"Darimana hmm?
Baru ingat nak balik?".Serentak semua mata memandang ke arah sosok tubuh yang berdekatan dengan dapur. Melihat Danny yang bersandar ke dinding dan menyilangkan kedua tangannya. Penampilan yang berbeza daripada Hyunsuk membuat mereka mengerutkan dahi. Baju tidur satin dan juga rambut yang digayakan seperti messy hair dan tidak lupa juga bola mata yang berwarna biru gelap itu membuatkan mereka tahu yang dihadapan mereka ini bukan Choi Hyunsuk namun mereka tidak tahu siapa.
"Hyunsuk Hyung?. Is that you?". Tanya Jaehyuk.
"Nope. I'm not Choi Hyunsuk. I'm Choi Danny." Terang Danny sambil tersenyum nipis.
"Ah,Choi Danny?. Kembar Choi Hyunsuk eh?". Tanya Jihoon.
"Eh, tapi Hyunsuk Hyung mana ada kembar". Kata Yoshi.
"Omg! Jangan-jangan si Danny ni dah bunuh Hyunsuk Hyung!. Lepastu menyamar jadi Hyunsuk Hyung!". Kata Junkyu mengeluarkan semua theory nya. Setelah Junkyu berkata begitu, Mereka semua bersiap sedia untuk berlawan. Danny hanya tertawa kecil melihat tingkah mereka.
Matanya melirik Haruto yang sedang memikul Jeongwoo yang pengsan di belakangnya. Dia mengerutkan dahinya.
"Kau bukan Haruto. Who are you?". Tanya Danny. Mereka yang lain memberhentikan niat mereka untuk menyerang Danny lalu menoleh ke arah Haruto. Perbezaan Danny dan Hyunsuk adalah Danny tidak tahu banyak tentang mereka seperti Hyunsuk. Dan Danny tidak tahu jika mereka berubah. Serta Danny lebih lembut apabila bercakap kepada mereka daripada Hyunsuk dan Daniel. Namun apabila dia marah,dia lebih seram berbanding Hyunsuk namun masih belum dapat mengalahkan Daniel.
Haruto smirk. Melihat smirk dari Haruto membuatkan mereka yang lain kecuali Danny menutup mulutnya. Danny masih bingung.
"T-travis?."
"Hyunsuk Hyung pernah cakap, yang sewaktu kita diculik, Jeongwoo dengan Haruto sahabat rapat. Mereka selalu pergi sekolah sama-sama. Balik sama-sama. Waktu mereka kena culik pun dorang balik sama-sama. Sikap overprotective Haruto muncul pertama kali apabila Prof Yoo merenjat badan Jeongwoo dengan arus elektrik yang paling kuat di hadapan Haruto. Jadi Haruto tak terima sahabat dia diperlakukan sebegitu, jadi dia berubah menjadi Travis. Jadi setiap kali Jeongwoo sakit atau luka akan menyebabkan Travis keluar. Sekian daripada saya, Kim Junkyu di hadapan televisyen ruang tamu mansion Choi Hyunsuk". Terang Junkyu seperti seorang pembawa berita. Dia berdiri di hadapan televisyen sambil memegang remote tv.
Danny mengangguk. Travis dan Jeongwoo tidak ada disitu. Jeongwoo sudah dihantar Travis ke biliknya.
"Ah, lupa pulak. Korang pergi mana tadi haha? Jam berapa baru ingat nak balik? . Macam mana kalau Hyunsuk datang, lepastu nampak Jeongwoo yang luka hah pastu Daniel keluar. Korang nak?". Tanya Hyunsuk yang bercekak pinggang memandang mereka. Junkyu sudah duduk kembali.
"Urmm..Jihoon Hyung yang ajak. Jihoon Hyung yang ajar benda yang kuban-kuban." Marah Mashiho sambil menatap Jihoon.
"Mashi, yang bukan - bukan not yang kuban-kuban." Yoshi membetulkan.
"Ah, Jihoon Hyung yang ajar benda kuban-bukan". Marah Mashiho kembali. Masih confident dengan perkataan yang salah.
"Bukan - bukan, Mashi".
"Ah, salah lagi eh?. Okay okay. Ekhem, Semua benda yang bukan-kuban ni Jihoon Hyung yang ajar". Kata Mashiho tanpa membetulkan perkataannya .
Yang lain menghela nafas sambil mengurut dahi mereka.
"Yang bukan- bukan, Mashi". Tekan Junkyu.
"Ah, Jihoon Hyung yang ajar benda yang bukan-bukan".
"Finally!. Aku ingat kau allergic perkataan Bukan-bukan". Kata Jihoon. Mashiho menjeling Jihoon.
Danny mengurut dahinya sambil menatap tajam Jihoon.
"Kenapa korang keluar?. Korang keluar tinggalkan Junghwan sendiri dekat sini. Macam mana kalau jadi apa- apa dekat Junghwan. Dia masih pengsan lagi tau. Hah tengok, Jeongwoo dah luka. Travis dah keluar". Tegas Hyunsuk sambil menatap tajam mereka satu persatu. Mereka menunduk.
"Maaf" . Serentak mereka semua menjawab.
Danny menggelengkan kepalanya.
"Dah, pergi tidur sana. Ah, kemas baju korang semua. Esok kita pergi Itali. Bagitau Jeongwoo dengan Travis sekali. Mashiho dan Yoshi nanti pergi nampak Junghwan. Rasanya dah nak sedar tu". Arah Danny. Mereka mengangguk lalu pergi ke bilik mereka masing-masing kecuali Jaehyuk dan Asahi yang pergi ke bilik Jeongwoo untuk memberi tahu mereka untuk berkemas. Mashiho dan Yoshi pergi ke bilik Junghwan untuk memeriksa keadaan Junghwan.
YOU ARE READING
CRAZY EXPERIMENTS
Kurzgeschichten[ CRIME SCENE DO NOT CROSS!] Kerana sifat tamak seorang saintis gila menyebabkan masa depan 12 orang lelaki berubah serta merta. Tubuh Mereka sudah tidak seperti orang lain. Dan juga tubuh Mereka mempunyai kuasa yang diperolehi secara tidak sengaja...