Setelah mengkaji apa yang telah berlaku, akhirnya Nek Embun menyuruh para dayang keluar dan menutup pintu kamar baginda. Tuanku permaisuri mengerang kesakitan pada ketika itu.
"Selamatkan anakanda beta." rayu Permaisuri Mayang Kasturi.
"Tuanku jangan risau, patik akan selamatkan anakanda tuanku." balas Nek Embun kembali.
Nek Embun menggunakan sihirnya untuk menyelamatkan anak dalam kandungan tuanku permaisuri. Nek Embun meletakkan tangannya pada perut tuaku permaisuri. Cahaya-cahaya bersinar keluar dari tangan Nek Embun. Nek Embun membaca mantera-manteranya. Setelah beberapa minit usaha untuk menyelamatkan dilakukan, akhirnya pendarahan tuaku permaisuri beransur-ansur berhenti.
Selepas itu, Nek Embun mula menceritakan akan hal racun yang berada dalam teh herba itu. Tuanku permaisuri terejut bukan kepalang mendengar hal yang disampaikan oleh Nek Embun. Baginda sudah menjangka pasti akan ada yang ingin menyingkirkan anakandanya. Oleh hal demikian, tuanku permaisuri meminta pertolongan daripada Nek Embun.
"Nek Embun, adakah ada cara untuk memastikan anakanda beta selamat? Bagaimana beta mahu melindungi anakanda beta? Jikalau mereka mengetahui bahawa beta belum keguguran pasti mereka akan mencuba lagi dan lagi agar anakanda beta mati." ujar baginda dengan nada yang sayu.
Melihat keadaan tuanku permaisuri yang bagai telur dihujung tanduk itu membuatkan hati tua seorang Nek Embun menjadi sayu.
"Ampun tuaku beribu-ribu ampun, masih ada cara untuk menyelamatkan anakanda tuanku." balas Nek Embun.
"Bagaimanakah caranya? Walaupun berbahaya beta sanggup melakukannya. Biarlah anak ini dapat hidup, anak ini tidak bersalah, dia berhak untuk hidup." kata baginda seraya menangis.
"Patik bercadang untuk mengeluarkan janin ini daripada perut tuanku. Kita boleh mencari ibu tumpang untuk anak ini. Dengan cara itu sudah pasti tiada sesiapa yang tahu bahawa anakanda tuanku masih hidup." jelas Nek Embun.
"Baiklah kalau begitu. Beta sanggup untuk melakukannya. Akan tetapi beta meminta untuk kamu melindungi anakanda beta. Kamu pergilah merantau untuk mencari ibu tumpang untuk anak ini. Bawa dia sejauh yang mungkin agar tiada sesiapa yang dapat mengetahuinya." pinta tuanku permaisuri.
Tuanku permaisuri pasrah akan keadaan yang menimpa dirinya. Baginda rela kehilangan anakandanya. Biarlah jikalau dirinya tidak dapat bersama-sama anakandanya asalkan anakandanya dapat hidup dengan tenang.
Nek Embun melakukan tugasnya. Beliau mengeluarkan janin tersebut dengan sihirnya dan melindungi janin itu dengan sihirnya. Sebelum kepergian Nek Embun, tuanku permaisuri menyerahkan kalung permata bunga Seroja kepada Nek Embun.
"Jikalau anakanda beta sudah besar, kamu berilah kalung ini untuk dirinya. Beta tersangat ingin dia memakai kalung ini. Akan tetapi jikalau dia seorang lelaki, kamu menyuruhnya memberikan kalung ini kepada orang dicintainya" titah baginda seraya melontarkan senyuman untuk menutupi keperitan yang dialaminya sekarang.
Seorang ibu yang mana perlu berpisah dengan anaknya dan langsung tidak dapat melihat rupa anaknya sendiri, pasti sangat pedih hati baginda tuanku permaisuri sekarang. Adakah baginda kuat untuk menjalani kehidupannya selepas ini?
"Baiklah tuanku, patik menjunjung titah." balas Nek Embun seraya mengambil kalung itu dari tangan tuanku permaisuri.
~~~~~~~~~~
Pada malam itu, Nek Embun diam-diam keluar membawa diri daripada Kampung Tasik Purnama. Tiada seorang pun yang menyedari akan kepergiannya. Nek Embun berasa tersangatlah lega. Beliau memasuki hutan tebal untuk merantau mencari ibu tumpang untuk anakanda tuanku permaisuri. Beliau juga tidak rela jikalau anak yang tidak bersalah ini dibunuh. Oleh hal demikian, Nek Embun nekad untuk keluar dengan harapan dapat menjumpai seseorang yang rela untuk menjadi ibu tumpang kepada anak ini.
YOU ARE READING
Puteri Tasik Purnama
Fantasy[ fantasi ] Tasik Purnama telah terkena sumpahan! Disebabkan sumpahan ini, penduduknya yang terdiri dari suku Seroja dan suku Teratai mula berpecah belah. Kedua suku ini memiliki kuasa bunga yang luar biasa hebatnya. Pada suatu hari, seorang ahli s...