20 | A I S Y A M I K A E L

12.1K 602 55
                                        

"I will kill anyone who touch her"

"Mia." Mia yang sedang membalas mesej tadi terus mengangkat muka apabila namanya diseru. Mia terus palingkan wajahnya ke arah lain. Dia sudah cukup letih hari ini.

"Ada apa, Dr. Haris?" Haris makin tersenyum mendengar nada Mia. Kakinya makin laju mengejar langkah Mia. Laju betul berjalan pun!

"Saje nak jumpa awak. Nak ajak dinner sekali." Kata Haris. Bersungguh dia ingin membawa gadis itu keluar makan malam dengannya. Bukannya dia tidak tahu bahawa Mia merupakan tunang orang.

"No, Haris. Cari orang lain." Kalau ditakdirkan dia bukan tunang orang mahupun single ketika ini, simpang malaikat 44 dia nak menerima pelawaan lelaki itu.

"Kejap, Mia." Lengan Mia ditarik perlahan bagi menahan Mia daripada melangkah. Mia terus menjeling Haris.

"Lepas." Kata Mia senada sebelum lengannya direntap kembali. Kalau ikutkan hati nak sahaja dia menjerit disitu.

Dah tak nak tu, tak nak lah! Suka sangat paksa-paksa dah kenapa?!

"Saya dah bertunang. And I love him. So, please. Leave me alone." Mia berkata. Nadanya cuba dikekalkan agar tidak naik. Haris meraupkan rambutnya kebelakang.

Makin menipis sabarnya apabila Mia tetap menolak dia. Langsung tidak memberikan dia peluang untuk buktikan diri sendiri.

"Mia, saya ikhlas cintakan awak." Sungguh Mia terkejut mendengar kata-kata Haris itu. Kalau dulu tak apa, ini dia tahu bahawa Mia sudah bertunang dan bakal berkahwin beberapa hari lagi. Entah apa yang patut dia lafazkan agar Haris dapat faham.

"Saya tak akan terima cinta awak, Haris. Please, jangan ganggu saya lagi." Mia terus melangkah pergi meninggalkan Haris. Sumpah dia penat. Badan dan mental dia perlu rehat.

"Mia dengar dulu--" Haris mengejar langkah Mia. Mia meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan Haris dibelakangnya. Baru sahaja dia melangkah keluar dari hospital tersebut, matanya menangkap figura ayahnya.

"Mia." Panggil Encik Malik. Langkah Haris turut terhenti. Tadi tentang Haris, sekarang ayahnya pula. Satu-satu benda nak menganggunya hari ini.

"Ya tuhan, apa lagi..." Mia berkata sendiri. Kepalanya dan matanya dipandangkan ke arah lain. Nafas dalam ditarik sebelum menyambung langkahnya seperti tiada apa-apa dihadapannya.

Ya, dia tahu itu tindakannya itu kelihatan biadap kerana lelaki itu merupakan ayah kandungnya sendiri. Tapi waktu ini, dia sudah cukup penat. Dia hanya mahu pulang.

"Mia, ayah nak minta maaf." Lengan anak gadisnya itu diselar lembut. Dia hanya mahukan beberapa minit sahaja daripada Mia. Gadis itu terus tersentak apabila lengannya disentuh oleh Encik Malik.

"Le-- lepas. Lepas, ayah." Katanya. Suaranya juga sudah mula terketar. Mata mula meliar mencari kereta milik tunangnya. Adam telah berjanji untuk mengambil dia dari hospital.

"Ayah nak cakap dengan Mia kejap je." Kata Encik Malik lagi. Lengan gadis itu turut dicengkam sedikit kuat. Mia memejamkan matanya rapat. Peristiwa 10 tahun lalu mula bermain difikirannya apabila lengannya dipegang kuat oleh Encik Malik.

Aku nak ajar budak tak guna ni!

"Le-- lepas ayah..." Rayunya lagi. Air matanya mula mengalir. Makin banyak gambaran kejadian itu bermain di kepalanya tanpa henti. Pernafasannya juga semakin tidak stabil.

Kau nak ajar aku, kan?

"Kejap je. Ayah nak minta maaf." Mia sudah mula cemas walaupun itu merupakan tempat awam. Ramai orang lalu lalang disitu. Tetapi kepalanya tidak henti mengatakan bahawa lelaki itu mahu menyakitinya.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang