Part 13

71 10 0
                                    

Kereta mereka berhenti di rumah lama mereka. Danny keluar dari kereta dan diikuti yang lain. Mereka semua memandang tak percaya ke rumah lama mereka. Rumah mereka yang dahulu dan sekarang tak sama.
Rumah yang sekarang seperti markas gangster. Dengan puluhan bodyguard yang berada di hadapan rumah tersebut menyambut kedatangan Dany dan yang lain. Mereka menunduk apabila Danny menghampiri mereka . Vien yang berada dihadapan pintu hanya melambai ke arah Danny tanpa menyedari yang lain yang baru keluar dari kereta.

"Hyunsuk!".

"Danny". Terang Danny dengan nada datar. Vien hanya mengangguk kemudiannya dia tersedar. Dia memalingkan kepalanya kembali ke arah Danny.

"Danny?!. Omg. Oh no!".

"Why?". Danny bertanya sambil menaikkan kening kanannya ke atas. Yelah takkan kat bawah. Anyway, sambung.

Vien mahu bertanya lagi tapi suara Doyoung memberhentikan niatnya.

"Mr Vien?. Is that you?".

"E-eh Doyoung. Y-yang lain pun ada kat sini?". Vien tersenyum kekok. Jeongwoo yang dipapah oleh Travis itu membuatkan dia menoleh ke arah Danny. Meminta penjelasan. Danny hanya membuat gerak mulut 'nanti aku cerita'.

"Mr Vien mafia ke?. Ni semua bodyguard Mr Vien?." Tanya Yedam to the point.

"A-ah..Yang ni.." Vien tidak menyambung perkataannya. Dia memandang Danny di sebelahnya dengan tatapan meminta tolong namun Danny berpura-pura tidak nampak.

"Eh bukan. Ni semua bodyguard Hyung korang ni hah. Tapi yang saya Mafia tu betul". Vien tersenyum lebar.

Yang lain membuntangkan matanya.

"Hyunsuk Hyung atau Danny Hyung?". Tanya Asahi.

"Both. Semua Mafia.And yeah,rumah ni dah jadi markas baru kumpulan ni". Terang Danny yang sudah bosan menunggu. Yang lain mengangguk tanda faham. Mereka semua menyembunyikan senyuman kecil mereka. Mereka masuk ke dalam. Memerhati keseluruhan rumah yang berubah 100%. Rumah yang ditanggalkan oleh Prof Yoo didiami oleh mereka tanpa diketahui oleh pemiliknya .

Mereka menuju ke suatu bilik yang terletak di sebelah Hyunsuk. Mereka boleh bagitau yang bilik itu baru sahaja dibina kerana sebelum ini, bilik tersebut tiada disitu. Danny menarikan jari jemarinya dia atas keypad tersebut. Setelah password dimasukkan, pintu itu terbuka. Memperlihatkan koleksi-koleksi senjata api milik kumpulan Hyunsuk. Mereka menatap kagum ke arah semua koleksi Hyunsuk. Jeongwoo dibaringkan Travis di sofa ruang tamu lalu dia pergi mengikuti yang lain. Jeongwoo memejamkan matanya. Tubuhnya sangat sakit sekarang.

' Travis dah keluar.How if yang lain keluar jugak?'.Jeongwoo memicit dahinya. Dia memejamkan matanya. Pening yang dirasakan sekarang menyokongnya untuk tidur.



"P-prof! Please, stop!. Jeongwoo tengah sakit tu!''.

"Arghh!" Air mata Haruto keluar melihat Jeongwoo yang disiksa dihadapan matanya sendiri. Dirinya cuba melepaskan diri dari cengkaman besi yang mencengkam pergelangan tangannya. Memandang ke arah Jeongwoo yang disiksa oleh Prof Yoo dengan merenjat badan Jeongwoo dengan menggunakan alat renjatan yang menggunakan kuasa eletrik yang paling kuat . Wajah pucat dan berkeringat itu diperhatikan.

'Haruto, Aunty minta tolong ya,tolong jaga Jeongwoo kalau kami dah takda. Dia satu-satunya anak kami. Aunty minta tolong ya, Haruto'.

'No!. Tak boleh!. Aku dah janji dengan Eomma Jeongwoo. Tu permintaan terakhir diorang'. Haruto menggelengkan kepalanya. Tubuhnya masih mencuba melepaskan diri dari kerusi besi tersebut.

Jeongwoo menoleh ke arah Haruto perlahan dan menggerakkan pelan bibirnya. 'J-jangan, H-haruto. B-biarlah a-aku pe-pergi deng-an am-an'. Jeongwoo tersenyum nipis. Dirinya sudah tidak boleh menahan kesakitan yang diberikan secara paksa oleh Prof Yoo.

