Dirinya melangkah ke cafeteria sekolah itu, Betul lah apa yang Hyusuk katakan yang mereka akan pergi ke sini. Dia melangkah ke arah sekumpulan lelaki tersebut. Jihoon menepuk bahu salah seorang lelaki yang berada di sana.
"Eoh?. Jihoon hyung? Waeyo?". Tanya Jaehyuk yang menoleh ke belakang akibat bahunya ditpuk perlahan oleh Jihoon.
"Hyunsuk hyung suruh balik kereta. Semua sekali". Kata Jihoon sedikit
Yang lain sudah membuat muka masam terutamanya Doyoung dan Yedam. Rancangan mereka terpaksa digagalkan. Rancangan merebut hati anak makcik kantin🙂. Yang lain sudah bergegas pergi kecuali Yedam dan Doyoung.
"Doyoung, Yedam. Masuk kereta sekarang!". Tegas Jihoon apabila mereka berdua hanya membuat dirinya seperti tunggul.
Yedam dan Doyoung hanya pasrah. Apabila kelibat Yedam dan Doyoung semakin jauh, dia mula tertawa kecil.
"Woahh..Daebak. ". Kata Jihoon yang mempunyai sedikit rasa bangga kerana semua mendengarkannya.
Dirinya mula mengikuti langkah yang lain. Pasal pelajar yang dia baru belasah tadi, dia serahkan kepada Hyunsuk. Pandai-pandailah Hyunsuk urus. Dia hanya tersenyum kecil apabila membaca mesej nya bersama Hyunsuk. Puas dirinya mematikan telefon apabila hyungnya itu menelefonnya berkali-kali. Siapa tak marah kalau orang lain yang buat, dia yang urus?.
"Vein, Jihoon ada belasah pelajar kau yang sekelas dengan Junghwan. Pandai-pandailah kau urus yah."Kata Hyunsuk lalu cepat-cepat dia keluar dari pejabat Vein. Vien yang memdengar itu sudah membuntangkan matanya .
"Hei!. Apahal aku yang nak kena urus,Hyun?!.Yah! CHOI HYUNSUK!!".
"Yah,Park Jihoon!".
"Waeyo?". Tanya Jihoon dengan muka polosnya.
"Kenapa kau belasah budak- budak tu?". Kata Hyunsuk sambil menyandarkan dirinya di tepi keretanya setelah sampai ke depan pagar sekolah.
"Ouh. Alah. Dorang tu terlepas tadi. Sama je dengan si Hanz tu".Kata Jihoon. Hyunsuk mengangguk.
"Kereta Yoshi Mana?". Tanya Hyunsuk apabila tidak melihat kereta Yoshi.
"Ouh..Dorang balik awal kot".Jawab Jihoon.
Hyunsuk hanya mengangguk. Baru sahaja Jihoon ingin bertaya kepada Hyunsuk perihal kuasanya yang diketahui oleh Hyunsuk namun niatnya terhentikan oleh pertanyaan Hyunsuk secara tiba-tiba.
"Hah, yang tu darah budak-budak tu .Kenapa tak bersihkan?".Tanya Hyunsuk. Walaupun dirinya pelik kerana warna darah itu lebih gelap dari yang lain.
"Eh, taklah..Ni darah..Darah siapa eh?".Fikir Jihoon. Hyunsuk setia menunggu ingatan Jihoon kembali. Padahal dia ingin menggunakan kuasa nya namun wajah Jihoon tidak menghadapnya Jadi dia perlu tunggu Jihoon sendiri mengatakannya.
"Ouh iya!. Ni darah Junghwan". Hyunsuk membuntangkan matanya. Menatap mata Jihoon kemudian memukul bahu Jihoon supaya masuk ke dalam keretanya.
"Yah!. Park Jihoon!. Cepat pergi hospital Sekarang!. Sekarang baru kau ingat?!". Marah Hyunsuk lalu mereka berdua masuk ke dalam kereta dan mula bergegas pergi dari sekolah itu.
Sepanjang perjalanan menuju ke hospital, Hyunsuk tidak habis-habis mengutuk Jihoon kerana melupakan hal yang penting seperti ini.
Hyunsuk menghubungi nombor Yoshi untuk menanyakan keberadaan Junghwan.
