Tidak lama kemudian, seorang guru wanita datang ke bilik pengetua . Dia diperlihatkan dengan Mr Vein yang duduk di kerusinya sambil meneliti beberapa borang . Selepas itu, dirinnya tertumpu kepada Hyunsuk dan Jihoon yang menarik perhatiannya.
"Ouh , Miss Ann. Silahkan duduk sini". Kata Pengetua apabila melihat Miss Ann hanya berdiri menghadap mereka.
Miss Ann yang terkejut kerana ditegur itu hanya menggangguk lalu duduk di kerusi di hadapan meja pengetua. Sebaik sahaja dia duduk, dia merasakan ada seseorang dibelakangnya. Lalu dia memutarkan badan dan melihat Hyunsuk berdiri di sebelah kanannya manakala Jihoon berdiri di sebelah kirinya. Dirinya memutarkan badan kembali dan menyembunyikan senyumannya.
"Miss Ann. Can I have your phone?". Tanya Hyunsuk.
Miss Ann ragu-ragu untuk memberikannya. Melihat Miss Ann yang nampak ragu-ragu tersebut, Dia menoleh sebentar ke arah Jihoon. Jihoon mengangguk Dan Mula menatap tajam bola mata Miss Ann sehingga Miss Ann dengan sendirinya memberikan Telefonnya kepada Jihoon. Hyunsuk tersenyum sins melihat hal itu. Walaupun Jihoon sebenarnya agak terkejut kerana Hyunsuk mengetahui kuasanya tapi dia hanya diam. Hyunsuk membuka telefon Miss Ann dan membuka galeri dan menjumpai video Junghwan yang dibuli. Bukan sahaja video Junghwan, namun banyak lagi video buli yang dirakamnya. Tujuannya adalah untuk memeras ugut keluarga pembuli tersebut. Kerana itulah pelajar yang membuli ini tidak tertangkap kerana mereka mempunyai orang dalam yang mengcover segala perbuatan mereka.
Hyunsuk menghulurkan telefon itu kepada pengetua dan mununjukkan video- video yang berada di dalam galeri Miss Ann. Mr Vien menyambut huluran Hyunsuk lalu meniliti dan melihat semua video-video pembulian yang berlaku di hadapannya. Setelah selesai meneliti, dia meletakkan telefon Miss Ann itu di sampingnya. Jihoon mengetik jarinya dan itu menyebabkan pukauan atau hipnotis yang dibuat oleh Jihoon terhenti. Dia terus membesarkan bola matanya apabila melihat Telefonnya sudah berada di sebelah tangan Mr.Vien.
"Miss Ann, Saya sungguh kecewa dengan cikgu. Cikgu sebagai guru tidak menghentikan dan melaporkan kejadian buli, malah cikgu merakamnya dan mengugut Orang tua murid supaya mendapat duit. Cikgu gila ke apa?!. Kerja kita supaya mengajar pelajar supaya Mereka menjadi pelajar yang cemerlang. Tapi kalau ada guru yang macam cikgu ni, harapan sekolah dan pelajar dekat sini boleh hancur. Sekarang cikgu pergi ke meja cikgu. Kemas semua barang cikgu dan pergi ambil gaji cikgu dekat assistant saya". Marah Mr Vein setelah itu menyandarkan dirinya ke kerusi yang berada di belakang ya.
Miss Ann yang masih terkejut itu segera mengambil telefon nya.
"Tolong jangan pecat saya, cikgu!. Saya..saya akan padam semua ni!". Rayu Miss Ann sambil memadam semua gambar beserta video yang diambilnya.
"Maaf, tapi itu keputusan mereka. Saya tiada hak untuk tidak mengikuti arahan mereka." Kata Mr Vein sambil menunjukkan ke arah Hyunsuk. Miss Ann terus merayu kepada Hyunsuk supaya memberinya peluang kedua. Hyunsuk memandang jijik kepada Miss Ann . Dengan pakaian ketat dia lagi. Haishh..Kalau boleh dia nak buang Miss Ann ni dekat tong sampah. Salah, Kalau boleh, dia nak lenyapkan perempuan di hadapannya ini dari Dunia.
"Kau beruntung aku cuma pecat kau. Kalau tak, aku bunuh kau sekali. Aku nak potong-potong badan kau jadi 12 bahagian lepastu bagi makan singa aku yang ada dekat rumah". Tenang Hyunsuk berkata. Miss Ann hanya terdiam mendengar perkataan Hyunsuk tersebut. Dia terpaksa akur lalu keluar dari bilik tersebut dengan keadaan yang seram sejuk . Takut perkara yang dikatakan Hyunsuk itu terjadi.
"Senang bekerjasa dengan kau,Vein". Kata Hyunsuk sambil menjabat tangan Mr.Vein.
"Selamat bekerjasama juga,Mr.Choi. Terima kasih sebab bantu Aku dekat sini". Kata Mr.Vein sambil menyambut Salam Dari Hyunsuk. Dia sebenarnya sudah lama ingin membuang murid yang membuli namun ianya sukar kerana tiada bukti. Murid yang dibuli pula diugut supaya tidak membongkarkan kelakuan pembuli itu. Jadi Kes ini Susah untuk diselesaikan. Nasib baik Hyunsuk datang membantu ketika dia sudah Pening ingin berbuat apa lagi.
"Urm,Jihoon-shi."
"Yes".
"Saya nak bincang sesuatu dengan Mr.Choi. So can you..". Tanya Mr.Vein.
Jihoon yang faham itu hanya mengangguk. Hyunsuk berbisik sesuatu kepada Jihoon. Jihoon mengangguk lalu keluar Dari bilik tersebut.
Sebaik sahaja Jihoon keluar Dari bilik tersebut, Mr Vein hanya memandang tajam Hyunsuk.
"Kau, kenapa kau keluar Dari mansion Kau?".Tanya Mr Vein apabila melihat Hyunsuk yang seakan tenang.
"Alah,Vein. Bagilah Aku hirup udara luar jugak". Kata Hyunsuk sambil bermain-main dengan rantainya.
"Suka hati kau lah, Hyun. Kalau kau Kena tangkap nanti, Jangan cari aku". Kata Vein lalu menyambung kerjanya. Seketika dia memberhentikan kerjanya Dan menatap Hyunsuk yang bermain Telefonnya.
"Ouh ya, semalam Rain call Aku. Dia bagi tahu yang kumpulan Skull tu dah kembali dann semakin mengganas. Diorang dah letupkan salah satu markas kita. Diorang perlukan Kau". Kata Vein.
Hyunsuk terdiam mendengar perkataan yang keluar dari mulut Vein. Dia ingin pergi ke Itali namun ahli keluarga nya berada di sini membuat dia tak tenang. Takkan dia nak tinggalkan mereka dekat sini?. Walaupun kawalan mansion nya ketat, namun dia kenal mereka ini luar dan dalam. Mereka tidak pandai duduk diam. Pasti pelbagai helah yang dilakukan agar mereka dapat keluar dari mansionnya.
YOU ARE READING
CRAZY EXPERIMENTS
Short Story[ CRIME SCENE DO NOT CROSS!] Kerana sifat tamak seorang saintis gila menyebabkan masa depan 12 orang lelaki berubah serta merta. Tubuh Mereka sudah tidak seperti orang lain. Dan juga tubuh Mereka mempunyai kuasa yang diperolehi secara tidak sengaja...