PUAN AFIQA menyediakan air minum untuk Naiha. Naiha hanya tersenyum kelat. Puan Afiqa melabuh punggung di kerusi, berhadapan dengan Naiha.
"Terima kasih sebab tolong anak mak cik itu," kata Puan Afiqa.
Naiha mengangguk lalu mengukir senyum kecil pada bibir. Mestilah dia yang kena tolong. Dah dia yang nampak, kenalah hulur tangan buat membantu walaupun akhirnya pak cik tadi yang memapah. Puan Afiqa merenung lama wajah gadis yang ada di hadapannya.
"Kalau mak cik bertanya, Naiha jangan ambil hati tau."
"Eh, tidaklah." Naiha mengukir senyum.
"Mak cik nak tanya, Naiha ni tak adakah calon yang nak buat suami?"
Naiha jeda. Kenapa pula dia di tanya soal calon suami. Umur baru saja dua puluh tahun. Calon apanya kalau masih belajar? Naiha kemudian tersengih. Macam mana ya dia nak balas.
"Err.... Kalau pasal tu, saya tak ambil kisah. Lagipun saya masih lagi belajar, mak cik."
"Tapi memang tak ada lah kan?"
Naiha sekadar tersengih. Memang tak ada pun. Mana pernahlah Naiha nak sibuk fikir pasal calon suami. Kalau pasal calon nak masuk asrama, iya. Dia pun bukannya berminat untuk ambil tahu soal hal besar ini.
"Kalau mak cik nak merisik kamu untuk anak mak cik, kamu setuju tak?"
Naiha terbatuk. Lama dia pandang muka Puan Afiqa yang mengukirkan senyum manis.
"Tapi mak cik, saya-" kata-kata Naiha terpotong.
"Kalau kamu risau pasal mak kamu tak setuju, mak cik boleh saja pujuk dia. Lagipun mak cik dengan mak kamu tu dah lama kenal. Kalau kamu setuju untuk jadi menantu mak cik, senanglah kamu nak pergi belajar dekat kolej sana nanti. Hadif tu pun duduk Kuala Lumpur. Kan elok kalau kamu berdua kahwin. Hati mak cik pun lega."
"Bukan saya tak nak, mak cik. Tapi pasal kahwin ni kan besar sikit tanggungjawab dia. Lagipun, kalau dah kahwin nanti mesti ada anak. Bila dah ada anak, saya rasa susah sikit. Takut saya tak dapat nak luang masa dengan anak sebab sibuk dengan belajar," terus-terang saja Naiha membalas.
Puan Afiqa mengangguk. Bagus anak muda zaman sekarang. Mereka berfikiran matang. Sudah jauh mereka fikir. Ada bagusnya juga fikir akan masa depan, senang sikit untuk merancang. Bukan begitu?
"Mak cik faham maksud kamu, Naiha. Tapi tak salah kalau kahwin. Anak itu bukannya satu beban. Ia anugerah. Banyak rezekinya kalau ada anak tau."
Naiha hanya diam. Macam manalah dia nak menolak lagi? Tiap kali cakap, ada saja jawapan wanita itu. Naiha pula yang penat gara-gara memikirkan jawapan dan menyusun ayat agar tidak adanya kesalahfahaman antara mereka. Takut pula lain yang sampai ke pendengaran wanita itu.
"Err.... Rasanya dah lewat lah, mak cik. Saya balik dulu lah ea. Nak kena bagi aiskrim dekat mak. Takut dia marah pula hehe," sengih Naiha.
"Iyalah. Nanti kalau ada masa, jemput datang ke rumah mak cik ni ya? Mak cik sentiasa alu-alukan kedatangan kamu."
"Err, iya. In Sha Allah, mak cik." Naiha bangun dari duduknya.
Dia menyalam tangan Puan Afiqa. Senyum kelat dibalas pada senyuman lebar Puan Afiqa. Pantas saja kaki Naiha mengorak langkah untuk beredar. Dia tidak mahu berlama-lama di rumah wanita ini. Nanti tidak pasal-pasal, malam ini juga jadi menantu. Aduh. Puan Afiqa memerhati terus figura Naiha yang sudah berjalan jauh di hadapan. Sedikit bibirnya naik mengukir senyum. Dia sudah fikir, mahu jadikan Naiha sebagai menantu dia.
