"Hyung, Hyung okay tak?". Tanya
Kyle setelah Jaden sedar dari pengsannya."Aku okay. Cuma kepala aku pening sikit. Apa dah jadi?". Tanya Jaden kembali apabila mendapati mereka semua terkurung di dalam sebuah bilik yang kotor.
"Tadi Prof Yoo dah manipulasi otak kau. Dia hasut kau supaya kau fikir yang kitaorang yang bunuh Eomma dengan Appa kau". Jelas Daniel.
"M-mian. Aku tak sedar apa yang aku buat".
"It's okay. Sekarang,kita kena cari John dengan Kha lepastu kita lari dari sini." Arah Jun.
Mereka semua perlahan - lahan keluar dari bilik tersebut tanpa membuat sebarang bunyi. Berharap yang Prof Yoo tidak mengetahui yang mereka sudah keluar.
Mereka melangkah masuk ke bilik yang bersebelahan dengan bilik mereka dikurung untuk memeriksa jika John dan Kha ada disana.
"John, Kha".
"Oppa!"
"Sttt. Diam". Kha menutup mulutnya. Jaden datang mendekat dan membuka ikatan tali pada badan Kha dan juga John. Setelah habis membuka semua tali yang mengikat tubuh John, tubuh lemah itu pun jatuh kerana tidak cukup tenaga kerana habis diseksa oleh Prof Yoo.
Tubuh John dipapah oleh Jaden dan Kevin. Arthur tolong memimpin Kha keluar dari bilik tersebut."Dah nak keluar ke?. Cepatnya. Aku baru nak mula". Prof Yoo tiba-tiba muncul di hadapan pintu. Menghalang mereka keluar.
"Kau nak apa?!.6 tahun kami dapat lepas dari kau kenapa kau datang balik dan kami semua ingat perkara 6 tahun lepas?!". Marah Travis.
"Dan macam mana kau boleh jumpa kitaorang selepas 6 tahun?!". Marah Justin lagi.
"Hey, slow down boys. Bagi aku jawab satu - satu. First, aku sengaja biarkan korang lepas selama 6 tahun. Kenapa?. Hmm. Sebab aku sengaja nak biarkan korang bergembira dulu sebelum korang sedih. And budak tu yang buat aku jumpa korang". Kata Prof Yoo sambil menunjuk ke arah Kha.
"Jangan nak tukar topik!. Kenapa pulak sebab Kha kau boleh jumpa kitaorang?".
"Masa first time korang jumpa Kha waktu dia sesat dekat mall dulu, aku ada kat sana . Perhatikan korang bawa budak ni keluar jumpa Eomma dia lepastu korang minta izin dengan Eomma dia supaya nak jaga budak ni. Korang bawa dia balik rumah, aku ikut dari belakang. Dan hari yang sama juga Hyunsuk keluar dari rumah tu sebab tak nak korang tertimpa hal yang sama. Iaitu selalu diikuti oleh orang suruhan aku". Sinis Prof Yoo menerangkan. Dia memandang mereka kembali.
Belum sempat Travis ingin menggunakan kuasanya untuk menghilangkan kesedaran Prof Yoo, Prof Yoo terlebih dahulu menyembur cecair di hadapan mereka membuat mereka semua pengsan.
"Sakit nya kepala aku. Dari tadi asyik pengsan je". Keluh John sambil memegang kepalanya. Dia menyentuh sebelahnya. Rumput?. Dia memandang sekeliling. Tumbuhan rumput menjadi alas tubuh mereka. Dia kenal tempat ini. Halaman rumah Prof Yoo. Tubuh mereka yang masih belum sedar itu dibangunkan satu persatu oleh John.
"Dah bangun?. Bagus. Aku tak sabar nak main dengan permainan baru aku". Prof Yoo tersenyum sinis. Memandang mereka semua dari atas. Dia sekarang berada di balkoni rumahnya. 13 orang yang terkurung dalam bilik buatannya itu dipandang dengan pandangan meremehkan.
John cuba memecahkan dinding kaca yang mengurung mereka dengan menggunakan kuasanya namun tidak ada apa-apa tidak balas yang terjadi. Dinding kaca itu masih tetap kukuh. Ditambah lagi dengan keadaan tubuhnya yang lemah kerana diseksa oleh Prof Yoo. Walaupun sudah disembuhkan dengan kuasa Hikata, namun sakitnya masih terasa sedikit.
John menyandarkan tubuhnya di dinding kaca itu dengan nafas yang tercungap-cungap. Sudah hampir 10 minit dia mencuba memecahkannya. Bukan sahaja John, malah yang lain juga berusaha memecahkan dinding tersebut dengan menggunakan kuasa mereka. Prof Yoo hanya tertawa memandang mereka.
"Kuasa Korang..
Takkan berguna dalam bilik ni"
"Maksud kau?! Apa yang kau dah buat kat kitaorang!". Marah Sam.
"Nothing. Just suntikkan ramuan yang aku dah buat untuk menghentikan kuasa Korang?". Sinis Prof Yoo.
"Tak guna!"
Prof Yoo langsung memulakan permainan nya. Dia melepaskan beberapa haiwan yang rupanya sangat mengerikan dari sangkar besi tersebut.
Rupanya seperti harimau tapi bertaring panjang dan juga berbulu hitam. Tidak lupa juga dengan bekas cakaran di matanya."Jangan takut. Kita sama- sama lawan". Ujar Jun cuba untuk menenangkan mereka.
Grrrr!
Mereka terus diserang. Mereka mencuba sedaya upaya untuk mengelak serangan dari haiwan-haiwan tersebut.
Kevin menoleh ke tepi . Dia melihat seekor haiwan itu sedang berlari ke arah David.
"David hyung!, hati-hati!". David cuba menghindar namun terlambat. Tubuhnya terlempar ke arah dinding. Dia memegang perutnya. Cakaran haiwan tersebut membuatkan perutnya terluka parah. Dadanya sesak. Hikata berlari mendekat. Mencuba menyembuhkan luka David. Air matanya tidak berhenti membasahi pipinya. Yang lain ingin membantu David namun mereka terlalu lemah, mereka juga mendapatkan luka di tubuh mereka namun tidak terlalu parah seperti David. David tersenyum nipis melihat usaha sia- sia Hikata.
"J-jangan. Kau d-dah tak a-ada ku-asa lagi". Ujar David dengan nada yang tersekat - sekat. Tubuhnya semua berasa sakit.
"Tak, David!. Bertahanlah!". Jerit Hikata.
"David!". Yang lain berlari ke arah mereka berdua . Haiwan itu dihentikan dulu oleh prof Yoo. Membiarkan mereka mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada David.
"Hyung! Jangan tinggalkan kitaorang!". Air mata laju meluncur turun membasahi pipi mereka.
"M-mian . Aku t-tak rasa aku bo-leh bertahan lagi". Kata David tersekat - sekat. Tubuhnya semakin lemah.
' Korang. Maafkan aku eh?. Kita jumpa lagi di kehidupan yang akan datang. Aku harap kita akan tetap jadi kawan'. David tersenyum nipis lalu pandangannya menjadi gelap buat selamanya.
"David!".
Just nak bagitau yang cerita ni dah nak mendekat ending✌🏻.
YOU ARE READING
CRAZY EXPERIMENTS
Short Story[ CRIME SCENE DO NOT CROSS!] Kerana sifat tamak seorang saintis gila menyebabkan masa depan 12 orang lelaki berubah serta merta. Tubuh Mereka sudah tidak seperti orang lain. Dan juga tubuh Mereka mempunyai kuasa yang diperolehi secara tidak sengaja...