Part 16

59 8 4
                                    

Pagi dah tiba. Vien menguap. Pagi yang tenang buatnya bersemangat untuk menjalani kehidupan sehariannya.

Eh?

Pagi yang tenang?

Vien segera berlari turun dari bilik nya yang ditingkat atas. Dia cukup tahu yang mereka berdua belas ini tidak boleh diam. Cukuplah semalam dia tertipu dengan ketenangan di tingkat bawah. Bersyukur semalam apabila hatinya terdetik untuk memeriksa tingkat bawah dan melihat semua anak buah mereka yang baru tiba.

Bodyguard yang mungkin ada dalam 400-500 orang,

Dan puluhan kotak besar yang berisikan senjata api dihadapan mereka. Serta beberapa kotak besar yang dia tidak tahu isinya apa. Dan permandangan nya terkacau dengan Kha yang sedang diajari cara menggunakan senjata api yang cukup berbahaya untuk seorang budak perempuan berumur 5 tahun di laman belakang mansion tersebut. Mereka berani mengambil langkah tersebut kerana Jaden sedang tidur sekarang.

Vien membulatkan matanya. Dugaannya benar. Jangan pernah percaya keadaaan yang tenang kerana dihadapan ini...

Menunjukkan...

Dapur....

Yang terbakar .

Dan mereka yang kelihatan tenang sedangkan Vien sudah depresi menghadap mereka.

"Hoi,Matikan api tu!".

"Alah Rilek lah, Api tu Kevin Hyung yang buat". Justin berkata sambil meminum air coklatnya.

"Tolonglah...Satu hari je. Satu hari je korang tak pusingkan kepala aku ,boleh?". Ujar Vien yang sudah lelah.

"Tolonglah..Satu hari je...Satu hari je kau tak kacau kitaorang,boleh?". Lawan Jun. Jawapan Jun buatkan demam Vien yang sudah sembuh kini menyerang nya kembali. Dia dengan lemah melangkah ke biliknya dan melalui Daniel yang sedang menghirup kopi nya di atas sofa.

"Daniel, aku rasa aku tak boleh ikut korang lawan harini. Demam aku datang balik. Nanti aku suruh anak buah aku ikut korang". Kata Vien lalu menuju ke tingkat atas.

"Haish, budak-budak ni kan." Daniel menggelengkan kepalanya . Dia juga pening melihat mereka. Yang normal hanya Kha yang sedang duduk disebelahnya sambil bermain iPad. Dia mengusap kepalanya.

"Kha, Nanti tinggal dengan Vien eh?". Tanya Daniel. Kha menggeleng.

"Nak ikut.." Kha merengek.

"Tak boleh, kat sana bahaya. Nanti Oppa suruh Vien bawa Kha jalan-jalan eh?". Pujuk Daniel. Kha segera mengangguk pasrah.

"Ni ke markas geng skull tu?. Buruk je. Ni mesti takda duit". Perli Jun. Mereka sekarang sedang bersembunyi disebalik pohon-pohon yang berada di hutan tersebut.

"Aku dengan Jun serang dari kanan. Jaden dan John serang dari kiri. David,Hikata korang serang dari belakang. Kevin dan Arthur korang serang dari hadapan. Travis,Justin, Korang serang dari atas. Sam dengan Kyle ikut Travis." Perintah Daniel. Mereka mengangguk lalu berpecah diikuti anak buah mereka. Manakala Sam,Kyle, Travis dan Justin pergi ke arah rooftop yang ada di mansion tersebut.

Suara tembakan ada dimana-mana. Bau hanyir darah membuatkan sesiapa sahaja yang menciumnya terasa ingin muntah namun berbeza dengan mereka. Mereka malah menyukainya. Baju yang mereka kenakan juga sudah dipenuhi dengan darah .

Daniel menjilat darah yang terkena tangannya. Jangan lupa yang jiwa vampire mereka masih ada.

"Hyung, lorong sebelah kanan, Bilik yang kedua ada ketua diorang". Ujar Sam yang sedang berkomunikasi dengan Daniel.

Daniel mengangguk lalu menuju ke arah yang Doyoung beritahu. Dia memusingkan tombol pintu tersebut lalu masuk.

"We meet again,Mr Choi". Orang dihadapannya ini tersenyum sinis. Usahanya meletupkan salah sebuah mansion Hyunsuk dapat menjerat Hyunsuk untuk datang dan bertemu dengannya.

"Kau nak apa, orang tua". Ujar Daniel malas.

"Noting. Aku just nak nampak macam mana rupa ketua kumpulan Bat sekarang. Hmm, not bad. Macam mana kalau aku toleh sikit supaya muka kau tu ada parut". Kata lelaki itu sambil tersenyum psycho.

"Aku tak nak buang masa, Jaehan. Kalau kau nak buat parut kat muka aku, mari mendekat dan mula berlawan". Ujar Daniel sambil mengeluarkan senjatanya.

"Hyunsuk- Hyunsuk...
Perangai kau dari dulu tak berubah. Asyik berlagak macam kau tu hebat sangat". Lelaki bernama Jaehan itu tersenyum sambil mengeluarkan pistol dari lacinya.

Daniel tersenyum nipis. Lelaki dihadapannya ini tidak mengetahui yang dia bukan Hyunsuk melainkan Daniel. Dia kemudiannya diam-diam mengeluarkan cahaya ungu dari tangannya apabila tidak dilihat oleh Jaehan.

Mereka berdua mula berlawan dengan sengit.




"Hyung!. Semua nya dah habis. Takda yang terlepas". Kata John. Jaden mengangguk lalu menuju ke hadapan mansion tersebut. Dia mendapati yang lain telah berkumpul di sana terlebih dahulu.

"Daniel hyung belum habis lagi?". Tanya Jaden apabila mendapati Daniel tidak ada disitu. Jun menggelengkan kepalanya.

"Dia kata dia nak selesaikan semuanya sendiri. Jadi dia suruh aku keluar. Sampai sekarang budak tu tak keluar lagi". Kata Jun walaupun tiada siapa yang bertanya.

Pertarungan itu pun dimenangi oleh Daniel yang menggunakan sedikit kuasanya untuk membekukan pergerakan Jaehan agar tidak bergerak dan mula menembaknya.

Setelah selesai, Daniel keluar dari mansion tersebut. Menuju ke arah yang lain.

"Semua dah ada kan?". Tanya Daniel.

Yang lain hanya mengangguk. Setelah itu, Daniel terus melemparkan sesuatu ke dalam mansion tersebut. Dan sebaik sahaja benda itu mendarat di lantai, sebuah letupan terjadi.
Yakinlah mereka yang dibaling Daniel tadi merupakan bom yang dibawa oleh Hikata.
Misi mereka sudah berjaya dan kini masanya untuk mereka kembali ke negara mereka namun Daniel memutuskan untuk tinggal disini sehingga mereka berubah. Dan keputusan itu cukup membuatkan Vien segera mengemaskan barangnya lalu kembali ke Korea.

Setelah habis menaip, gadis itu menyimpan draftnya lalu bangun dari kerusi tersebut. Dia melangkah keluar dari rumahnya kemudian singgah sebentar ke kedai bunga lalu membeli beberapa bunga higanbana.

Dia mengunjungi makam yang berada di sana. Meletakkan bunga itu di hadapan makam tersebut.

"Maaf, sebab tak sempat selamatkan korang". Ujar gadis tersebut sambil menangis.










CRAZY EXPERIMENTSWhere stories live. Discover now