***
Naiha mundar-mandir di dapur. Dia sedang fikirkan tentang apa yang Puan Afiqa bilang siang tadi. Eish, tak akanlah dia nak bersetuju? Anak dia si Hadif itu memang hensem. Sekilas pandang macam Sharukhan. Pandang sekilas lagi macam Kim Taehyung. Pandang lagi, ah, barulah Hadif Washif.
"Yang engkau ni tak reti nak duduk diam ke? Asyik mundar-mandir macam orang hilang laki ni dah kenapa?" soal Puan Rahima.
Dia letak sayur kangkung dalam mangkuk itu di atas meja. Dari tadi lagi dia berkerut dahi memandang Naiha yang tidak reti duduk diam. Gelisah semacam saja. Entah apa yang anak dara dia fikirkan sampai mundar-mandir begitu.
"Mak, ini bukan soal hilang laki tapi soal nak berlaki. Macam mana ni mak?"
Tajam renungan Puan Rahima kepada Naiha. Budak ini rasanya dah lama tidak kena ketuk ketampi. Berapa kali mahu di bilang, fokus pada pelajaran, bukannya fokus nak membina rumah tangga. Umur muda begini harusnya lebih fikir pasal masa hadapan yang lebih cerah. Asyik kahwin saja.
"Kau dah gatal sangat nak kahwin ke?"
"Bukan macamtu, mak. Masalahnya sekarang, Puan Afiqa tu nak Iha jadi menantu dia. Sekarang ni macam mana, mak?" Naiha akhirnya duduk di atas lantai.
"Apa yang nak risau sangat? Tolak ajelah. Itu pun susah ke?" Puan Rahima menggeleng kepala.
Itu saja pun susah benar nak buat keputusan. Dah kalau susah, tentulah hati pun sebenarnya dah kata setuju kan? Saja konon kata tak mahu padahal hati tu sebenarnya mahu. Yalah, siapa sajalah yang tidak mahu ada berbesan dengan Puan Afiqa itu. Orangnya kaya. Anak pula bekerjaya. Memang sesuai sangat hendak di jadikan menantu. Tapi, umur menjadi penghalang. Puan Rahima tak akan setuju kalau anak dara dia itu kahwin awal. Tidak!
***
"Hah? Ibu nak Dif kahwin? Dengan anak Puan Rahima?" terkejut Hadif mendengar.
"Yalah. Lagipun anak dara dia itu cantik orangnya. Single pula tu."
Hadif menggaru kepala.
"Ibu, Dif tak kenal pun dengan anak dia. Macam mana nak kahwin kalau kenal pun tidak?"
"Kalau pasal kenal, nanti lepas kahwin boleh buat. Kamu tu pun bukannya jenis yang boleh duduk sendiri kan? Eloklah kalau kamu kahwin dengan Naiha tu. Ada juga yang nak urus makan minum kamu."
Hadif hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu lagi berkahwin. Sedangkan perkahwinan dia dengan Erisa yang sudah kenal lama itu pun tidak kekal, inikan pula Naiha yang tak sengaja dia jumpa? Memang tak akan kekal lama perkahwinan mereka. Nanti, Hadif sendiri yang penat.
"Tak apalah, ibu. Ibu simpan sajalah niat ibu nak Dif kahwin. Hadif minta maaf, ibu. Dif tak sedia lagi nak berumah tangga semula." Hadif bangkit dari duduk lalu segera beredar.
Puan Afiqa melepaskan nafas panjang. Dia teringin sangat mahu lihat Hadif itu kahwin, gantikan orang baru di dalam hati. Sampai bila hendak di tahan orang lama dalam hati sedangkan dia sudah bahagia? Wanita itu hanya mahukan yang terbaik buat anak-anaknya.
Hadif masuk ke dalam bilik.
Dia terus saja membawa dirinya duduk ke birai katil. Termenung dia memikirkan tentang apa yang si ibu bilang. Macam mana dia nak bersetuju kalau dia dan Naiha itu tidak pernah pun berkenalan? Tak akanlah tiba-tiba saja jadi suami isteri? Hadif melepaskan nafas panjang. Runsing pula fikiran dia tentang hal ini.
...bersambung
YOU ARE READING
PRETTY FATE BETWEEN US ✅️
Storie d'amore[ 13 | COMPLETE romance - short ] *unedited* Pretty Fate Between Us, adalah kisah tentang HADIF WASHIF dan NAIHA AIEYSA. Mereka tidak pernah bercinta mahupun berkenalan. Namun sekali pertemuan menjadi titik mula kisah mereka. Mereka berkahwin. Dala...