Tiba- tiba Mashiho datang mengabarkan yang Junghwan dah sedar namun badannya masih lemah. Doyoung mendudukkan Junghwan dan mula menyuapkan dia bubur sedikit demi sedikit.
"Whan, Kau kena jujur sekarang. Kenapa diorang buat kau macam ni?". Tanya Yoshi. Namun Junghwan hanya berdiam diri. Dia tidak ingin hyung-hyung nya risau dan juga dia tak nak Hanz dan Michael sunbaenim buli dia lebih teruk.
"Whan, Tak apa kalau kau taknak bagitahu kitaorang. Tapi Jihoon nak bincang dengan kau." Kata Yoshi lepas tahu apa yang difikir Junghwan.
Muka Junghwan bertambah pucat. Bukan dia tak tahu betapa seramnya Jihoon jika dia marah.
"Jihoon hyung?". Tanya Junghwan.
"Yes. Kalau kau taknak buat dia marah lagi teruk, bagitahu kitaorang kenapa diorang buat kau macam ni". Jawab Mashiho.
Junghwan yang dalam keadaan takut mula memberitahu yang sebenarnya.
"S-sebab Whan bagi tahu dekat cikgu yang diorang buli murid lain ". Kata Junghwan. Yoshi mengangguk lalu menyuruh Mashiho supaya menelefon pihak sekolah dan minta pihak sekolah untuk memanggil keluarga Hanz dan Michael di sekolah esok.
"H-hyung. Tolong selamatkan Whan". Rayu Junghwan sambil menarik sebelah tangan Yoshi. Yoshi menjatuhkan tangan Junhwan perlahan-lahan.
"I can't promise". Kata Yoshi.
Dia memerhati rumah agam yang ada di hadapannya. Sudah 4 tahun menghilang tanpa khabar. Dia melangkah masuk ke dalam rumah itu perlahan.
"Hello everyone!".
Suara tersebut di dengari oleh mereka yang ada di rumah tersebut. Mereka semua keluar dari tempat mereka untuk melihat siapa yang datang. Suara yang terdengar itu kedengaran familiar. Namun mereka semua menafikannya, pemilik suara itu telah menghilang selama 4 tahun tanpa khabar. Namun sebaik sahaja mereka melihat empunya suara, perasaan terkejut bercampur gembira jelas kelihatan di wajah mereka.
"Hyunsuk Hyung!". Teriak Yoshi setelah keluar dari bilik Junghwan. Dirinya memeluk Hyunsuk sambil menangis. Hyunsuk cuba menenangkannya.
"Hei, apa ni nangis-nangis. Macam budak- budak ". Ejek Hyunsuk sambil tersenyum. Sebaik sahaja Yoshi melepaskan pelukannya, Hyunsuk diserbu pula oleh Mashi, Doyoung,Haruto dan Jeongwoo. Alamatnya Hyunsuk terbaring kerana terlalu berat. Hyunsuk hanya ketawa.
Setelah beberapa minit mereka berpelukan, mereka melepaskan Hyunsuk. Hyunsuk perlahan bangun sambil membersihkan bajunya. Rambut berwarna light purple yang kelihatan messy itu dibetulkan dengan menggunakan tangannya.
"Aip, mana Junkyu,Jaehyuk, Asahi, Yedam dan Junghwan dengan Jihoon?". Tanya Hyunsuk pelik apabila diri mereka tiada di situ. Sebaik sahaja Hyunsuk habis bertanya, kedengaran bunyi beg yang berisi buah-buahan jatuh ke lantai dari arah belakang. Hyunsuk memalingkan badannya.Junkyu, Jaehyuk, Asahi dan juga Yedam kelihatan terkejut akan kehadirannya. Mereka baru sahaja balik dari menghantar Miss Yoo sekali membeli barangan dapur.
"Hyunsuk hyung!". Mereka berteriak serentak dan memeluk tubuh hyunsuk. Al hasilnya, Hyunsuk terbaring lagi.
"Dah, tak cukup nafas hyunsuk hyung tu". Kata Yoshi apabila nampak Hyunsuk terkapai-kapai di situ. Mereka perlahan melepaskan Hyunsuk.
"Jihoon dengan Junghwan dalam bilik eh?.Dorang buat apa dalam bilik?". Tanya Hyunsuk.
Yoshi menjawab "Tengoklah sendiri".
Junkyu, Jaehyuk, Asahi dan Yedam memungut kembali barang mereka yang jatuh akibat melihat Hyunsuk tadi lalu membawanya ke dapur. Yang lain cuma duduk di sofa dan menunggu Hyunsuk kerana Hyunsuk ada sesuatu untuk dibincangkan dengan mereka.
Hyunsuk menuju ke bilik Jihoon dulu .
"Hey, boy!". Sapa Hyunsuk kepada Jihoon yang sedang menyandarkan dirinya di kepala katil.
"Hyunsuk hyung!". Teriak Jihoon.Dirinya bangun dan memeluk Hyung nya.
