"Wait, where's Yoshi?". Tanya Hyunsuk apabila tiada bayangan Yoshi di ruang tamu tersebut sedangkan dia sudah menyuruh Mashi untuk memanggil semua orang menuju ke ruang tamu.
"Yoshi hyung, di-". Belum sempat Jeongwoo menghabiskan perkataannya. Tiba- tiba kedengaran suara teriakan gadis kecil dari pintu masuk.
"Hyunsuk oppa!". Teriak Kha lalu berlari ke arah Hyunsuk. Yoshi di belakangnya hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Walaupun Hyunsuk tidak kenal akan gadis kecil tersebut namun dia tetap mendepakan tangannya dan memeluk gadis kecil itu sebaik sahaja dia masuk ke dalam pelukannya.
"Psttt, guys. Budak kecil ni anak siapa?. Anak kau Hoon?". Hyunsuk bertanya.
"Eh, anak aku pulak. Takkan hyung tak ingat budak ni?". Tanya Jihoon.
"Sebab tak kenal lah hyung tanya kau". Marah Hyunsuk.
"Tanya lah sendiri". Arah Yoshi.
Hyunsuk membuat muka 'tak-guna-betul'.
"Hi!. Nama siapa?". Tanya Hyunsuk ramah.
"Nama Kha, Okamoto Kharin." Kha memperkenalkan dirinya.
"Wait, Kha?. Okamoto Kharin?. You mean..". Hyunsuk memandang mereka semua dengan pandangan yang bingung. Mereka hanya mengangguk.
'Okamoto Kharin, maksudnya budak ni..'. Fikir hyunsuk.
"Ouh my Ice!. Woah, dah besar dah Ice sekarang eh". Jerit Hyunsuk sambil memeluk Kha. Last dia tengok Kha ni umur dia baru setahun. Nama Ice dia berikan kepada Kha kerana Kha waktu kecil tidak suka bermain dengan orang lain. Boleh dikatakan time kecil dia pendiam walaupun kanak-kanak seumur Kha riang dan suka main. Tak apalah, mungkin motto Kha time kecil, 'Different is better'.
"Ekhem, disebabkan semua dah ada dekat sini. Hyung nak bincang something."Kata Hyunsuk lalu duduk dan meletakkan Kha di pangkuannya. Dia membiarkan Kha bermain dengan rambutnya. Rambutnya yang semula jadi ungu itu memang menjadi kesukaan Kha bahkan sejak kecil.
"Hyung nak korang semua pindah dekat tempat hyung. Dekat sini dah tak selamat. Bila-bila masa sahaja Prof Yoo akan tahu kuasa korang.". Kata Hyunsuk dengan wajah yang serius.
Mereka bersebelas termasuk Kha membuat wajah terkejut. Hyunsuk hyung tahu kuasa diorang?. Padahal Mereka sudah berusaha menyembunyikannya.
"Serious lah?, Hyung nak kitaorang pindah? Habis tu sekolah Junghwan macam mana?". Tanya Junghwan. Soal bagaimana Hyunsuk tahu akan kuasa Mereka,diketepikan dahulu. Ini pindah sekolah?.
"Yang tu jangan risau, esok kita jumpa cikgu sekali bincang tentang kes buli tu". Kata Hyunsuk sambil menatap Junghwan. Junghwan yang takut itu hanya akur.
Apabila melihat tatapan hyunsuk itu, mereka yang lain hanya bersetuju.
"Habistu, hyung. Rumah ni macam mana?". Tanya Jihoon. Sayang nak tinggalkan rumah terbengkalai macam ni.
"Pasal rumah ni, jangan risau. Pandai lah hyung urus. Yang penting korang semua pindah ". Terang Hyunsuk. Dia melihat Kha yang dipangkuannya.
"Sebelum tu, kita kena hantar budak ni balik rumah mak dia. Dia tak boleh ikut kita. Dekat sana bahaya". Kata Hyunsuk. Kha pula mula menangis apabila mendengar perkataan Hyunsuk. Yoshi cuba memujuk.
"Kha, kha tak boleh ikut. Dekat sana bahaya". Ujar Yoshi cuba menenangkan Kha namun tangis Kha semakin kuat. Hyunsuk pula sudah bingung.
"Okey lah, macam ni. Ice betul nak ikut oppa - oppa semua pindah?". Tanya Hyunsuk sambil memegang kedua-dua bahu Kha. Kha hanya mengganguk.
"Kalau macam tu, sebelum kita pergi sekolah oppa Junghwan, kita pergi rumah mak Ice minta izin ya". Kata Hyunsuk. Tangis Kha perlahan-lahan kedengaran.
"Yosh, Ice memang tidur sini ke atau apa?". Tanya Hyunsuk.
"Taklah, setiap jam 10 malam pembantu mak dia ambil". Terang Yoshi. Hyunsuk mengganguk. Dia melihat jam di tangannya. Tertera pukul 9: 55. Lagi 5 minit sebelum pembantunya sampai.
"Ice balik dulu, Oppa janji esok oppa ambil Ice ya". Kata Hyunsuk.
Kha mengeluarkan jari kelingkingnya .
"Promise?"
"Promise"
YOU ARE READING
CRAZY EXPERIMENTS
Short Story[ CRIME SCENE DO NOT CROSS!] Kerana sifat tamak seorang saintis gila menyebabkan masa depan 12 orang lelaki berubah serta merta. Tubuh Mereka sudah tidak seperti orang lain. Dan juga tubuh Mereka mempunyai kuasa yang diperolehi secara tidak sengaja...