Aku pun tak tahu apa aku tulis ni🙂
_______________________
Ini tidak mungkin...
David
Baru sahaja meninggalkan mereka untuk selamanya.
"Dah habis?". Prof Yoo bertanya dengan nada jengkel.
Mereka bangun perlahan-lahan lalu memandang dengan tatapan benci ke arah Prof Yoo. Orang yang sama yang mengambil nyawa orang yang mereka sayangi. Hanya ada satu matlamat mereka sekarang. Iaitu untuk membalas dendam kepada Prof Yoo. Menamatkan semua hal ini. Mereka sudah tidak mau berurusan dengan saintis gila ini. Tidak ingin ada nyawa yang melayang lagi.
Haiwan-haiwan itu dilepaskan lagi. Namun kali ini target mereka berubah ke arah Kha yang sedari tadi hanya menangis di dinding kaca yang berjauhan dari tempat mereka sekarang.
"Kha! Lari dari situ!". Mereka berusaha berlari sekuat hati untuk menyelamatkan Kha namun mereka terlambat lagi apabila haiwan-haiwan tersebut sudah berada dihadapan Kha. Namun apabila tiada pergerakan daripada haiwan-haiwan tersebut membuatkan mereka berlari lebih laju.
Mereka semua menatap tidak percaya dengan permandangan di hadapan mereka. Kha yang masih tetap berdiri dengan air mata dipipinya dan juga tangan kanannya yang dimajukan kehadapan menghentikan pergerakan haiwan-haiwan tersebut daripada menyerangnya. Jaden dengan cepat langsung memeluk Kha untuk memastikan yang gadis kecil itu tidak mengalami sebarang luka.
"Korang tunggu apa lagi?!. Serang lah!" . Marah Prof Yoo menekan- nekan kuat alat ciptaannya yang digunakan untuk mengawal haiwan-haiwan tersebut namun apabila tiada sebarang reaksi dari haiwan-haiwan tersebut, dia menghempas kasar alat itu kelantai sehingga alat itu rosak lalu dia turun ke bawah untuk mengurus mereka dengan tangannya sendiri.
Baru sahaja dia ingin menyerang mereka, bunyi kaca yang sudah pecah menghentikannya. Dia menoleh ke tepi. Dia tergaman melihat dinding kaca nya yang boleh dikatan sangat tebal buatannya sudah habis pecah.
"KHA!'
"EOMMA!"
"Uish! Binatang ape tu?. Ni korang nangis ni kenapa?".
"Eh Junkyu mana?"
"Budak tu dah tak ada! Aku dah bunuh dia!". Prof Yoo berteriak melihat lelaki yang merosakkan rancangannya.
"Keita!"
"Apahal kau bunuh budak tu?!". Miss Jenne berteriak kepada Prof Yoo. Kha diserahkan ke Jaden lalu mereka pergi mengambil mayat David dan membawanya ke kereta yang dibawa oleh Vien untuk memecahkan dinding kaca tadi.
"Aku Yoo bukan Keita!". Prof Yoo memukul-mukul kencang kepalanya.
"Yoo! Keita dan kau tu orang yang sama! Korang berkongsi tubuh yang sama!" Miss Jenne memberitahu yang sebenarnya.
Berbalik kepada part prolog, dimana scene Prof Yoo memegang sekeping gambar yang sebenarnya hanya ada gambarnya disitu tanpa 'sahabatnya'. Itu hanyalah hayalan Prof Yoo semata-mata. Dan mereka berdua belas yang diculik sebenarnya merupakan anak buah kepada Prof Yoo . Setelah menculik mereka berdua belas, Prof Yoo terus membunuh orang tua mereka yang merupakan saudara kandung kepada Prof Yoo sendiri.
Semua cerita yang dia dengan Keita yang dahulunya bersahabat baik namun setelah Keita mengkhianatinya, semuanya hanyalah khayalan Prof Yoo semata- mata.
