Part 21 (EPILOG)

94 10 3
                                    


"Macam mana. Korang nak ambil risiko ni ke ?". Vien bertanya ragu.

"Walau apapun risiko dia asalkan David Hyung boleh hidup balik, aku sanggup jadi pengganti dia" Sam berkata tenang membuatkan mereka memandang ke arah Sam.

"Tak. Tak boleh. Cukuplah hanya David yang pergi, aku tak nak kau pun pergi sama". Ujar Kyle.

"Tak apa, Hyung. David hyung dah buat macam-macam untuk aku. Aku taknak hidup penuh penyesalan apabila aku terlambat untuk selamatkan dia". Sam tersenyum nipis.

"Tolong ubah fikiran kau, Sam. Aku tahu kau sayangkan David , kitaorang pun sama". Ujar Daniel.

"Tak. Korang semua lain. Aku ni adik kandung dia. Jadi aku yang patut berganti tempat dengan dia". Ujar Sam membuatkan mereka semua terdiam. Tiba-tiba Sam merasakan tubuhnya dipeluk erat oleh mereka semua. 

"A-aku tak tahu nak cakap apa. Aku nak halang kau tapi aku tahu, kau memang keras kepala. Tapi tolong fikir baik-baik. Aku taknak kau rasa menyesal dan bersalah kalau apa yang kita nak tak berlaku dengan baik. " Jaden menasihati Sam namun Sam hanya tersenyum.

"Kalau aku tak cuba cara ni, aku mungkin akan menyesal seumur hidup aku ,hyung". Sam membalas pelukan mereka semua. 

'Aku akan ridukan korang. Tolong jaga David hyung kalau cara ni berhasil.'


~~~~~~~~~

Mereka membentuk bulatan dengan memegang tangan sesama sendiri. Vien mula mengarahkan mereka untuk mengeluarkan semua kuasa mereka sehabis baik. Sam yang sudah bersiap sedia dari tadi segera mengeluarkan semua kuasanya.

 Setelah semua kuasa anginnya  mengalir keluar dan mula masuk ke dalam badan David yang berada ditepi mereka, tubuh John  mula melemah dan segera jatuh ke halaman berumput tersebut. Mereka yang lain ingin menolong John namun dihalang Vien kerana takut semua ini akan menjadi sia-sia. Jadi mereka terus menyalurkan semua kuasa mereka supaya dapat diserap oleh badan David.

"Aku tak boleh bertahan lagi". Kata Arthur lemah. Kuasa teleportnya sudah habis dikeluarkan dan kemudiannya tubuhnya jatuh pengsan ke rumput. Setelah Arthur pengsan, mereka yang lain juga merasakan sakit yang luar biasa. 

Kuasa Daniel habis diserap,

Kuasa hipnotis Jun juga habis,

Kuasa Ice Jaden juga habis berpindah ke tubuh David,

Semua kuasa penyembuhan yang dimiliki Hikata juga habis dikeluarkan,

Kuasa Api milik Kevin habis diserap,

Kuasa Yedam iaitu melemahkan seseorang juga tidak terkecuali,

Travis sudah kehilangan semua kuasa penghilangan kesedaran,

Kuasa perubahan menjadi serigala milik Justin juga habis diserap sampai habis tidak tersisa.

Tubuh mereka satu persatu mula rebah ke lantai.

Kini meninggalkan Sam sendiri sambil ditemani oleh cahaya bulan, dia segera mengeluarkan lagi kuasanya sehingga ke tahap maksimum. Cahaya yang sedikit kabur yang dikeluarkan dari tangannya membuatkan dia tahu yang kuasanya tinggal sedikit.

Dia segera menghabiskan semua kuasanya . Dalam proses menghabiskan semua kuasanya, tubuhnya semakin melemah dan semakin sakit seperti ditoreh dengan menggunakan pisau yang tumpul. Dia mengerang kesakitan. Keteki dia berteriak, tubuh David tiba-tiba bergetar kuat.  Itu membuatkan Sam segera mengetahui yang dia harus menggunakan semua kuasanya untuk menyelamatkan David. Dia tidak dapat menahan rasa sakit yang menyerang tubuhnya apabila semua kuasanya habis. Dia jatuh perlahan ke ke rumput itu mengikuti yang lain. Apa yang dilihat hanya lah David yang terbangun sebentar namun dia pengsan kembali sebelum Doyoung menutup matanya.

CRAZY EXPERIMENTSWhere stories live. Discover now