Splash!
"Ops!, sorry not sorry".
Junghwan melihat dirinya yang 'dimandikan' oleh Hanz . Yoo Hanz. Sang senior yang terlihat seperti angel dihadapan guru namun di belakang guru, perangai syaitannya keluar.
Tidak puas dengan itu, dia 'memandikan' Junghwan dengan puluhan telur yang sudah dipecahkan. Telur yang melekat di bahan Junghwan dilumurkan pula pada muka Junghwan. Kemudian dia mengambil pula tepung yang dihulurkan oleh Michael lalu tepung tadi memenuhi badan Junghwan. Junghwan ingin membalas namun tangan dan kakinya diikat ketat di kerusi hingga menyukarkannya untuk bergerak.
"Alololo. Jangan marah, encik Junghwan. Kita just nak main-main sikit je . Right, Mic?". Kata Hanz lalu memandang Michael. Michael hanya mengangguk lalu memandang sinis ke arah Junghwan.
"Ohow, dah masa untuk balik. Selamat tinggal, loser". Kata Hanz lalu keluar dari bilik yang sempit dan tidak pernah diguna oleh sesiapa dan diikuti oleh Michael.
Junghwan mula mencuba sedaya upaya supaya dapat melepaskan diri dari ikatan Hanz namun ikatannya terlalu ketat. Lama-kelamaan badannya mula lemah dan dia pengsan di situ.
Di satu sisi yang lain
Doyoung menyandarkan dirinya di sisi kereta Jihoon sambil menunggu kedatangan Junghwan. Dirinya dari tadi melihat jam tangan di tangan kanannya . Hampir 30 minit dia menunggu.
Nak kata kelas tambahan, Kawan sekelas dia semua dah balik. Kerana takut ada apa-apa yang terjadi kepada Junghwan , Doyoung menghampiri salah seorang gadis yang dikenalnya iaitu kawan sekelas Junghwan.
" Maaf dik, Nampak Junghwan tak?". Tanya Doyoung.
Gadis tadi terpaku melihat wajah Doyoung. Seketika dia menggeleng kepalanya apabila tersedar daripada realiti apabila Doyoung melambaikan tangannya di hadapan muka perempuan tadi.
"Ouh, Junghwan?. Tadi dia dengan Hanz sunbaenim dan Michael sunbaenim pergi ke bangunan Diamond. Katanya nak ambil barang". Terang gadis tersebut.
"Ouh, Okay. Terima kasih dik". Kata Doyoung lalu menuju ke bagunan Diamond yang dikatakan oleh gadis tadi.
"Diorang buat apa dekat bangunan ni? Macam bangunan terbiar je". Kata Doyoung sebaik sahaja tiba di hadapan bangunan Diamond tersebut. Namun langkahnya tetap dimajukan menuju ke dalam bangunan tersebut . Dia mula meneroka bangunan tersebut namun tetap tak jumpa.
'Mungkin bukan dekat sini kot'. Kata Doyoung dalam hatinya . Doyoung ingin mencari Junghwan di tempat lain namun tiba-tiba dia terdengar suara Junghwan yang berteriak lemah dari dalam bilik eletrik.
Doyoung mencuba membuka pintu tersebut namun pintu tersebut telah dikunci oleh Hanz dengan harapan Junghwan mati kerana kelemahan . Doyoung merempuh pintu tersebut dan memperlihatkan Junghwan yang pengsan dalam keadaan terikat di kerusi dan badannya dipenuhi oleh telur dan tepung.
Doyoung membuka ikatan tangan Junghwan dan kemudian membuka ikatan kaki Junghwan. Dia memapah Junghwan untuk dibawa pulang. Dia memikirkan siapa yang sanggup memperlakukan Junghwan begini?. Muncul nama Hanz dan Michael dalam fikiran Doyoung. Dirinya mula ketakutan ketika membayangkan nasib mereka berdua jika 'dia' tahu. Mungkin at least coma?.
Dia menyiapkan diri untuk pergi ke suatu tempat yang sudah lama tidak dikunjunginya. Dia ingin memberitahu mereka sesuatu keputusan yang dibuatnya agar keselamatan mereka dan dirinya terjamin.
Perlahan dirinya melangkah keluar dari bilik dan memberi arahan kepada orang kanannya untuk menjaga mansionnya selama dia tiada. Dia memandu kereta Ferrarinya dan pergi dari situ.
"Hyung, kitaorang dah balik!". Kata Doyoung sebaik sahaja tiba di hadapan rumah agam tersebut. Dia kemudiannya memanggil Haruto dan Jeongwoo untuk membantunya memapah Junghwan sementara dia membawa barangan Junghwan dan membuka kan pintu buat mereka. Sebaik sahaja tiba di bilik Junghwan, mereka berdua membaringkan Junghwan di atas tilam. Yoshi membersihkan muka dan badan Junghwan yang terkena telur dan tepung dengan menggunakan tuala basah.
"Hyung, siapa buat Junghwan macam tu?". Tanya Haruto kepada Doyoung.
"Entah lah, tapi kawan sekelas Junghwan cakap yang Junghwan jumpa dengan Hanz dan Michael dekat bangunan yang hyung jumpa Junghwan tu". Terang Doyoung.
"Hanz dan Michael sunbaenim?, senior angel-devil tu?". Tanya Jeongwoo.
"Entah. Maybe". Doyoung menjawab dan kemudian dia pergi ke dapur untuk mengambil bubur untuk Junghwan.
Yoshi keluar dari bilik Junghwan sambil membawa sebuah mangkuk yang berisi air dan tuala yang digunakan untuk membersihkan badan Junghwan. Dia menuju ke bilik Jihoon dan menceritakan semuanya sementara Doyoung,Jeongwoo dan Haruto menjaga Junghwan.
"Are you serious?!"
"Yes. Doyoung bagitahu yang kawan sekelas Junghwan nampak Junghwan dibawa oleh si Hanz dengan si Michael pergi bangunan lama tu". Terang Yoshi. Rasa takut pula bila mata Jihoon mula bertukar jadi merah gelap tapi dia memberanikan diri juga untuk berkata.
"So, what should we do?". Tanya Yoshi.
Jihoon kembali merebahkan dirinya di katil.
"Nanti kita uruskan."
Yoshi mengangguk kan kepalanya tanda faham.
"Jadi, hyung . Hyung rasa apa jadi dekat budak dua orang tu?". Tanya Yoshi.
"Tu hyung tak tahu. Tapi mungkin akan jadi macam pembully Doyoung." Kata Jihoon.
YOU ARE READING
CRAZY EXPERIMENTS
Short Story[ CRIME SCENE DO NOT CROSS!] Kerana sifat tamak seorang saintis gila menyebabkan masa depan 12 orang lelaki berubah serta merta. Tubuh Mereka sudah tidak seperti orang lain. Dan juga tubuh Mereka mempunyai kuasa yang diperolehi secara tidak sengaja...