' Doyoung pergi sekolah dulu!'. Doyoung melambaikan tangannya lalu pergi keluar dan berjalan ke sekolah.
'Nae, Jaga diri baik-baik!'.
Splashh!!
Doyoung menunduk. Pakaian seragam sekolah nya sudah habis basah. Dia mengangkat pandangannya. Memandang ke arah rakan sekelasnya dengan mata yang berair. Memandang ke arah orang yang sengaja meletakkan air bekas mop di atas pintu sehingga terkena Doyoung.
"Awww, dia nangis lah. HAHAHAHAHA!".
Doyoung berlari keluar dari kelasnya menuju ke tandas. Dia membersihkan badannya dan mengganti baju. Dia kembali ke kelas.
"Harini semua cikgu sibuk. Cikgu ada mesyuarat. Cikgu suruh buat kerja sendiri. Jangan Bising." Senior itu pergi setelah habis menyampaikan pesanan guru mereka. Setelah senior itu pergi, mereka semua memandang ke arah Doyoung dengan tatapan sinis. Salah satu pelajar lelaki menghampiri Doyoung dan mencengkam rambutnya. Doyoung menjerit kesakitan minta dilepaskan. Namun cengkaman itu makin kuat. Pelajar lelaki itu menyeretnya ke rooftop tanpa melepaskan cengkamannya pada kepala Doyoung. Pelajar yang lain hanya mengikuti mereka dari belakang.
"T-tolong, B-berhenti". Doyoung memohon. Rasa sakitnya ini membuatnya teringat dengan seksaan Prof Yoo yang dilakukan kepadanya.
Bugh! Bugh!
"Berhenti?. Not so fast. HAHAHAHAHA". Mereka makin menguatkan pukulan ke badan Doyoung. Seseorang membahagikan kayu besbol kepada pelajar yang lain. Mereka menyambutnya lalu memukul kaki dan tangan Doyoung.
Doyoung menjerit kesakitan. Air mata sudah membanjiri wajahnya.
"Tahu tak. Kami suka nampak kau terseksa".
Doyoung hanya menatap mereka lemah. Tubuhnya sudah tidak berdaya untuk melawan. Lebam-lebam juga terlihat di tubuhnya.
"Arghhh!".Doyoung menjerit kesakitan apabila merasakan kaki dan tangannya seperti patah. Kerana tubuhnya sudah tidak menahan kesakitan itu. Tubuhnya melemah dan kemudiannya pengsan. Melihat dirinya pengsan, pelajar yang lain terus memberhentikan seksaan kepada Doyoung lalu berlalu pergi dari sana.
"Hyung. Sabarlah sikit. Nanti Doyoung balik lah tu". Yedam cuba menenangkan para hyungnya yang sudah ulang alik menunggu Doyoung.
"Macam mana nak sabar, Damie?. Dah pukul berapa ni. Doyoung tak pernah balik lambat macam ni" . Ujar Hyunsuk. Dia sudah tidak boleh menunggu. Dia takut jika apa-apa terjadi ke Doyoung. Bayangan Doyoung yang diculik Prof Yoo muncul di fikirannya. Dia menggeleng lalu berjalan keluar. Yoshi cuba menghentikan namun Hyunsuk berjaya melepaskan diri.
Dia mengeluarkan sayap hitamnya dan terbang ke sekolah Doyoung . Apabila mendekat, Dia melihat sosok tubuh seseorang yang terkulai lemah di tengah-tengah rooftop tersebut. Otaknya tetap berharap yang itu bukan Doyoung. Dia mendarat. Berjalan mendekati sosok tubuh yang membelakanginya. Dia memegang bahu pelajar itu dan memusingkannya . Wajah Doyoung yang lebam terpapar. Hyunsuk dengan pantas mengangkat tubuh tersebut dan membawanya terbang pergi dari situ. Hatinya menyuruh Doyoung supaya bertahan. Dia memandang Doyoung. Secara tiba-tiba matanya menjadi merah.
"Mashiho!".
"Nae Hyung?. Eh, Apa jadi dengan Doyoung?!". Mashiho panik melihat Doyoung yang berada di gendongan Hyunsuk. Dirinya mendekat.
"Hyung! . Bawa Doyoung ni pergi hospital, nyawa dia dah sekarat!".
"Mashiho pergi dengan yang lain. Hyung pergi dulu" Ucap Hyunsuk lalu terbang ke Hospital.
YOU ARE READING
CRAZY EXPERIMENTS
Short Story[ CRIME SCENE DO NOT CROSS!] Kerana sifat tamak seorang saintis gila menyebabkan masa depan 12 orang lelaki berubah serta merta. Tubuh Mereka sudah tidak seperti orang lain. Dan juga tubuh Mereka mempunyai kuasa yang diperolehi secara tidak sengaja...