[TRUZ NEWS!]
"Sebuah makmal yang membuat eksperimen terhadap manusia yang terletak jauh di dalam hutan akhirnya dijumpai oleh pihak berkuasa, namun nampaknya mereka telah berjaya melarikan diri dengan membawa semua bahan uji kaji mereka. Jika terdapat maklumat yang baharu, akan kami sampaikan kepada anda. Sekian daripada saya, Kim Jiyoung langsung dari tempat kejadian". Kata seorang pembawa berita yang mengadakan siaran langsung dengan berlatar belakangkan makmal yang besar dan juga kelihatan usang sedikit.
*****
Seorang lelaki yang memakai kot putih kelihatan sibuk menyiapkan cecair- cecair campurannya lalu disuntikkan ke seekor arnab dan dalam beberapa minit , arnab tersebut telah menunjukkkan beberapa kesan akibat cecair tersebut. Badan arnab tersebut mula menjadi sedikit besar lalu lelaki tadi mengambilnya dan memasukkannya ke dalam sebuah akuarium yang berisi air.
Setelah arnab tadi dimasukkan ke dalam akuarium, arnab tersebut mula berenang di dalam akuarium tersebut. Manakala, lelaki tadi tersenyum lebar setelah mendapati ujiannya berjaya. Dia memindahkan beberapa cecair tadi ke dalam beberapa picagari lalu dia menyimpannya ke dalam sebuah peti khas.
Tak lama kemudian, seorang wanita masuk ke dalam bilik tersebut. Dia terlihat sedang membawa salah satu bahan uji mereka iaitu arnab yang berwarna biru dan bertanduk di dalam sebuah kotak kaca.
"Prof Yoo, AB1 ni nak letak mana?".tanya wanita tersebut yang merupakan pembantu kepad Prof Yoo.
"Letak dekat hujung tu, sebelah balang kaca yang besar tu". Arah Prof Yoo sambil matanya tertempu kepada arnab yang baru diujinya tadi. Jika tiada sebarang masalah, dia akan menggunakan cecair yang sama untuk disuntikkan ke bahan uji kaji nya yang lain. Wanita tersebut meletakkan kotak kaca itu di atas meja bersebelahan balang kaca yang besar tadi. Disana terlihat 12 balang kaca yang besar dan boleh memuatkan dua manusia dewasa di dalam satu balang.
"Budak - budak tu dah sampai, Syerin?". Tanya Prof Yoo kepada Miss Syerin.
"Diorang on the way, Prof". Jawab Syerin.
Prof Yoo menanggukkan kepalanya lalu menyuruh Syerin keluar dari bilik tersebut manakala dirinya membuat sebuah campuran cecair yang dapat membuat manusia dapat bernafas di dalam air.
"Haih,. Kalau lah kau tak tolak tawaran aku, aku takkan culik anak buah kau untuk jadi bahan uji kaji aku yang seterusnya". Kata Prof Yoo sambil tersenyum seperti psycho. Di tangannya terdapat sekeping gambarnya bersama dengan kawan lamanya. Dia mengajak kawannya untuk berkerja sama dengannya namun ditolak. Disebabkan itulah Prof Yoo menculik 12 orang dari anak buah kawannya untuk dijadikan bahan eksperimen yang seterusnya.
"Prof, diorang dah sampai". Kata Syerin yang muncul disebalik pintu. Prof Yoo melangkah keluar menuju Syerin tanpa dia sedar, dia telah melanggar satu balang yang mengandungi cecair racun yang berwarna biru lalu cecair racun itu tercampur ke dalam balang campuran cecair yang baru sahaja Prof Yoo cipta. Cecair yang mula- mula berwarna merah itu berubah menjadi warna hitam namun kembali semula menjadi warna asalnya.
Tidak lama kemudian, Prof Yoo masuk ke bilik tersebut dengan mengangkat sebuah kotak kayu yang cukup besar kemudian dia meletakannya di dalam bilik makmalnya lalu mengambil lagi kotak yang tinggal. Dia membuka kotak- kotak tersebut hanya menggunakan tangan kosong. Ianya berkat bantuan cecair ciptaannya yang membuatnya boleh mengangkat barang yang berat tanpa merasa berat.
Dalam beberapa minit sahaja, semua kedua belas kotak sudah terbuka sepenuhnya dan memperlihatkan seorang manusia yang pengsan di dalam setiap kotak.
Prof Yoo pergi mengambil beberapa picagari dan mengambil balang yang tadi tanpa mengetahui yang cecair di dalam balang itu telah tercampur racun. Dia memindahkan cecair dari dalam balang tersebut ke picagari -picagari tersebut. Dia mula dengan seorang lelaki yang memakai rantai yang terdapat api ungu disitu. Prof Yoo meneliti nama di seragamnya.
"Choi Hyun Suk?, Nice name". Kata Prof Yoo sambil tersenyum sinis. Dia mula mencucukkan cecair dari picagari tersebut ke dalam badan hyunsuk. Dia mengulangi langkah yang sama dengan kesebelas lagi mangsanya lalu setelah selesai, dia mengangkat hyunsuk dan membawanya ke arah balang besar yang dipenuhi dengan cecair buatannya. Sebelum memasukkan hyunsuk ke dalam balang tersebut ,dia melekatkan beberapa wayar ke badan hyunsuk untuk meniliti jika cecairnya sesuai ke badan manusia.
Setelah itu,dia memasukkan hyunsuk ke dalam balang tersebut lalu dia berbuat hal yang sama ke sebelas orang lagi. Dia kemudiannya meniliti detak jantung mereka satu persatu di komputer special milknya. Setelah memastikan semua nya normal, dia keluar dari bilik itu untuk berehat.
Tidak lama kemudian setelah Prof Yoo keluar, detakan jantung mereka tiba - tiba berdetak dengan kuat . Ianya berlaku selama 5 minit. Sepanjang 5 minit tersebut, mata mereka serentak terbuka dan mata yang berwarna coklat itu perlahan - lahan berubah menjadi merah gelap. Mereka menggerang dengan kuat kerana sakit yang dirasakan sungguh luar biasa . Namun tak lama kemudian, detakan jantung mereka menjadi normal kembali dan mata mereka berubah menjadi sediakala . Mata mereka mula tertutup perlahan-lahan.
YOU ARE READING
CRAZY EXPERIMENTS
Short Story[ CRIME SCENE DO NOT CROSS!] Kerana sifat tamak seorang saintis gila menyebabkan masa depan 12 orang lelaki berubah serta merta. Tubuh Mereka sudah tidak seperti orang lain. Dan juga tubuh Mereka mempunyai kuasa yang diperolehi secara tidak sengaja...