09

490 57 0
                                    

AWAL pagi lagi Naiha telah siapkan sarapan buat Hadif. Hari ini Naiha sudah mula ke kolej. Pasti dia sibuk dengan assignment selepas ini. Lebih lagi bila duduk belajar dalam bidang perniagaan. Agak sukar tentunya.

Hadif melabuhkan punggung di kerusi. Naiha pula menahan rasa gugupnya menuangkan kopi untuk Hadif. Setelah itu, barulah dia letakkan semula teko di atas meja dengan beralaskan kain bulat.

"Harini kelas awak sampai pukul berapa?" soal Hadif.

Naiha melabuhkan dulu punggung ke atas kerusi.

"Saya tak tahu lagi. Lagipun harini saya baru je masuk. Kenapa? Awak nak ambil saya?"

"Kenalah saya yang ambil. Awak kan isteri saya," balas Hadif. Roti yang ada di pinggan dia capai.

Naiha hanya mendiamkan diri. Dia teringat pula tentang semalam.

---

Naiha cepat-cepat berbaring di atas tilam. Selimut dia tarik sampai keatas bahu. Dia takut. Terlebih pula bila berkongsikan bilik dengan Hadif. Tahulah suami, orang ada juga segannya. Aduh!

Hadif datang dekat ke arah Naiha. Naiha sudah mengetap bibir, dalam hati sudah berhadap agar tidak ada yang terjadi. Hadif duduk di sebelah Naiha. Dipandang lama wajah Naiha yang dipaksa memejam mata.

Hanif tersengih. Seketika badannya ditundukkan. Dia mencium lembut ke kepala Naiha. Kemudian dia mengusap kepala Naiha. Naiha agak tersentak.

"Awak tak perlu nak risau pun. Saya tak akan apa-apa kan awak. Saya cuma nak ucap terima kasih sebab sudi jadi isteri saya," lembut suara Hadif menutur ayat itu.

Hadif kemudian berbaring di sebelah Naiha. Lampu yang ada di tepi itu dia matikan. Terus saja Hadif melelapkan mata. Naiha terkebil-kebil kebingungan.

---

"Awak tak nak makan ke?" soal Hadif mengejutkan Naiha.

Naiha tersengih kemudian dia mulai menjamah roti yang dia sapukan kaya. Perlahan Naiha menggigit rotinya. Dia masih terfikir tentang Hadif. Lelaki ini sepertinya ada masalah namun tidak dia bagitahu.

***

Naiha berjalan masuk ke dalam kolej. Mulutnya menganga melihat persekitaran kolej. Luas, cantik dan tenang tampaknya. Bibir Naiha mengulum senyum. Dia pun pergilah mendaftar diri di meja hadapan sana.

"Selamat datang," ucap si kakak yang duduk di kerusi. Naiha hanya balas anggukkan.

Perlahan-lahan kaki Naiha mencari keberadaan kelas. Selang beberapa kelas, akhirnya dia jumpa juga. Perniagaan. Pantas pintu di kuak dan terlihat ada beberapa orang sudah berada di dalam. Mereka masing-masing sibuk dengan kegiatan sendiri.

Naiha tersenyum.

Ini kelas aku? Nampak macam peramah aje semua. Mesti aku dapat banyak kawan!

Naiha bermonolog.

HADIF mengurut pelipisnya yang sedikit berdenyut. Berkerut-kerut dahi dia kerana merasakan pening. Ketika itu juga, Sam masuk ke dalam pejabat.

"Eh, kau dah kenapa ni?" tanya Sam. Dia duduk di kerusi.

"Aku pening sikit. Yang kau ni dari mana?"

"Aku dari mana lagi. Aku uruskan projek yang kedua lah. Kan haritu kau dah suruh aku untuk handle semua. Kau betul sihat ke?" Sam menunjuk riak risau.

"Sihat.... Cuma pening aje. Mungkin sebab aku tak cukup tidur kut semalam."

Sam tersenyum.

"Kau dengan...." Sam menjongket-jongketkan kening.

Hadif berdecit. Jauh benar fikiran lelaki ini.

"Tak adalah. Kau ni pun. Aku tak cukup tidur sebab aku tidur lambat semalam. Aku terus uruskan balik untuk pembukaan projek dengan Dato."

Sam menganggukkan kepala. Lupa pula. Kawan dia ini kan bos besar dalam syarikat ini.

"Kau dengan isteri baru kau macam mana? Okey?"

