Cawan silver itu diangkat ke atas. Lalu diteguk oleh vampire disitu. Ada yang terus meneguk, ada yang bersulang dengan pasangan mereka. Lalu meneguk habis semua darah di cawan silver tersebut. Yoshi tersenyum sinis. Jihoon dan yang lain hanya menatap sayu keatas kebodohan vampires disitu.
Burgh!
Semua vampire yang meminum darah Yoshi kini rebah ke lantai. Setelah vampire disitu pengsan, sesuatu yang menghalang pergerakan mereka kini menghilang. Mashiho terus berlari ke arah Yoshi. Mengubati luka Yoshi dengan menggunakan kuasanya.
"Kesian dorang". Kata Jeongwoo memandang vampire- vampire yang pengsan di lantai. Tetapi senyuman lebar di wajahnya tidak mengatakan yang dia kesian atas mereka.
Ingin tahu mengapa vampire - vampire disitu pengsan setelah meminum darah Yoshi? Ini kerana Mereka juga mereka juga mempunyai darah vampire. Walaupun bukan vampire asli namun kerana campuran racun yang disuntikkan kepada mereka tidak hanya mengubah hidup mereka namun juga badan mereka. Darah mereka berwarna lebih pekat dari manusia. Serta sayap hitam yang sudah menemani mereka dari awal menjadi bahan eksperimen sehingga Sekarang. Gigi taring mereka juga hanya akan muncul apabila mereka berubah. Oleh kerana Mereka menjadi bahan eksperimen, darah vampire mereka yang bercampur racun akan membuat sesiapa sahaja pengsan. Namun bukan sekadar pengsan. Mereka akan pengsan setidaknya selama seminggu.
Yoshi menggerakkan pergelangan tangannya yang sudah 100% sembuh kerana kuasa Mashiho.
"Kita sampai bila nak dekat sini?". Tanya Haruto. Sebaik sahaja Haruto bertanya, Jaehyuk lantas memukul kepala mereka satu- persatu. Mereka mengusap kepala mereka yang di pukul oleh Jaehyuk.
"Kau dah kenapa pukul kepala orang?". Kata Jihoon sedikit marah kerana kepalanya dipukul paling kuat oleh Jaehyuk.
"Korang dah lupa ke dengan kuasa Sahi? . Dia kan boleh teleport". Kata Jaehyuk sambil menatap malas ke arah mereka.
Kepala Jaehyuk diketuk kembali oleh Mereka.
"Aduh!".Jaehyuk mengusap kepalanya kembali. Dia menatap Asahi kerana Asahi yang memukul kepalanya paling kuat setelah Jihoon.
"Ada otak tu fikir sikit. Sahi ni baru je teleport tengah hari tadi. Sebab Kau Kena kejar anjing kat lorong tu". Jihoon bersuara Malas. Jaehyuk mengetuk kepalanya perlahan. Dia lupa. Jadi tadi dia Kena kejar anjing kerana membawa ayam bakar sambil melalui lorong gelap yang dihuni oleh beberapa anjing liar . Dan Asahi jugalah yang menyelamatkannya dengan menggunakan kuasa teleport nya.
"Dah. Kita cari je lah jalan keluar dari sini." Ucap Haruto. Dia mual akibat menghidu darah Yoshi yang berbekas di tanah.
Grrrrr!!!!
Semua menoleh ke arah semak yang berhampiran. Tiba-tiba keluar sekumpulan serigala dari semak tersebut. Akibat menghidu Bau darah Yoshi yang Masih segar, Mereka datang untuk memakan daging. Lebih tepat daging mereka. Mashi berlindung di belakang Junkyu. Jihoon melindungi yang lain dibelakangnya.
Jeongwoo maju kedepan. Dia menarik nafas. Tidak lama kemudian, matanya Mula bertukar menjadi hitam. Gigi taring yang panjang mula keluar dari celahan bibirnya. Tubuhnya semakin mengecil dan berubah menjadi sebuah serigala. Serigala putih. Haruto membuntangkan matanya. Jeongwoo sudah menggunakan kuasanya. Haruto ingin pergi menghalang Jeongwoo namun sudah di tahan dahulu oleh Yedam.
Grrrrrrr!!
Junkyu membuat pelindung untuk Jeongwoo dan juga untuk Mereka. Sebagai langkah berjaga-jaga, Mashiho sedang mengumpul tenaganya jika Jeongwoo terluka.
Setelah Hampir dua jam mereka berlawan, pertarungan itupun berakhir dengan Jeongwoo yang menjadi juara. Tubuh serigala yang berniat menyerang mereka kini terbaring kaku dengan banyak luka gigitan dann cakaran oleh Jeongwoo. Tubuh Jeongwoo juga tidak kalah teruk. Penuh dengan luka cakaran pada tangan serta pipinya membuat mereka yang melihat segera menghampirinya.
Tubuh Jeongwoo sudah kembali ke bentuk asalnya. Serentak dengan itu, dirinya merasakan pening yang selalu dirasakan apabila berubah kembali menjadi manusia. Haruto yang melihat tubuh Jeongwoo yang terhuyung-hayang itu segera berlari menghampiri Jeongwoo melewati yang lain dan sempat menangkap tubuh itu sebelum jatuh ke tanah. Mata Haruto secara tiba-tiba berubah menjadi merah.
"Asahi hyung, kuasa hyung dah boleh guna kan?".Tanya Haruto sambil mengangkat Jeongwoo yang pengsan di belakangnya.
Mashiho menghampiri mereka berdua. Menawarkan diri supaya mengubati Jeongwoo namun Haruto menolak.
Asahi mengangguk. Dia menyuruh semua berkumpul dan menggenggam tangan antara satu sama lain. Asahi memejamkan matanya. Mengingat mansion Hyunsuk yang tersegam indah di ingatannya. Tubuh mereka terasa ringan sebentar. Mereka membuka mata perlahan-lahan.
Okay good . Line clear
Mereka sedang berada di hadapan pintu mansion Hyunsuk. Perlahan-lahan mereka masuk. Takut membuat Hyunsuk terjaga. Mereka menjengket seperti pencuri supaya tidak menghasilkan sebarang bunyi sambil melalui ruang tamu yang gelap itu untuk pergi ke bilik masing-masing.
Tsak!
"Darimana hmm? . Baru ingat nak balik?".
YOU ARE READING
CRAZY EXPERIMENTS
Short Story[ CRIME SCENE DO NOT CROSS!] Kerana sifat tamak seorang saintis gila menyebabkan masa depan 12 orang lelaki berubah serta merta. Tubuh Mereka sudah tidak seperti orang lain. Dan juga tubuh Mereka mempunyai kuasa yang diperolehi secara tidak sengaja...