika dia mahu bencikan Hadif. Kerana dipaksa berkahwin? Ini alasan orang-orang yang tidak matang. Haruskah membenci jika boleh menerima?
"Terima kasih," ucap Hadif. Diberikan satu kucupan lembut pada ubun-ubun Naiha.
Naiha senyum. Mulai pada detik ini, dia akan cuba sedaya upaya buat mencintai sang suami. Walaupun terpaksa menunggu untuk cinta itu datang, Naiha sanggup.
Hadif balik semula ke pejabat.
Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Daripada rumah hinggalah masuk ke pejabat. Hairan para pekerja yang lain melihat. Tidak pernah-pernah Hadif nak senyum sampai pejabat.
Sam menggeleng bila lihat kawannya itu. Macam dah kena sampuk. Senyum saja memanjang. Sam tahu, pasti angau. Maklumlah, tadi kan lunch dengan isteri. Sam mengangguk.
Baguslah kalau Hadif angau dengan isteri dia. Tak perlulah nak ingatkan terus dengan bekas isteri dia itu. Sam tumpang bahagia lihat Hadif. Terbayang pula jika dia sudah berbini nanti, tentulah akan lebih angau dari Hadif.
Naiha membuka aplikasi whatsapp lalu chat daripada Ani itu dia buka.
Ani🍁
weh
kau dah siap kelas ke?You
dah siap
kau?Ani🍁
belum
pensyarah kitorang ni tahan kitorang untuk dua jam
gila!You
tabahla
HAHAAni🍁
dah aku off
byeYou
byeNaiha terkekek kecil. Baru sehari mula kelas, dah macam-macam laporan yang Naiha terima daripada Ani. Tak apalah. Pelajar baru kan? Konfemlah di cuci telinga dulu.
...bersambung
YOU ARE READING
PRETTY FATE BETWEEN US ✅️
Romance[ 13 | COMPLETE romance - short ] *unedited* Pretty Fate Between Us, adalah kisah tentang HADIF WASHIF dan NAIHA AIEYSA. Mereka tidak pernah bercinta mahupun berkenalan. Namun sekali pertemuan menjadi titik mula kisah mereka. Mereka berkahwin. Dala...