Hadif menurunkan tangan dari dahinya. Dia jeda. Nak kata dia dengan Naiha itu tidak okey pun nampak okey saja. Cuma timbul rasa janggal bila berdua. Tak ada apa yang nak borak. Naiha pula bukan jenis yang kerap bersembang. Terlebih pula dengan diri dia yang baru berkenalan.

"Aku dengan dia okey je. Tak ada masalah pun. Cuma-"

"Cuma kau terfikir pasal Erisa kan?" pintas Sam.

Hadif mendiamkan diri. Kepala dia angguk tanda benar. Betullah. Bila dia pandang Naiha, dia asyik teringat pula Erisa.

"Weh, kau jangan pula sampai angau dengan Erisa. Sekarang ni kau dah beristeri tau. Berdosa kau ingat dengan perempuan lain."

"Aku tahulah. Tapi susahlah aku nak lupakan Erisa. Erisa tu cinta pertama aku. Macam mana aku nak lupa?" Hadif mengeluh.

"Aku yakin kau boleh. Kau cubalah untuk terima isteri baru kau ni. Mesti boleh punya. Hati kau tu aje kau kena buka sikit untuk terima orang baru."

Hadif termenung sendiri. Buka hati untuk terima orang baru? Mampukah dia?

***

KOLEJ

Naiha melepaskan nafas panjang. Dia ingatkan orang-orang dalam kelas dia bakal mahu berkawan dengan dirinya tapi dia salah. Nampak saja peramah tapi tidak sebenarnya. Semua memilih kawan. Tak seorang pun nak kawan dengan Naiha.

"Bosanlah macamni. Takde kawan...." gumam Naiha perlahan.

"Oi, kau baru tau dekat sini. Kau patutnya hormat sikit dekat kitorang ni!" kedengaran suara marah dari belakang.

Naiha menoleh. Dapat dilihat tiga orang perempuan sedang berdiri di hadapan seorang lelaki berbeg pink. Naiha berkerut dahi. Seketika dia bingung. Itu lelaki ataupun perempuan? Lama dia merenung, cuba memastikan sama ada itu benar lelaki atau bukan.

"Eh, haahlah. Lelaki. Tapi kenapa beg dia pink?" soal Naiha.

"Kau bagi sini kertas yang cikgu bagi!" marah perempuan itu.

Oh, kes buli ni!

Naiha menggelengkan kepala. Dah tua bangka pun masih juga dengan perangai nak buli? Ish, tak matang langsung. Naiha terus bangkit dari duduknya. Dia tak akan biarkan hal itu terus berlaku.

"Kau bagilah cepat, pondan!"

"Oi, bahasa tu jaga sikit!" marah Naiha.

Serentak mereka semua menoleh.

"Kau kenal ke dengan si pondan ni hah?"

"Kenal! Dia kawan saya. Kenapa? Ada masalah?" Naiha menarik beg lelaki itu.

"Amboi, suka-suka hati kau je nak tarik dia. Kau fikir kau kawan dia aku takut?"

"Memanglah. Tapi saya kawan rapat juga dengan profesor tau. Kalau awak semua nak merasa kena gantung kelas selama sebulan, hah bulilah dia." Naiha tidak takut untuk membalas.

Perempuan itu berdecit. Dia dan dua orang rakannya itu pun segera beredar. Naiha mengulum senyum. Puas hati dia dapat kenakan mereka bertiga. Perangai tak matang.

"Terima kasih sebab sudi tolong saya," ucap lelaki itu.

Naiha melepaskan pegangan dari begnya.

"Sama-sama. Eh, nama awak apa? Kita jadi kawan lah. Saya tak ada kawan dekat kolej ni."

Lelaki itu tersenyum.

"Nama saya Nina."

Berkedip-kedip mata Naiha. Nama dia Nina? Nama macam apa itu? Dia ni jantina betul ke lelaki? Risau.

"Saya lelaki tapi saya ni lembut sikit. Nama Nina tu memang nama saya." Nina tahu Naiha pasti bingung.

"Oh... Err, nama saya Naiha. Selamat berkenalan."

"Selamat berkenalan juga.." balas Nina.

Naiha tersenyum kelat.

Tak apalah. Dia bukannya ada kawan pun. Lagipun tak ada masalah kalau dia berkawan dengan lelaki yang tak berapa nak lelaki ini. Kan?

...bersambung

PRETTY FATE BETWEEN US ✅️Where stories live. Discover now