Sebaik sahaja mereka sampai di hospital tersebut, Hyunsuk dan Jihoon mula mencari wad Junghwan dan setelah mendapat nya, mereka terus masuk ke dalam.
"Yoshi!. Junghwan macam mana?". Kata Hyunsuk dengan menghirup oksigen yang berdekatan secara kasar.
"Doktor cakap keadaan dia stabil cuma kena tahan dekat hospital beberapa hari". Kata Yoshi. Hyunsuk mengangguk.
"Kha, Haruto dengan Jeongwoo mana?". Tanya Jihoon.
"Dorang keluar. Kha lapar". Jawab Yoshi.
Hyunsuk Dan Jihoon segera merebahkan diri serentak di sofa panjang yang ada di dalam bilik tersebut. Mereka berdua bertatapan.
"Hyung, Kita ada tertinggal sesuatu ke eh?. Aku rasa macam kita lupa sesuatu". Tanya Jihoon.
"Hyung pun rasa macam tu. Tapi macam tak ada yang kita tertinggal kan". Hyunsuk menjawab. Jihoon hanya mengangguk lalu tidak lama kemudian, kedua- dua mereka terlelap kerana terlalu penat berlari.
Meanwhile,
Beberapa pemuda itu merenung Mr. Vien. Mereka semua ada di dalam bilik Mr Vien. Memenuhkan ruangan tersebut sehingga Mr. Vien juga bingung.
"Ermm..Nak cikgu tolong panggilkan penjaga korang?". Usul Mr.Vien.
"Takpa, cikgu. Kami nak tengok kalau Hyunsuk hyung masih ingat kami".Kata Mashiho.
Vien hanya mengangguk. Dia menelefon anak buahnya agar mengurus pelajar yang dibelasah Jihoon.Dalam hatinya sudah mengumpat kepada Jihoon dan juga Hyunsuk.
30 minit berlalu, tiada tanda-tanda yang Hyunsuk akan mengingat mereka dan mereka sudah penat menunggu.
"Kau lah ni,Doy!. Kalau kau dengan Yedam tak sambung mengurat anak makcik kantin tu, kita takkan kena tinggal lah". Marah Jaehyuk. Doyoung dan Yedam hanya mengusap tengkuk mereka sambil tersenyum pasrah.
Mereka kemudiannya berkumpul membentuk bulatan sambil memegang tangan orang yang berada disebelah Mereka. Lalu kuasa Asahi mula memainkan peranan. Tidak perlu waktu yang lama, mereka sudah hilang dari bilik Mr Vein dan muncul di rumah Miss Jenne. Sewaktu muncul disana, Miss Jenne baru sahaja habis meyediakan makan tengah hari dan masih berada di dapur jadi dia tidak tahu kedatangan mereka.
"Eh, Asahi. Yang kau bawa kita ke sini ni dah kenapa?". Tanya Junkyu. Takut menyusahkan Miss Jenne.
"Ni je tempat yang aku boleh fikir". Kata Asahi santai. Yang lain hanya diam. Malas untuk mengikut campur. Miss Jenne yang baru keluar dari dapur terkejut apabila melihat ruang tamunya dipenuhi oleh lelaki-lelaki yang Miss Jenne tak tahu datang dari mana. Melihat muka Miss Jenne yang bingung juga terkejut itu, yedam terus menerangkan.
"Kami kena tinggal oleh Hyunsuk dan Jihoon hyung kat sekolah. Asahi hyung yang bawa kami ke sini. Maaf menyusahkan, Miss Jenne." Terang Yedam sambil mengusap tengkuknya kekok.
Miss Jenne hanya tersenyum. "Eh,takdelah. Sini mari makan. Kebetulan makcik masak banyak hari ni". Pelawa Miss Jenne. Mereka hanya mengangguk dan menuju ke meja makan yang berada di dapur. Melupakan sebentar yang mereka mereka dilupan dan ditinggalkan oleh Hyung mereka.
YOU ARE READING
CRAZY EXPERIMENTS
Short Story[ CRIME SCENE DO NOT CROSS!] Kerana sifat tamak seorang saintis gila menyebabkan masa depan 12 orang lelaki berubah serta merta. Tubuh Mereka sudah tidak seperti orang lain. Dan juga tubuh Mereka mempunyai kuasa yang diperolehi secara tidak sengaja...