NAIHA meregangkan sedikit tubuhnya. Seharian duduk di atas kerusi, pandang muka pensyarah, pandang pula buku. Memang mengantuk habis. Naiha menguap.
"Weh!" sergah Nina dari samping.
"Eii, kau ni. Dah siap kelas dah?" tanya Naiha.
Nina tersengih-sengih.
"Dah. Awal lagi siap. Yang kau lambat sangat kenapa?"
"Eleh, bukan lama mana pun."
Kedua mereka mengatur langkah untuk beredar dari situ. Mereka berjalan menuju ke sebuah bangku yang ada di luar kolej. Di sini saja kegemaran mereka untuk melepak. Senang sikit Naiha nak tengok suami dia.
"Haih, rambut aku dah rosak. Kena pergi salon balik ni," Nina berkata sendiri.
Mata Naiha bergerak memerhati tiap pelajar yang keluar dari kolej. Ada yang berpasangan pula tu. Naiha kemudian terfikir satu soalan, dia memandang ke arah Nina.
"Perempuan macam mana yang kau suka?" tanya Naiha.
Nina menoleh. Terkejut dengar soalan yang diaju Naiha. Soalan macam apa ini? Nina berkerut dahi.
"Kenapa tanya?"
"Yelah, aku nak tahu. Tak akanlah kah tak terpikat kut dengan mana-mana perempuan kolej ni." hairan pula Naiha.
Nina tersenyum sumbing.
"Aku sukakan kau."
Tersentak. Pucat saja muka Naiha. Nina sudah meletuskan tawa.
"Kau ni cepat sangat percaya. Takdelah, aku ni tak sukakan perempuan pun. Aku suka dekat lelaki. Rawr!"
Terjongket mulut Naiha sebelah.
"Kau ni gay ke hah?"
"Nope. Just tertarik pada lelaki." Nina tersenyum menjongketkan keningnya.
"Hah, kalau macamtu, lelaki macam mana pula yang kau suka?"
"Aku suka lelaki yang hensem dan kaya. Pakej!" Nina mencium ke jarinya.
Naiha menggelengkan kepala.
"Tahu tak berdos-"
"Macamtu!" pintas Nina. Dia menunjuk ke arah depan sana.
Naiha pun menoleh. Dia pandang lama figura seorang lelaki yang keluar daripada kereta. Sekejap. Naiha tersentak. Buku perniagaan dia yang tebal itu dia hayun dan tepat mendarat ke kepala Nina.
"Auch!" erang Nina.
"Itu suami aku lah!" marah Naiha. Geram benar dia dengan Nina ini.
Suka hati kau saja nak sukakan suami kawan sendiri. Naiha menahan rasa geram di dada. Kalau diikutkan, memang makan dua buku si Nina dia kerjakan.
"Suami? Wah, hubby you very hot. I like!" kata Nina mengenyitkan mata.
Makin bertambah rasa kesal dalam hati Naiha. Ini setakat bagi makan buku tak jalan ni. Mesti nak basuh otak dia sekali. Baru padan muka!
"Kau jangan nak memandai! Suami aku tu tau tak!" marah Naiha. Nina menjelirkan lidah.
"Suka hati lah," balas Nina selamba.
Naiha mahu mengetuk kepala Nina sekali lagi namun panggilan daripada Hadif membuatnya terhenti.
"Awak?" panggil Hadif.
Cepat-cepat Naiha bangun dari duduk. Dia mendakap tubuh Hadif hingga menyentakkan lelaki itu. Naiha menatap tajam wajah Nina.
"Dia ni suami aku!" marah Naiha. Makin dia ketatkan pelukan. Takut kalau Nina rampas suami dia.
Nina bangun dari duduk. Senyum dia beri kepada Hadif dan Hadif hanya membalas dengan senyuman tipis. Naiha terus saja melepaskan pelukan. Dia berdiri di hadapan Hadif. Buku sudah dia siapkan buat ketuk kepala Nina.
"Kalau kau berani datang dekat, aku ketuk kau pakai buku ni sampai terbelah dua!" Naiha memberi amaran.
"Awak..." panggil Hadif. Dia mengambil perlahan buku yang dipegang Naiha.
Naiha berpaling badan.