Prof Yoo mengambil jalan yang salah untuk membalas dendam . Dengan melibatkan orang yang tidak bersalah. Nyawa dan masa depan mereka menjadi taruhan. Hidup membesar dengan sebuah keistimewaan atau kutukan yang tidak ada pada orang lain.
Setelah hampir 1 tahun diseksa secara terus-terusan oleh Prof Yoo membuat mereka pernah berfikir tentang 'tujuan untuk bertahan hidup'. Mereka pernah berancang untuk membunuh diri bersama-sama namun hasilnya sia-sia kerana badan mereka sudah disuntikkan racun yang menghalang sesiapa yang terkena suntikan tersebut tidak boleh mati . Jika bertekad ingin melukakan diri sendiri, tubuh seseorang itu akan merasakan sakit yang luar biasa dan mendadak pengsan. Dan kerana mereka sudah terkena sakit itu beberapa kali akhirnya mereka menyerah dan pasrah walaupun mereka sudah tidak tahan akan seksaan Prof Yoo.
Dan akhirnya suatu hari yang ditunggu telah pun tiba. Hari dimana mereka sudah menyiapkan rancangan sudah berancang untuk melepaskan diri dari neraka buatan Prof Yoo iaitu dengan mencampur sedikit darah mereka sebelas yang akan menghasilkan effect yang lebih kuat. Mereka berhasil membuat Prof Yoo mencicipinya walaupun cuma sedikit yang membuat effectnya akan datang lambat namun mereka tidak kisah asalkan mereka boleh keluar dari situ. Dan mereka hanya perlu menunggu hasilnya. Namun mereka tidak sedar yang selepas itu, Haruto dan juga Jeongwoo dibawa ke bilik seksaaan bawah tanah untuk menyeksa mereka. Setelah Travis dan Jeongwoo keluar dari bilik tersebut barulah mereka perasan akan kehilangan mereka berdua. Dan akhirnya mereka terus memulakan rancangan mereka untuk melarikan diri dari tempat tersebut.
"Tak!. Keita yang dah lama mati!. Aku dah bunuh dia dulu sebab dia taknak kerjasama dengan aku!". Prof Yoo mengelak.
"Tak!. Budak lemah tu bukan aku!". Prof Yoo menafikannya.
"Kau tu yang lemah!". Kata dua orang yang berlainan gender namun muka mereka kelihatan sama.
"Khen Oppa, Kharinne Unnie!"
"Kha duduk diam-diam kat situ. Kami nak selesaikan semua masalah ni. Korang, jaga adik aku baik-baik". Kata lelaki yang dipanggil Khen oleh Kha. Mereka hanya mengangguk. Sementara Vien pergi mengurus mayat David. Jaden ditinggalkan bersama dengan Kha manakala mereka yang lain ingin membantu untuk menghancurkan Prof Yoo.
Bunyi tumbukan kuat kedengaran. Tubuh Prof Yoo terjatuh di lanti. Dia memegang pipinya. Wajah Khen dipandang tidak puas hati . Dia mengambil sesuatu dari kotnya. Botol kecil berisi cecair berwarna hitam dikeluarkan. Belum sempat dia membuka penutup botol kecil itu, Kharinne sudah merampasnya lalu menghempas botol itu sehingga botol itu pecah dan cecair itu tumpah. Kharinne tersenyum mengejek namun dia tidak sedar yang senyuman sinis dari wajah Prof Yoo.
****
Keita ialah Prof Yoo?
Keita appa Kha?
Prof Yoo menderita penyakit d.i.d?
YOU ARE READING
CRAZY EXPERIMENTS
Short Story[ CRIME SCENE DO NOT CROSS!] Kerana sifat tamak seorang saintis gila menyebabkan masa depan 12 orang lelaki berubah serta merta. Tubuh Mereka sudah tidak seperti orang lain. Dan juga tubuh Mereka mempunyai kuasa yang diperolehi secara tidak sengaja...