Part 20

51 6 0
                                    


Botol itu pecah dan menyebabkan cecair hitam mula mengalir keluar dari pecahan kaca tersebut.


Cecair hitam itu mula bertukar menjadi kepulan asap berwarna hitam yang tebal.


"Aku takkan mati sendiri, Korang akan mati dengan aku! AHAHAHAHAHA". Gelak Prof Yoo apabila asap tersebut mula melemahkan tubuh mereka.

Yang lain berlari mendekat namun Khen menghentikan mereka dengan membuat dinding halimunan yang berbentuk seperti bilik yang menghalang sesiapa pun untuk mendekati mereka. Mereka mencuba sedaya upaya untuk memecahkan dinding tersebut namun kuasa Khen lebih kuat dari mereka yang sudah kehilangan kuasa.

Perlahan senyuman dari tubuh lemah tersebut mengeluarkan darah.

"Khen! Hilangkan dinding ni sekarang!". Daniel berteriak. Berharap mereka dapat menyelamatkan mereka yang terkurung di dalam dinding tersebut.

Miss Jenne tersenyum memandang mereka walaupun tubuhnya terasa sakit disebabkan oleh asap tersebut.
Dia berkata tanpa suara . Dia menggerakkan bibirnya dan difahami oleh mereka semua.

'Tolong-jagakan- Kha'

"No! Korang semua masih boleh selamat! Khen hilangkan dinding ni!". Teriak Jaden.  Kha hanya menangis keras apabila melihat keluarganya terseksa di dalam sana.

'Kha- jangan - risau- nanti- kita-jumpa- lagi- Dengar- cakap - diorang- jangan- nakal-nakal-'

"Eomma!"

Asap tersebut mulai menghilang.
Tubuh mereka satu persatu jatuh ke tanah. Membuatkan dinding yang menghalang mereka serta merta menghilang. Mereka segera berlari menghampiri tubuh-tubuh yang sudah terbaring di rumput itu. Memeriksa keadaan mereka. Tangisan mereka semakin kuat terutamanya Kha apabila mendapati tubuh - tubuh tersebut sudah tidak bernyawa.

Mereka baru sahaja kehilangan keluarga mereka buat yang kedua kali dan disebabkan oleh orang yang sama.





Acara pengebumian itu dilakukan secara kecil-kecilan. Cukuplah hanya mereka yang berduka atas kepergian yang tewas. Namun disebalik kesedihan itu, timbul rasa dendam dan tidak puas hati kerana orang yang menyebabkan kemaian orang tersayang mereka masih hidup dan sedang dirawat di hospital . Jika diikutkan hati, mereka ingin sahaja meninggalkan Prof Yoo disana namun mereka semua tewas dengan rayuan Kha. Tiga makam yang bersebelahan itu dipandang sayu oleh tiga belas orang disitu.



"Tak guna!. Kenapa benda ni baru datang sekarang?!. Kenapa dia tak muncul waktu kita perlukan kuasa ni! Kalau kuasa ni tak hilang mugkin diorang masih hidup". Marah Arthur  apabila mendapati kuasa mereka sudah kembali. Air matanya tidak berhenti turun dengan deras.

"Kita tak boleh buat apa-apa. Ni dah takdir mereka. Kita tak boleh salahakan diri sendiri." Vien cuba menenangkan mereka yang sedari tadi menangis dan tidak berhenti menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku.

"Kitaorang dah hilang semua, Vien!. Kitaorang dah hilang Khen, Kharinne, Miss Jenne lepastu David. Kami dah hilang orang yang kami sayang untuk yang kedua kalinya disebabkan orang yang sama!.  Apa maksud kami hidup kalau mereka semua pergi dari hidup kami Vien?.Jawablah!". Marah Jun. Vien terdiam. 

"Makam David hyung kat mana?. Aku nak tengok". Datar Hikata berkata dengan suara seraknya akibat habis menangis. Daritadi dia tidak mengetahui diamana terletaknya makam David. Yang lain tiba-tiba bangun ingin mengikuti Hikata. Vien berfikir keras.


"Sebenarnya



David masih boleh diselamatkan



Namun risiko untuk orang kehilangan seseorang untuk menjadi pengganti kepergian David sangat besar."




CRAZY EXPERIMENTSWhere stories live. Discover now