"Hyung. Hyung pergi mana? Dah 4 tahun tak balik sini." Tanya Jihoon sambil berpura- pura mengesat air matanya.
"Amboi kau. Kau jangan nak pura- pura nangis dekat situ. Hyung tahu kau selalu buli diorang, kan?". Bukannya dia tak tahu perangai Jihoon yang suka membuat prank dan membuli mereka yang lain.
Jihoon hanya menyembunyikan mukanya di dalam selimut. Malu pula dia bila hyungnya ini tahu perangai nya walaupun sudah 4 tahun tak jumpa.
"Hyung dah tak bebas nak keluar ke mana- mana macam korang. Orang suruhan Prof Yoo ada dekat mana-mana. Diorang takkan lepaskan hyung". Ujar Hyunsuk. Akibat dia menjadi bahan uji kaji Prof Yoo yang pertama, sebelum menyuntik haiwan atau manusia yang lain, Dia yang akan jadi bahan uji kaji Prof Yoo. Akibat badannya tercampur banyak cecair dan racun membuat dirinya menjadi lebih kuat dari yang lain bahkan Prof Yoo juga tidak dapat tandinginya. Namun dirinya tetap menjadi sasaran Prof Yoo. Jihoon mengangguk faham.
"Hah, Kau ni kenapa pulak terlantar dekat katil ni?". Tanya Hyunsuk. Dia menatap lama bola mata Jihoon dan semua perkara yang membuatnya terlantar di katil ini muncul di hadapannya.
"Doyoung punya kerja lagi?". Kata Hyunsuk sambil ketawa. Jihoon hanya memandang Hyunsuk dengan pandangan yang bingung. Dirinya bingung bagaimana Hyunsuk tahu dirinya begini disebabkan oleh Doyoung?.
"Kau dah boleh gerak tak?". Tanya Hyunsuk. Dia lupa yang mereka ini tidak tahu kuasa nya yang satu ini.
"Boleh gerak sedikit". Kata Jihoon lalu turun dari tilamnya dan mengikuti Hyunsuk keluar dan pergi ke bilik Junghwan di tingkat kedua.
"Junghwan, hyung dah balik!". Teriak Hyunsuk dalam kegembiraan . Maknae kesayangannya ini sudah besar. Hyunsuk berpura- pura mengesat air matanya. Junghwan terlihat terbaring di katilnya dengan badan yang lemah. Dirinya juga terkejut melihat Hyunsuk yang muncul di hadapannya ini. Namun dia tiba-tiba mendapat perasaan yang pelik dan menyeramkan?.
"Hwannie.." Niat Hyunsuk untuk bermanja dengan Junghwan namun dia ternampak kesan parut yang boleh dilihat sbagai parut yang baharu di lengan Junghwan. Junghwan yang sedar apa yang dilihat hyungnya terus menutup tangannya dengan menggunakan selimut.
"Hwan, tell me who do that?!". Marah Hyunsuk. Jihoon cuba menenangkannya dengan menepuk -nepuk belakang Hyunsuk.
"T-takdalah hyung. Ini Junghwan terlanggar dinding". Bohong Junghwan kerana takut.
"Junghwan, You know I don't like when people lie to me !. Langgar dinding takkan boleh buat tangan berparut macam tu!". Marah Hyunsuk lalu matanya berubah menjadi merah gelap. Dia memandang Junghwan dan melihat masa silam Junghwan yang selalu di buli bahkan pernah di buli dihadapan gurunya. Namun gurunya tidak berbuat apa- apa. Malah merakam aksi tersebut.
Mereka di luar yang mendengar jeritan Hyunsuk ingin melihatnya namun Yoshi menghalangnya.
"Mianhae,hyung". Kata Junghwan kerana takut akan perubahan mata Hyunsuk. Hyunsuk mulai tersedar dan cuba menenangkan diri walaupun dirinya ingin membunuh sesiapa yang menganggu Junghwan. Hyunsuk takut jika perkara yang berlaku kepada Doyoung kembali terulang. Dirinya teringat apabila tangan dan kaki Doyoung patah bahkan dia koma selama 6 bulan akibat pembulian yang teruk kepadanya.
"Hwan, bagi tahu Hyung cerita sebenarnya. Kitaorang just nak jumpa keluarga dia dan bincang elok-elok". Pujuk Hyunsuk. Walaupun dia tahu perkara sebenarnya, dia tetap ingin mendengarnya dari mulut Junghwan sendiri.
Terpaksa unpublished sekejap sebab typo nama😃
YOU ARE READING
CRAZY EXPERIMENTS
Short Story[ CRIME SCENE DO NOT CROSS!] Kerana sifat tamak seorang saintis gila menyebabkan masa depan 12 orang lelaki berubah serta merta. Tubuh Mereka sudah tidak seperti orang lain. Dan juga tubuh Mereka mempunyai kuasa yang diperolehi secara tidak sengaja...