Doyoung terbangun. Mimpi buruk seperti yang lain namun berbeza. Dirinya bermimpi yang selama dia koma. Ada sesuatu yang ingin keluar dari badannya. Suatu hari, benda itu keluar. Seseorang yang seperti dia namun berlainan. Mata merah dan bertaring. Dia sedar yang ini adalah dirinya namun dia tidak boleh mengawalnya. Dia memperkenalkan diri sebagai Sam. Diri Doyoung yang terkurung membuat dia ingin keluar kembali apabila Sam yang mengambil alih tubuhnya mencabut segala wayar yang terlekat di tubuhnya lalu berlari ke rooftop. Mengeluarkan sayapnya dan terbang ke rumah mereka.
"Arghhhhh!!"
"Danny!. Kau okay ke?!". Vien segera naik ke atas menuju ke bilik Danny. Dia yang sedang bersarapan terganggu dengan jeritan Danny dari biliknya. Ketika sampai di hadapan pintu bilik Danny, kedengaran lagi 11 teriakan yang membuatkan Vien, Kha serta yang lain panik. Kha memanggil yang lain. Menyuruh mereka berkumpul di ruang tamu termasuk Vien.
"Yoshi oppa pernah pesan, kalau mereka berteriak, jangan kacau. Biarkan je". Kata Kha tenang sambil memandang ke arah Vien yang sudah panik.
"Hah?. Mereka berteriak macam tu kena tenang?. Macam mana kalau ada musuh?. Dahlah kita kat Itali sekarang ni. Kalau kita mati kat sini macam mana?. Aku tak kahwin lagiii.."
Kha menjeling Vien. Tidak lama kemudian, suara erangan dari kedua belas oppanya sudah hilang.
"Danny. Kau okay tak?". Vien menegur Danny yang sedang menuruni tangga.
"Daniel". Daniel menjawab datar.
"Daniel?. Siapa pulak tu?". Vien bingung. Haritu Danny pastu Daniel.
"I'm Daniel". Daniel menjawab. Vien hanya mengangguk walaupun dia berasa pening.
"Yang kau berteriak kat bilik tu dah kenapa?. Buat Kha risau jelah. Sakit telinga aku." Vien dijeling Kha.
'Eleh, padahal dia yang panik tadi. Siap cakap 'aku tak kahwin lagii'. Batin Kha.
"Hyunsuk dan Danny tak bagi aku keluar".
"Hyunsuk, Danny, Daniel. Tiga je kan?. Baguslah . Aku dah tak sanggup nak hadap kalau ada yang lain". Vien mengucap tanpa mengetahui ada lagi 11 orang yang telah keluar di atas.
Daniel smirk. Tepat sahaja Vien berhenti mengucap, kedengaran banyak suara tapak kaki yang berlari menuruni tangga.
Kesebelasan orang itu muncul dengan menggunakan black leather jacket dan juga seluar kulit yang berwarna hitam. Vien tercengang.
"Daniel.."
"Hmmm?". Daniel menjawab.
"Kau...
KAU JANGAN CAKAP AKU KENA HADAP DIORANG NI SEKALI!. AKU TAK NAK MATI AWAL!". Vien menjerit. Kha dan yang lain menutup telinga. Kha berlari menuju ke arah Jaden sambil mendepakan tangannya minta diangkat. Jaden faham lalu mengendongnya.
"Diamlah. Jangan risau lah. Hal paling teruk yang diorang pernah buat pun bakar rumah. Hal kecik je lah". Daniel berucap tenang mengingati yang mereka pernah membakar kan rumah lama mereka hanya kerana seekor lipas.
Melihat Daniel yang tenang itu membuatkan Vien membuntangkan matanya. Kepalanya semakin pening.
"Suka hati korang lah. Anyway, Daniel ikut aku dulu. Aku nak bincang tentang kumpulan Skull tu". Daniel mengikuti Vien dari belakang menuju ke bilik kerjanya.
"Sam"
"Apa?"
"Budak ni comel lah. Aku nak culik dia, boleh?". Kyle berkata sambil mencubit pipi Kha.
YOU ARE READING
CRAZY EXPERIMENTS
Short Story[ CRIME SCENE DO NOT CROSS!] Kerana sifat tamak seorang saintis gila menyebabkan masa depan 12 orang lelaki berubah serta merta. Tubuh Mereka sudah tidak seperti orang lain. Dan juga tubuh Mereka mempunyai kuasa yang diperolehi secara tidak sengaja...