Part 7 ⚠️

99 15 9
                                    

*Chapter ini mengandungi kekerasan*
*Blood, Kill*

Tangannya dimasukkan ke dalam seluar jeans hitam nya. Dia berlegar-legar di satu kawasan sekolah itu dengan melewati semua kelas disitu. Siulan kecil kedengaran dari mulutnya. Matanya tidak puas memerhati seluruh kelas bahkan setiap pejabat disitu. Dirinya memandang papan tanda yang bertulis 5-1. Dia memasuki kelas tersebut tanpa mengetuk pintu hingga membuat pelajar dan guru disitu terkejut atas kemunculan Jihoon secara tiba-tiba. Dia menatap semua mata yang sedang memandangnya Dan memulakan aksi hipnotis nya.

Dirinya memerhati ke kawasan belakang. Dirinya melihat Junghwan yang dikacau oleh budak lelaki yang berada di kelasnya. Dia mengarahkan guru dan juga semua pelajar di situ untuk keluar Dari kelas tersebut.
Setelah mematikan yang semua pelajar yang dipukau nya tadi sudah keluar, dia mulai memerhati Junghwan Dan pembulinya.

 Botol air milik Junghwan diambil oleh salah seorang pelajar disitu lalu dituangkan ke riba Junghwan. Junghwan hanya menunduk menahan tangis. Dirinya menyoal otaknya. Mengapa dia diperlakukan sebegini rupa? Dia tiada salah apa-apa terhadap mereka bahkan dia selalu menolong mereka namun inikah balasan yang dia dapat? Salah seorang disitu mengeluarkan pisau lipat yang diambil dari poket seluarnya. Manakala, salah pelajar yang lagi satu menarik dan memegang tangan Junghwan secara paksa. Kemudian, pelajar yang lagi satu menoreh tangan Junghwan . Junghwan dan pelajar- pelajar yang lain tidak sedar akan kehadiran Jihoon yang sudah membuntangkan matanya melihat aksi pelajar di situ terhadap Junghwan. Dirinya sekarang mengerti kenapa gurunya tidak mengambil tindakan kerana kedudukan Junghwan terlindung di sebalik dinding. Dinding ni pun satu. Tak ada tempat lain ke nak dibina?!.

Junghwan yang tertunduk menahan kesakitan di tangannya tu mulai merasa lemah. Tidak lama kemudian, tubuhnya rebah ke lantai. Manakala, pembuli nya hanya membuat reaksi biasa. Seakan tidak peduli akan Junghwan yang sudah pengsan kerana kehilangan banyak darah. 

"Alah, cepatnya rebah. Aku baru nak buat yang lagi teruk"

"Kau ni, Taewong. Tak kesian ke dengan dia tu?"

Muka mereka yang sedih itu tiba-tiba bertukar menjadi ceria. Mereka ketawa sepuas hati. Memang mimpi lah mereka yang berhati batu ini ada rasa simpati. Mereka yang ingin menapak keluar dari kelas itu dihalang oleh Jihoon. Mereka mula menayangkan muka tidak puas hati mereka kepada Jihoon. Mereka meneliti pakaian Jihoon. Kemeja putih dipadankan dengan seluar jeans hitam serta topi yang menutup rambut merahnya meyakini mereka bertiga yang Jihoon bukan pelajar di situ dan bukan juga guru. 

"Kau siapa nak halang jalan kami,Hah?!". Marah Taewong. Kedua rakan sekutunya menahan tangan Taewong.

"Junhyuk! Suhee!. Lepaskan tangan aku!. Aku nak ajar lelaki tak guna ni!". Kata Taewong sambil menarik tangannya daripada ditahan oleh Junhyuk dan Suhee. Dia kemudiannya berdiri di hadapan Jihoon dan mula menarik leher kemeja Jihoon. Jihoon hanya berdecit kecil. Dia memandang Taewong yang menarik leher kemejanya. 'Eh,budak pendek ni. Dahlah pendek, ada hati nak tarik aku'. 

