13

499 61 3
                                    

SEPERTI biasa, Naiha akan menyiapkan sarapan untuk Hadif. Mereka berdua menjamah sarapan bersama kemudian Hadif akan menghantar Naiha ke kolej, barulah Hadif akan bergerak ke pejabat.

"Awak, awak tak penat ke asyik ulang alik untuk ambil saya tiap hari? Saya tak nak menyusahkan awak pula," ucap Naiha.

"Kenapa pula saya nak rasa risau. Awak isteri saya. Bukannya orang lain pun. Sudah tanggungjawab saya sebagai suami, saya kenalah jalankan." lembut Hadif menutur kata.

Tapi Naiha risau. Risau jikalau dia bebankan Hadif. Sudahlah pagi kena hantar ke kolej, lepas itu tengah hari pula datang jemput dia balik.

Naiha turun daripada perut kereta.

"Awak tak payah lagilah nak ambil saya."

"Hm? Kenapa pula?" soal Hadif.

"Saya ada kelas sampai pukul tiga ni. Jadi saya tak naklah susahkan untuk ambil saya. Saya boleh aje naik teksi."

"Tak. Saya tak benarkan awak naik mana-mana teksi atau grab. Biar saya saja yang ambil awak. Ini tanggungjawab saya," kata Hadif.

Dia tidak terbeban sikit pun untuk mengambil dan menghantar Naiha. Lagipula, dia tidak mahu jikalau ada apa-apa yang jadi kepada isterinya. Cukuplah dia kehilangan Erisa. Bukan hilang Naiha. Kali ini, dia tidak akan membiarkan Naiha turut sama meninggalkan dirinya.

"Kalau macamtu tak apalah. Nanti saya call je kalau dah siap. Jangan kelam-kabut pula keluar office." sempat Naiha memesan.

Hadif tersenyum tipis. Dia anggukkan kepala. Naiha kemudian senyum segaris lalu langkah di atur menuju masuk ke dalam kolej. Kepala ditoleh sikit kearah Hadif yang masih memerhatinya. Hadif mahu pastikan sampai Naiha benar-benar masuk ke kolej.

Setelah selesai, Hadif pun bergerak ke pejabatnya.

Kaki dia dihayunkan laju untuk masuk ke dalam pejabat. Terlihat pekerja yang berselisih dengan Hadif itu menunduk menandakan tanda hormat kepada bos besar. Hadif terus saja masuk ke dalam pejabat. Punggungnya di labuh elok ke atas kerusi.

Beberapa minit Hadif sibuk melihat data syarikat, dia terhenti ketika seseorang dari sedang mengetuk pintu.

"Masuk," arah Hadif. Matanya terus di fokuskan kepada skrin komputer. Agak sibuk dia dengan projek yang mahu dia uruskan.

Seorang perempuan menapak masuk ke dalam. Hadif mengangkat muka. Tatapannya bertaut pada perempuan itu. Lantas, Hadif bangun dari duduknya. Dia terkejut melihat siapa gerangan perempuan yang baru masuk.

"Erisa." nama itu meniti di bibir Hadif.

Erisa mengulum senyum di bibir.

***

Naiha menekup mulut ketika menguap. Mengantuk pula dia gara-gara tidak cukup tidur semalam. Kerana terlalu gigih menyiapkan assignment, sampaikan tidak sedar jikalau jam sudah menunjukkan pada jam 12.

Naiha memandang di sekitar. Hari ini rasa sunyi pula. Baru dia teringat, Nina tidak ada pula hari ini. Ke mana ya lelaki itu pergi? Ada kelas tambahan?

"Naiha!" panggil Nina dari belakang. Baru sebut dah muncul. Panjang umur.

"Hah, kenapa kau lambat?" soal Naiha. Nina melabuhkan punggung.

"Tahu-tahu jelah kelas kitorang macam mana. Harini ada prof buat extra kelas."

"Oh.... Sekarang ni dah siap ke extra class kau tu? Kalau dah siap elok juga. Aku nak ajak kau pergi makan ni hah. Nanti aku pun ada extra class sampai pukul tiga," beritahu Naiha.

"Eh, kau kenalah tunggu lagi sampai pukul tiga kan? Kelas aku dah habis dah. Hhah."

"Eleh, nanti esok lusa kena pula kelas sampai pukul lima barulah padan muka kau. Dahlah. Jom kita pergi makan. Aku dah lapar menunggu kau daripada tadi tahu tak." Naiha bangkit dari duduk.

Mereka berdua pun berjalan ke kafe kolej.

Naiha memesan roti dengan Ice Latte sahaja. Berbeza dengan Nina yang siap pesan roti, nasi, aiskrim. Naiha geleng kepala lihat Nina.

"Kau ni, pesan banyak-banyak dapat ke kau habiskan semua?"

"Eh, tentulah. Aku ni raja makan tahu tak. Hah gituw." Nina menyelipkan rambutnya yang pendek.

Naiha membuat muka. Menyampah pula dengan gaya Nina. Tapi sekurang-kurangnya, Nina baik orang dia. Peramah pun iya. Nasiblah Naiha ada seorang kawan di kolej ini. Tidaklah dia terkial-kial di kolej berseorangan diri sepanjang hari.

...bersambung

PRETTY FATE BETWEEN US ✅️Where stories live. Discover now