Haruto yang memahami gerakan bibir Jeongwoo hanya menangis keras dan mencuba melepaskan diri. Melihat Jeongwoo yang sudah pengsan itu tiba-tiba membuat matanya bertukar menjadi merah. Sebuah cahaya berwarna putih itu keluar dari pergelangan tangannya. Dia menunduk. Tiada lagi teriakan- teriakan yang menyuruh Prof Yoo itu berhenti. Sehingga membuat Prof Yoo itu menghentikan renjatan ke atas tubuh Jeongwoo lalu menghampiri tubuh Haruto. Dia membuka besi yang mencengkam pergelangan tangan Haruto. Sebaik sahaja besi itu terlepas, Haruto segera bangun dan mencekik leher Prof Yoo . Membuat orang itu sedikit kehilangan nafasnya. Haruto mencampakkan badan Prof Yoo yang sudah pengsan secara kasar dan kuat ke lantai lalu menghampiri Jeongwoo yang sudah pengsan. Dirinya membuka besi- besi yang menahan tubuh Jeongwoo. Dia mengangkat badan Jeongwoo dan membawanya keluar dari bilik seksaan yang menjadi tempat untuk mereka diseksa. Jihoon yang melihat itu segera menolong Haruto . Dirinya menawarkan diri untuk mengangkat Jeongwoo namun tidak dibolehkan oleh Haruto. Haruto membawa Jeongwoo ke biliknya. Hyunsuk dan Mashiho menyusul. Mashiho segera menggunakan kuasanya untuk mengubati Jeongwoo.

"Haruto. Apa jadi?".

"Haruto? Who is that? I'm Travis". Haruto menjawab datar.

Hyunsuk memicit kepalanya, dia tahu hal ini akan berlaku namun dia tidak sangka yang hal ini akan berlaku lebih awal dari yang dijangkakan. Dia menyuruh Mashiho untuk memanggil semuanya ke bilik Jeongwoo untuk berbincang.




"Guys, Kita dah tak boleh lama dekat sini. Travis dah keluar. That's mean yang lain pun akan keluar juga tanpa ada alasan yang tertentu. Jadi, kalau nak selamat. Kita kena keluar dari sini". Terang Hyunsuk. Yang lain mengangguk. Mereka sudah tidak tahan untuk tinggal disini. Mereka bukannya tidak berusaha untuk keluar namun setiap kali mereka merancang sesuatu, Prof Yoo berjaya menghancurkannya.


"Okay, Doyoung. Gunakan kuasa kau untuk buat kita halimunan." Kata Jihoon . Doyoung mengangguk. Dia menutup matanya sebentar dan cahaya berwarna kuning itu muncul dari tangannya dan semua yang mengenggam tangannya kini menjadi halimunan.

"Okay nice. Now kita kena pergi cepat.Orang tua tu pengsan tak lama". Arah Hyunsuk.

Oleh kerana kuasa Doyoung, mereka berjaya keluar dari rumah tersebut walaupun terdapat luka sedikit pada badan mereka kerana tumbuhan-tumbuhan berduri yang merupakan salah satu ciptaan Prof Yoo yang ditanam di hadapan rumah tersebut.

Mereka berlari menjauh dari rumah tersebut. Hyunsuk memimpin. Dia membawa mereka ke rumah lama milik Prof Yoo. Mereka berkumpul di ruang tamu rumah tersebut. Hyunsuk memandang mereka satu-persatu. Dia menyuruh mereka supaya memejamkan mata.

Tidak lama kemudian, Hyunsuk mengeluarkan cahaya yang berwarna biru muda dari tangannya lalu menyalurkan cahaya itu kelada yang lain. Cahaya yang berwarna biru itu bercampur dengan cahaya-cahaya yang baru keluar dari tangan mereka. Mata mereka tiba-tiba terbuka. Mata merah itu serentak  menatap wajah Hyunsuk. Lalu kemudian mengerang kesakitan.Tubuh mereka merasakan kesakitan yang luar biasa . Seperti ada sesuatu yang ingin keluar dari badan mereka . Hyunsuk cuba menahan kesakitan yang dialaminya. Sayap hitam yang keluar dari belakang mereka  membuat mereka pengsan kerana badan mereka terlalu lemah.

"Arghhh!"
Kesakitan yang dialami didalam mimpi itu lantas membuat Jeongwoo terbangun. Dia mengambil nafas secara rakus sebelum meraup wajahnya.




'Please , jangan terjadi lagi'


CRAZY EXPERIMENTSWhere stories live. Discover now