NAIHA menyiapkan makan malam dengan lauk yang sederhana saja. Telur masak merah dan sup ayam. Naiha masih lagi terfikirkan apa yang Erisa katakan. Kebetulan Hadif masuk ke dalam dapur.
"Eh, saya baru nak panggil awak." kata Naiha.
"Tak apalah. Saya boleh bau awak dah siap masak." Hadif duduk di kerusi.
Naiha juga melabuhkan punggung di kerusi. Hadif membaca doa makan dahulu sebelum mereka berdua mula menjamah makanan bersama. Naiha menyendukkan nasi dan lauk buat Hadif. Dia kemudian menunduk. Dia ragu-ragu mahu bertanya.
Naiha memandang ke wajah Hadif.
"Awak, kalau saya tanya awak jangan marah ea."
Hadif mengangkat muka pandang wajah si isteri. Satu nafas panjang Naiha lepas.
"Awak ada sembunyikan apa-apa ke daripada saya?"
Hadif sedikit tersentak mendengar akan pertanyaan Naiha.
"Kenapa awak tanya macamtu?" soalan kembali diberi.
"Tak adalah. Saya cuma nak tanya saja. Manalah tahu ada benda yang awak sorokkan dari saya kan."
"Tak ada apa pun." balas Hadif. Dia menjamah semula makanannya.
Jawapan daripada Hadif itu membuatkan Naiha tidak berpuas hati. Mesti dia mahu tahu kebenaran juga. Dia tak akan senyap selagi Hadif tidak bagitahu akan hal sebenar.
"Erisa ada jumpa saya dan dia bagitahu saya yang dia tu sebenarnya bekas isteri awak. Betul ke?"
Hadif diam.
"Awak, saya tanya ni. Betul ke Erisa tu bekas isteri awak?" tanya Naiha sekali lagi.
"Ya." balas Hadif sepatah.
Naiha melepaskan keluh. Rupanya, selama ini dia berkahwin dengan duda. Huh! Tapi Hadif tidak pernah pun nak bercerita pasal bekas isterinya. Malahan, hanya mengiyakan bila Erisa kata dia kawan kepadanya.
"Erisa cerita dekat saya yang awak ni-" kata kata Naiha terpotong. Rasa bersalah pula dia mahu cakap.
Hadif sudah merasakan aura yang tidak baik. Dia menghabiskan suapan terakhirnya sebelum dia bangkit dan menyimpan pinggan ke singki. Naiha melepaskan nafas. Dia tidak berniat pun mahu buat Hadif sakit hati.
Naiha akhirnya mengejar langkah Hadif. Makanan dia tadi dibiarkan sahaja tidak dijamah. Dia lebih fikirkan soal segala persoalan yang mengetuk benak fikirannya.
Naiha menguak pintu dan terlihatlah Hadif yang sedang berdiri di balkoni.
"Awak, saya minta maaf sebab saya cakap pasal Erisa. Saya cuma nak tahu perkara sebenar saja."
Hadif tidak membalas.
"Erisa ada cerita yang awak ni sebenarnya ada kekurangan. Betul ke?" sengaja Naiha tidak guna perkataan mandul. Dia tak mahu menyinggung perasaan Hadif.
Hadif berdiam diri.
"Awak...." lirih Naiha. Dia cuba meraih tangan Hadif namun ditepis.
"Memang saya pernah kahwin dan Erisa tu bekas isteri saya. Dan kami cerai sebab Erisa dapat tahu yang saya ni mandul. Puas hati awak?" suara Hadif tinggi memberitahu hal sebenarnya.
Naiha sedikit tersentak.
"Kalau awak nak minta cerai, baiklah, saya akan lepaskan awak. Saya faham saya ni bukan macam lelaki yang lain. Saya tak boleh nak bagi zuriat." Hadif mengetap gigi. Dia kemudian menunduk.
"Saya minta maaf sebab saya dah tipu awak. Saya minta maaf sebab saya tak pernah nak cerita perkara sebenar. Takpe. Saya faham. Awak pun nak minta cerai juga kan?"
Naiha pantas saja meraih tangan Hadif. Air mata Naiha tumpah.
"Saya tak kisah pun pasal kekurangan awak. Saya cuma nak awak jujur dengan saya. Dalam berumahtangga, kejujuran itu penting. Macam mana nak saling percaya kalau tak jujur?" Naiha mengusap lembut tangan Hadif.
"Saya minta maaf sebab saya buat awak tersinggung dengan kata-kata saya. Tapi niat saya cuma nak tahu perkara sebenar. Itu je."
Naiha menunduk. Dia tahu dia salah. Dia sepatutnya bertanya baik-baik dengan Hadif. Hadif melepaskan keluh. Tangannya naik menarik tangan Naiha ke dalam dakapannya.
"Saya tak marahkan awak. Saya minta maaf sebab berkasar dengan awak," ucap Hadif penuh syahdu.
Naiha terus saja menghamburkan tangis. Kalau soal cerai atas alasan Hadif tak mampu beri zuriat? Itu adalah sebuah keputusan yang bodoh pernah dibuat. Naiha tidak kisah dengan apa kekurangan yang suaminya ada. Manusia tidak sempurna. Ada hikmah kenapa Allah jadikan tiap-tiap manusia dengan kekurangan dan kelebihannya. Manusia saja yang banyak mengkritik.
"Saya tak nak minta cerai. Saya tak nak berpisah dari suami saya. Saya tak nak." ucap Naiha.
Hadif mengangguk kemudian kepalanya jatuh ke kepala Naiha. Dia mencium lama kepala Naiha. Mereka lama berdakapan begitu. Sama seperti air mata Naiha yang terus menerus mengalir. Entah itu air mata gembira atau sedih. Dia sendiri tidak tahu.
Tapi yang pasti, Naiha sayangkan Hadif.
...bersambung
YOU ARE READING
PRETTY FATE BETWEEN US ✅️
Romance[ 13 | COMPLETE romance - short ] *unedited* Pretty Fate Between Us, adalah kisah tentang HADIF WASHIF dan NAIHA AIEYSA. Mereka tidak pernah bercinta mahupun berkenalan. Namun sekali pertemuan menjadi titik mula kisah mereka. Mereka berkahwin. Dala...