"Awak! Nina ni nak ambil awak tahu tak!" adu Naiha dengan bibirnya yang sudah memuncung ke depan.
Hadif tersengih. Tak akanlah Naiha mahu cemburu pasal Nina? Dia kan cuma bermain-main saja. Tak mungkin betul.
"Yelah, hottie. You look very handsome!" ucap Nina. Sengaja pula mengenyitkan mata kepada Hadif.
Hadif tersenyum hambar. Matilah dia. Naiha terus berpaling lagi pada Nina. Tajam pandangannya menusuk-nusuk anak mata Nina. Nina pula hanya beriak biasa.
"Bongok," ucap Naiha.
Dia terus saja menarik lengan Hadif untuk beredar. Nina berpeluk tubuh. Jauh di sudut hati dia sedang tergelak besar. Memang sengaja mahu buat Naiha jeles. Tak dinafikan, memang Hadif itu hot. Sempat pula Nina memuji.
Sampai sahaja di kereta, Naiha memberikan jelingan tajam pada Nina. Mulai daripada hari ini, dia tak akan biarkan suaminya itu di pandang-pandang oleh Nina. Lelaki macam apa nak pikat suami orang? Hmph!
Nina melambai pada Naiha. Naiha memalingkan wajah. Dia malas mahu melayan Nina. Dah pandai-pandai pergi usha suami orang, selamba saja dia melambai. Karang kalau terbang pisau jangan tanya kenapa. Huh!
Naiha berpeluk tubuh.
Dia masih tidak puas hati dengan kelakuan Nina tadi. Dia sangkakan lelaki itu straight tetapi rupanya mereng? Panas pula hati Naiha. Hadif menoleh kecil ke arah Naiha.
"Awak okey ke ni?" soal Hadif.
Air mata Naiha jatuh. Hadif terkejut mendengar esakan Naiha. Pantas saja di berhentikan keretanya ke tepi jalan. Dia terus menoleh kearah Naiha.
"Awak, Nina sukakan awak!" adu Naiha.
Hadif melepaskan nafas. Hadif tertawa kecil. Tak sangka isteri dia ini jenisnya manja dan suka emosi kan? Cemburu pula tu. Padahalkan nampak sangat Nina tadi cuman bercanda.
"Awak, Nina tu main-main aje. Janganlah nangis, hm?" Hadif mengusap kepala Naiha.
"Tapi.... kalau dia cakap betul-betul macam mana? Nanti mesti dia nak goda awak. Ish!" marah Naiha. Dia menghentakkan kaki.
Hadif tertawa. Naiha terus bertoleh pada Hadif.
"Yang awak ni gelakkan saya kenapa? Saya cakap betul-betul tahu tak!" Naiha mencebik.
Hadif memegang kedua bahu Naiha. Dia pusingkan perlahan tubuh Naiha menghadapnya.
"Awak, mustahil Nina nak buat macamtu. Kalau dia buat pun, tak ada kesan langsung untuk saya. Saya suami awak, jadi saya fokus pada isteri saya sajalah."
"Betul?" soal Naiha.
Hadif tersenyum. Air mata Naiha itu dia esat dengan ibu jari.
"Betul, sayang."
Tersenyum lebar Naiha mendengar. Dia kemudian tersengih-sengih. Entahlah kenapa dia emo sekarang. Mungkin juga sudah sampai masa untuk period dia.
Hadif kemudian mengusap lagi kepala Naiha. Dia kembali pada pemanduannya. Mereka meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Satu mesej masuk melalui whatsapp Naiha.
Nina🍁
sorry
aku memain je
don't ambil hati ye you
btw, i tak tipu tau
your hubby look hot
kirim salam pls !Naiha hanya baca mesej yang di hantar Nina. Masih saja mahu bermain-main dengan dirinya. Bengang pula hati Naiha. Dengan lelaki pun dia sudah merasa tercabar, inikan pula perempuan?
...bersambung
YOU ARE READING
PRETTY FATE BETWEEN US ✅️
Romance[ 13 | COMPLETE romance - short ] *unedited* Pretty Fate Between Us, adalah kisah tentang HADIF WASHIF dan NAIHA AIEYSA. Mereka tidak pernah bercinta mahupun berkenalan. Namun sekali pertemuan menjadi titik mula kisah mereka. Mereka berkahwin. Dala...