02

607 79 1
                                    

HAJIQA perlahan-lahan menapak masuk ke dalam bilik Hadif. Terlihat sang abang yang sedang sibuk termenung mengenang hal lalu. Hajiqa menggelengkan kepala.

"Buat apa lah abang ingat dengan orang yang dah lukakan hati abang? Lupakan sajalah Kak Erisa tu. Allah dah tunjuk yang Kak Erisa tak layak untuk abang," kata Hajiqa.

Tertoleh kepala Hadif ke arah Hajiqa. Dia berdehem sebelum menyimpan telefon pintar ke meja kecil di sebelah katil.

"Erisa tu orang pertama yang abang cinta. Mustahil untuk abang senang-senang saja lupakan dia," perlahan Hadif menutur kata.

Hajiqa melabuhkan punggung di sebelah Hadif. Dia kasihan sebenarnya dengan abang dia ini. Dua tahun dia dengan Erisa bercinta tapi senang-senang saja perempuan itu berubah.

"Tak payahlah abang nak sedih-sedih sangat. Kak Erisa tu pun bukannya nak ingat kat abang. Kalau dia boleh cari pengganti, abang pun boleh. Abang kan hero dalam cerita ni, janganlah nak broken sangat."

Hadif hanya mendengar.

Mahukah dia cari pengganti? Sedangkan hati dia masih lagi menyeru nama Erisa Edna. Sudah namanya cinta pertama, memang susah untuk di lupakan.

Keluh berat di hembus keluar.

Nak cari pengganti bukannya sesenang nak tumbuk kacang. Hati ini perlu di perbaiki dulu, barulah ia bersedia untuk terima orang yang baru. Tetapi ia bukan hal mudah. Retak sebuah hati, ia memakan masa untuk sembuh.

"Yang Jiqa tak tidur lagi kenapa? Esok kan Jiqa ada majlis besar," soal Hadif mahu menghindar daripada di cuci telinga dengan Hajiqa tentang Erisa.

"Hah... Sebab abang tak tidur lagi jadi Jiqa pun tak tidur." Hajiqa tersengih.

"Tak adalah. Jiqa sebenarnya datang nak ucap selamat malam dekat abang. Tapi bila nampak abang sibuk termenung, tak jadilah nak ucap selamat malam pada abang."

Hadif hanya diam.

"Abang..."

Hadif menoleh.

"Abang cari jelah pengganti supaya dapat ubat hati abang tu. Lagipun umur abang dah tak lama dah," sambung Hajiqa bernada gurau.

Hadif tertawa kecil.

"Dahlah. Pergilah tidur. Nanti kesian pula Fad kena tunggu bakal isteri dia esok," kata Hadif.

"Yelah..." balas Hajiqa.

Dia bangun dari duduk dan berlari menuju ke pintu.

"Selamat malam," ucap Hajiqa.

Daun pintu dia kuak luas sebelum dia menapak keluar. Hadif hanya perhatikan saja. Belum saja terkatup pintu itu, Hajiqa menolak semula.

"Goodluck cari pengganti tau!" sempat Hajiqa memberitahu sebelum dia benar-benar mengatup pintu bilik.

Hadif menggeleng dengan kelakuan Hajiqa. Dah nak kahwin pun perangai budak-budak masih saja melekat. Seketika, Hadif melepaskan keluh.

Banyak pula dia termenung tentang Erisa sekarang. Ada benar juga dengan apa yang Hajiqa kata, tak guna nak kenangkan orang yang langsung tak kenangkan diri kita.

Tapi.... Bagaimana Hadif ingin lupakan Erisa jika gadis itu masih teguh bertahta di hati? Walaupun setelah apa yang Erisa telah buat kepadanya, dia masih saja mempertahankan kedudukan Erisa di hati.

Hadif menghembus nafas panjang.

Sudahlah Hadif Washif. Kau datang ke kampung sebab nak tenangkan fikiran dan bukannya memperbanyakkan teringat dia. Sudah. Hadif bermonolog memperingat diri sendiri.

PRETTY FATE BETWEEN US ✅️Where stories live. Discover now