Part 9

67 11 0
                                    

Hyunsuk menatap ke arah atas dan kemudian menggelengkan kepalanya lalu melangkah ke arah dapur. Dia keluar sambil memegang sebotol air yang berwarna merah pekat.

Dia menatap kembali ke arah yang sama. Siling yang berada di ruang tamu utama di mansionnya. Dia menghela nafas perlahan dan merehatkan dirinya di sofa berhampiran. Mereka telah sampai ke mansion Hyunsuk.

"Berapa lama lagi korang nak bergantung dekat situ?. Ya hyung tahu hyung salah tapi jangan sampai bergantung macam kelawar. Tu sayap korang mengganggu jelah". Kata Hyunsuk sambil memicit batang hidungnya. Tapi memang wajar pun dirinya dimarah kerana melupakan mereka sehingga mereka di rumah Miss Jenne selama hampir 7 jam. Itupun Kha yang ingatkan apabila kelibat lelaki-lelaki yang dianggap abangnya sendiri tidak kelihatan. 

Dan semenjak dia jujur ke semuanya  yang dia boleh membaca apa yang difikirkan  mereka membuat mereka bergantung di siling ruang tamu hyunsuk dengan sayap hitam mereka menutup semua badan mereka. Hanya kelihatan sedikit rambut mereka. Jaehyuk membuka sayapnya dan menatap tajam ke arah Hyunsuk kemudian menutup kembali tubuhnya menggunakan sayapnya. Merajuk nampaknya. Rahsia yang disimpan selama ini terbongkar akhirnya. Mereka berasa seperti bukan sesiapa kepada Hyunsuk. Jangan melupakan yang mreka ditinggalkan tadi. 10 orang itu hanya berpura-pura memekakkan telinga. Jihoon, Yoshi, Haruto dan Jeongwoo tapi apabila dipaksa oleh Jihoon membuat mereka terpaksa bergantung sekali.

Hyunsuk yang semakin pening akan kelakuan mereka terus menaiki tangga dan menuju ke biliknya. Dia membuka pintu bilik tersebut dan membuka almari. Jari-jarinya menari di atas keypad yang agak tersembunyi. Habis sahaja dia menekan password nya, dinding almari di hadapannya mulai terbuka. Dia melangkah masuk ke dalamnya. 

Sebuah makmal mini yang mempunyai segala alatan yang diperlukan. Makmal yang canggih dengan segala teknolgi. Makmal yang bersih dan barang disitu tersusun kemas sehingga sesiapa sahaja yang masuk akan kagum melihatnya. Hyunsuk meletakkan botol nya dia atas meja berdekatan. Dia mengambil sebuah balang kaca yang berada di atas almari dan kemudian membawanya ke atas meja. Dia memakai sarung tangan dan juga kaca mata keselamatan.

Dia memasukkan tangannya ke dalam balang tersebut dan mengambil haiwan yang berada di dalamnya. Setelah berjaya mengambil haiwan tersebut,dia mengeluarkan tangannya. Ditangannya terlihat satu haiwan yang berupa seperti siput tetapi berwarna merah hitam. Siput itu dipanggil "Fire Snail" yang berasal dari Malaysia. Siput itu hanya boleh dijumpai di Malaysia. Siput itu tergolong dalam salah satu siput yang paling rare di dunia. Siput di tangannya ini sudah sebesar tapak tangannya. Dia mendekatkan tapak tangannya ke mukanya. Meneliti siput kesayangannya. 

Di dalam makmal itu juga mempunyai banyak haiwan kajiannya seperti Hedgehogs, Tree Kangaroo, Blue dragon dan juga Red Panda. Bilik itu lebih  terlihat seperti zoo daripada makmal. Dengan pokok kecil  yang berada di tengah - tengah bilik tersebut dan beberapa permainan untuk haiwan-haiwan ittu bermain. Dan dihujung bilik tersebut ada sebuah kolam kecil untuk Blue Dragonnya. Dia hanya memelihara mereka dan setelah mereka sudah besar, dia akan mengembalikannya ke pihak zoo. Pihak zoo memberikan haiwan yang masih kecil untuk dipelihara Hyunsuk sekaligus dirawat Hyunsuk. Ini kerana Hyunsuk boleh memahami haiwan jadi jika terdapat masalah, Hyunsuk tahu apa yang perlu dilakukan. Siput itu sudah disimpan ke dalam bekasnya.

Dia memanggil Tree Kangaroo dan Red Panda yang dipanggil Danni dan Juga Deni supaya datang ke arahnya.  Danni dan Deni segera berlari ke dalam pelukan Hyunsuk. Hyunsuk memeluk kedua-dua haiwannya. Hari ini adalah hari dia membawa mereka melawat zoo yang akan didiami oleh mereka. Dia selalu membawa mereka melawat zoo supaya mereka terbiasa dan juga tidak merasa begitu takut jika Hyunsuk melepaskan mereka ke pihak zoo. 

Dia mendukung mereka di atas bahunya dan keluar dari makmal tersebut. Dia menuruni tangga dan mengambil kunci keretanya di rak kunci. Dia meletakkan haiwannya di dalam kereta kemudian masuk kembali ke dalam rumah. Dirinya menghiraukan 10 orang yang masih bergantung di siling. Kenapa hanya 10 orang? Ini kerana Junghwan masih berehat di dalam biliknya setelah disembuhkan oleh Mashiho. Dirinya melangkah ke bilik Kha. Dia mengetuk pintu perlahan namun masih boleh didengari oleh Kha yang berada didalamnya. Setelah mendapat izin, Hyunsuk masuk ke dalam dan memperhatikan Kha yang bermain dengan telefon yang baru dibelikan oleh Hyunsuk. 

"Kha, nak ikut oppa pergi zoo tak?". Tanya Hyunsuk sambil bersandar di tepi pintu. Kha yang mendengarkan perkataan 'zoo' mula mendongakkan wajahnya. 

"Nak!". Hyunsuk tersenyum.

"Pergi siap cepat. Oppa tunggu kat kereta." Kata Hyunsuk dan diangguk oleh Kha. Dia mula menuju ke almari miliknya dan setelah selesai memilih, dia menuju ke bilik mandinya. Hyunsuk tersenyum lagi dan mula menutup pintu  dan berjalan pergi ke keretanya. 10 orang tadi masih merajuk dan dia malas nak pujuk. 

Dalam 10 minit dia menunggu, Kha membuka pintu keretanya dan duduk di sebelah Hyunsuk. Haiwan dibelakangnya sudah didiamkan oleh Hyunsuk. Tidak lama kemudian, dia mula menggerakkan keretanya keluar dari perkarangan mansion tersebut. 

"Kita..Baru kena tinggal ke?".

CRAZY EXPERIMENTSWhere stories live. Discover now