19

647 60 1
                                    

ANI terus saja berlari mendapatkan Naiha yang baru keluar dari kolej bersama dengan Nina itu.

"Naiha!!" panggil Ani.

Naiha menoleh. Satu senyum lebar dia ukir. Dia turut berlari ke arah Ani. Dan mereka berpeluk. Melepaskan rindu mereka.

"Weh, kau tak bagitahu aku pun kau dah sampai!" Naiha memukul lengan Ani.

"Aku excited sangat tau tak!"

Nina menggelengkan kepala. Kelakuan dua sahabat ini. Dia pula yang malu. Lihatlah pelajar lain memandang mereka dengan pelik. Mesti jadi bahan gosip lagi.

"Weh, dahlah tu. Orang tengok kita ni," kata Nina.

Mereka meleraikan pelukan. Naiha menoleh pula ke arah Nina.

"Biarlah diorang. Aku dengan Ani dah lama tak jumpa tahu tak."

Mereka berpeluk lagi. Mana tidak rindu? Masuk ke kolej saja sudah jarang nak berkontak. Masing-masingnya sibuk dengan pelajaran.

"Yang ni siapa pula?" tanya Ani.

"Oh, yang ni Nina. Kawan aku. Maklum, dia ni agak lembut sikit." diperlahankan ayat terakhirnya itu.

Ani mengangguk. Dia boleh nampaklah gaya Nina bagaimana.

"Aku boleh dengarlah!" marah Nina.

"Oh, yeke? Hehe. Janganlah ambil hati. Dah memang kau lembut kan?"

Nina mencebik. Tahulah dia lembut. Jangan cakap. Dia malu.

"Kenalkan, nama saya Ani." ditayanglah senyum lebar kepada Nina.

Nina bagaikan tersentak.

Hatinya tiba-tiba sahaja berdegup laju. Senyuman daripada Ani itu benar-benar membuatkan Nina bagai terapung di awangan. Adakah ini sebuah panahan cinta?

"Saya Nina." dia memperkenalkan diri lagi.

Ani hanya tersenyum. Makin salfoklah Nina pada Ani. Senyuman inilah yang selama ini dia cari. Dengan dua lesung pipit di pipi. Nina cair melihatnya.

"Dahlah, jom kita pergi makan dulu!" bawa Naiha. Dia menarik tangan Ani dan beg Nina sekali.

Mereka pergi ke kafe kolej untuk makan tengah hari bersama.

Nina pula tidak habis-habis memandang wajah Ani. Kadang-kadang itu pandangan mereka bertaut. Naiha yang mencekik, tidak perasan langsung kalau mereka berdua saling senyum-senyuman.

Nina menunduk. Bermain-main dengan jarinya. Kalau tengok, tidak ubah perangainya macam perempuan. Tapi itu bukanlah masalah untuk berkawan. Naiha tak pilih kawan macam yang lain.

***

Nina mencuba untuk mengayakan rambutnya dengan rambut lelaki pada umumnya. Dia mahu menawan hati Ani. Setelah lihat, dia dapat rasakan Ani itu lebih tertarik pada lelaki yang lelaki. Bukannya macam Nina.

Naiha merasa pelik bila Nina tiba-tiba saja memakai pakaian warna hitam. Botol air warna hitam, beg warna hitam, gaya rambut juga lain. Naiha berkerut dahi bila memandang Nina. Lelaki itu seolah-olah bukan Nina yang dia kenal.

"Kau tiba-tiba je berubah ni kenapa?" soal Naiha hairan.

"Aku nak pikat hati Ani lah," jujur lelaki itu berkata.

Naiha menekup mulut. Oh, ternyata lelaki ini sudah jatuh cinta pada kawan baiknya? Naiha tidak percaya ini berlaku. Jadi ini bermakna taste seorang Nina adalah seperti Ani? Naiha terkekek kecil.

"Kau gelakkan aku eh?"

"Bukan... Aku rasa lawak. Tak sangka Ani tu sebenarnya taste kau kan. Hahaha." tawa Naiha.

"Ei, at least kita dapat pastikan yang aku ni tak songsang." Nina menjeling.

Naiha tertawa lagi.

"Tapi, aku tak setuju dengan apa yang kau buat sekarang."

"Apasal pula?" Nina mencebik.

"Berubah untuk kebaikan diri, boleh. Tapi janganlah cuba untuk jadi orang lain demi memuaskan hati orang. Aku tak kata yang kau tak payah nak berubah tapi aku nak kau jadi diri kau sendiri. Eloklah kalau kau berubah. Kena balikkan sifat kau yang semula jadi. Kan?"

Nina mengangguk faham.

"Dahlah. Aku tahu sebenarnya kau sukakan Ani. Kau pergilah jumpa dengan dia dekat taman. Aku dah suruh Ani tunggu kau dekat sana."

"Weh, betul ke?" tanya Nina tak percaya.

Naiha mengangguk.

"Kau ingat aku ni tipu ke? Kalau tak percaya, kau boleh pergi dekat taman sekarang."

Nina menekup mulut tidak percaya. Jarang-jarang dapat kawan begini.

"Thanks, Naiha."

Nina segera mengangkat begnya lalu berlari menuju ke taman. Naiha menggelengkan kepala. Tak sangka pula Nina yang lembut begitu boleh jatuh cinta dengan Ani. Tak apalah, hati kan di pegang Allah. Mana ada benda mustahil kan?

TAMAN

Nina nampak Ani benar-benar ada di bangku sana. Sedang menunggu kedatangannya. Nina menghembuskan nafas. Kaki mulai melangkah mendekati Ani.

"Hai," sapa Nina.

Ani bertoleh dan dia menayangkan senyum kepada Nina. Sekali lagi Nina cair.

"Jemputlah duduk."

Nina angguk kemudian dia duduk di samping Ani. Jarak mereka dijaga. Senyap. Tidak ada sesiapa buka mulut.

"Ada apa yang Naiha suruh saya jumpa awak?" tanya Ani.

"Er... saya... saya sebenarnya suka dekat awak," ucap Nina lalu memejamkan matanya.

Ani tertawa halus.

"Saya pun sukakan awak. Lebih lagi sifat awak yang lembut tu."

"Tapi... saya bukan setakat lembut. Saya bahkan berkelakuan macam perempuan..."

"Tak apa. Itu bukannya benda yang nak dimalukan. Selagi awak tahu batas. Itu tak mengapa. Saya suka tau dengan sifat awak yang lembut. Nampak comel," ucap Ani.

Nina tersenyum.

...bersambung

PRETTY FATE BETWEEN US ✅️Where stories live. Discover now