Taewong yang geram kerana merasa Jihoon mengendahkannya langsung menumbuk muka Jihoon hingga terdapat darah di bibir Jihoon. Jihoon menjilat darah yang keluar dari bibirnya dengan lidahnya lalu matanya bertukar menjadi merah gelap. Mereka yang perasan akan perubahan mata Jihoon itu mula berasa takut.

"K-kau nak buat apa, hah?!". Tanya Junhyuk takut-takut.

Jihoon tanpa membalas terus menggerakkan tangannya ke kanan lalu Suhee  yang ingin keluar dari bilik itu terapung dan tangannya memegang lehernya. 

"L-lepaskan akulah!". Kata Suhee karna dia merasakan nafas nya sudah tinggal sedikit. Jihoon melemparkan badan Suhee ke belakang. Junhyuk dan Taewong yang ingin lari itu juga diangkat oleh Jihoon lalu tubuh mereka berdua itu dibawa ke hadapan Jihoon. 

"Lepaskan kitaorang lah!. Kami tak buat salah dengan kau pun!". Jerit Junhyuk.

"Tak salah kau cakap?. Tu, adik aku. Korang yang buat dia macam tu. Jadi, terima lah ya". Kata Jihoon sambil menunjuk ke arah Junghwan yang pengsan. Belum sempat mereka berkata apa-apa, Jihoon terlebih dulu melempar badan mereka ke arah meja-meja yang tersusun di belakang . Lemparan Jihoon boleh dikatakan kuat kerana meja-meja yang tersusun di situ semuanya patah. Jihoon hanya membiarkannya. 'Hyunsuk hyung kan kaya. Suka hati aku lah'. Taewong,Suhee Dan Junhyuk bangun Dan mencuba membalas serangan Jihoon namun Jihoon lebih Pantas. Dia menatap bola mata mereka bertiga untuk melakukan aksinya. Ketiga-ketiga lelaki yang dihipnotis oleh Jihoon hanya berdiri kaku dihadapan Jihoon. Jihoon mengarahkan Taewong untuk menusuk  kawan-kawannya dengan menggunakan pisau lipat yang dia gunakan untuk mencederakan Junghwan. Taewong Mula berlari ke arah Suhee Dan menusuk perutnya. Suhee hanya berteriak serta menunduk menahan sakit. Tidak lama kemudian, dirinya jatuh rebah ke lantai. Setelah menusuk Suhee, Jihoon mengarahkan Taewong untuk menusuk jantung Junhyuk Dan dilakukan oleh Taewong. Sama seperti Suhee, Junhyuk juga terbaring lemah setelah jantungnya ditusuk Taewong. Melihat itu, Jihoon bersmirk. Dia mengarahkan Taewong supaya mengelar pergelangan tangannya dan terus dilakukan oleh Taewong. Dia menjerit kesakitan Dan terus pengsan kerana kehilangan banyak darah. Dia terus mengetikkan jarinya supaya mereka semua sedar kembali.

"Lain kali jangan buli orang lagi ya adik-adik . Kalau tak, mungkin korang akan jumpa yang lebih teruk daripada aku". Kata Jihoon sambil memandang ke arah mereka bertiga yang sudah pun pengsan. Dia kemudian pergi ke tubuh Junghwan yang sudah tidak sedarkan diri. Dia mengambil sapu tangan dari dalam poketnya lalu dibalut di tangan Junghwan yang terluka agar darah yang mengalir di tangannya itu berhenti. Matanya kembali berubah menjadi warna coklat. Sebaik sahaja dia meletakkan Junghwan di kereta Yoshi, dia menapak kembali ke dalam sekolah tersebut.  Dia menyuruh Yoshi untuk pergi dahulu ke hospital terdekat.

CRAZY EXPERIMENTSWhere stories live. Discover now