DI DALAM masjid, sudah terlihat ada beberapa orang yang sedang duduk bersila di sana. Termasuklah dengan Hadif dan Naiha sekali. Gara-gara Puan Afiqa, semuanya jadi kacau bilau. Lihat tok kadi. Belum juga sempat pakai baju yang elok-elok. Dengan baju tidur spongebob kemudian dengan kain pelikatnya. Eloklah sangat.
---
Tok kadi tenang tidur di samping isterinya. Dengan baju tidur couple dia bersama dengan si isteri. Ini barulah di namakan sebagai sweet. Mengerti? Huh!
Tiba-tiba deringan telefon tok kadi itu mengejutkan dia daripada tidur.
Pantas saja dia dengan mamainya itu mengangkat telefon.
Dibiarkan telefon itu terbalik. Maklum, mamai dia tak boleh nak bawa bincang.
"Ya, waalaikumsalam."
"Hah, tok kadi! Cepat sikit bersiap tau. Anak saya nak kahwin ni!" suara Puan Afiqa menusuk ke gegendang telinga.
"Apa dia?! Kahwin?"
"Iya tok. Cepat sikit tau!"
Kerana kelam kabut, dengan seluar separa lutu saja dia pun keluar. Dia baru saja mahu naik motorsikalnya namun terhenti kerana perasan akan seluar yang dia pakai.
Tok kadi pun masuk semula ke dalam bilik dan mencapai kain pelikat dia. Barulah dia bergegas pergi. Sampai saja di masjid, tidak ada sesiapa pun.
Jam pada ketika itu sudah menunjukkan pukul 4:55 am.
---
"Baiklah, mari kita mulai." kata si tok kadi. Masih tersisa sikit marahnya pada Puan Afiqa. Katanya nak awal, tapi bila sampai tak ada sesiapa pun di masjid.
"Wahai Hadif Washif bin Karrim, aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan Naiha Aieysa binti Mustakim dengan mas kahwinnya sebanyak lima puluh ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Naiha Aieysa binti Mustakim dengan mas kahwinnya sebanyak lima puluh ringgit tunai," lancar saja di lafaz oleh Hadif.
Maka, kata sah pun keluar dari tiga orang saksi. Tangan kemudian di tadah untuk berdoa.
Hadif mendekati Naiha yang menunduk. Mungkin kerana malu. Baru kenal sekali dua, tapi sudah dikahwinkan.
Memang lebih daripada kekok.
Cincin putih itu di sarung lembut ke jari manis milik Naiha. Seketika itu, Naiha menundukkan kepala untuk menyalam tangan Hadif. Kemudian, Hadif menahan kepala Naiha. Diberilah ciuman pada ubun-ubun Naiha.
"Alhamdulillah," ucap Puan Afiqa. Rasa senang dalam dadanya.
***
Naiha berkemas-kemas. Malam ini dia dan Hadif sudah mahu berangkat ke Kuala Lumpur. Naiha sempat termenung panjang.
---
"Kita dah jadi suami isteri sekarang, saya harap kita bolehlah saling beri kerjasama untuk jalankan tanggungjawab kita pula selepas ini. Boleh?"
---
Naiha menghembuskan nafas panjang.
Lelaki itu terlalu tampan untuk Naiha pandang. Begitu banyak cahaya ketampanan yang dipancarkan oleh Hadif. Sampaikan Naiha hanya mampu terpana.
Tapi.... apa maknanya aku kahwin dengan dia? Untuk apa?
Naiha bersoal sendiri. Dia tidak tahu mengapa dia dan Hadif disatukan. Padahalkan mereka ini masing-masingnya berlainan keinginan.
"Apa lagi nak termenung tu Naiha? Cepatlah siap, suami kamu dah ada dekat luar ni hah."
Naiha cepat-cepat menzip bagasi. Dia pun menyandangkan begnya yang berisikan buku serta beberapa peralatan tulis di dalam. Barulah tangan dia menarik bagasi biru.
YOU ARE READING
PRETTY FATE BETWEEN US ✅️
Romansa[ 13 | COMPLETE romance - short ] *unedited* Pretty Fate Between Us, adalah kisah tentang HADIF WASHIF dan NAIHA AIEYSA. Mereka tidak pernah bercinta mahupun berkenalan. Namun sekali pertemuan menjadi titik mula kisah mereka. Mereka berkahwin. Dala...