14 : Tidak Berdaya

57 5 0
                                    

Kuda sumbu meninggalkan perkampungan itu, mereka melalui laluan hutan buluh. Cahya Rembulan menatap hutan buluh yang indah itu dengan tatapan kosong. Keindahan hutan buluh tidak dapat mengubati dirinya. Cahya Rembulan benar-benar hancur, dirinya sudah tidak berdaya. Di sepanjang perjalanan, dia hanya mampu menangis. Dia sudah tidak kuat, dirinya sudah terlalu lemah.

Lelaki yang menyelamatkannya itu ialah Megat. Megat masih tidak mengetahui bahawa gadis yang diselamatkan dirinya itu merupakan anakanda tuanku permaisuri yang sedang diburu olehnya. Megat telah menyaksikan kejadian yang menyayat hati itu sejak awal lagi. Pada mulanya dia tidak mahu masuk campur dalam kejadian itu. Akan tetapi hatinya tergerak untuk menyelamatkan Cahya Rembulan yang ingin ditetak oleh orang jahat itu.

Megat yang sedang menunggang kuda sumbu menyedari bahawa Cahya Rembulan menangis sedari tadi lagi. Dia tahu perkara yang dihadapi Cahya Rembulan tersangatlah berat, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Setelah mereka keluar daripada hutan buluh dan sudah berada agak jauh, Cahya Rembulan menyuruh Megat menurunkan dirinya. Dia tidak mahu menyusahkan orang yang sudah menolongnya itu. Megat hanya menuruti perkara yang dimahukan Cahya Rembulan.

Selepas turun daripada kuda sumbu, Cahya Rembulan mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih kerana telah menyelamatkan hamba." ujar Cahya Rembulan seraya membongkokkan sedikit badannya tanda hormat.

"Sama-sama kasih." balas Megat ringkas. Semasa Megat memalingkan kepalanya ke arah Cahya Rembulan, dia terkejut kerana melihat kalung yang dipakai oleh Cahya Rembulan. Kalung itu sama persis dengan kalung yang dipakai Puteri Atma Mutiyara. Tetapi kalung Puteri Atma Mutiyara sedikit berbeza, kalung Puteri Atma Mutiyara ialah kalung permata bunga Teratai.

Setelah menyedari akan hal itu, Megat sangat yakin bahawa Cahya Rembulan adalah anakanda tuanku permaisuri yang diburu olehnya. Selepas Cahya Rembulan agak jauh daripada dirinya, Megat menghalakan panah ke arah Cahya Rembulan. Dia ingin memanah Cahya Rembulan agar tiada lagi kelibatnya di dunia ini. Memang itulah tujuan asalnya kemari, dia ingin membunuh Cahya Rembulan!

Akan tetapi, semasa dia menarik anak panah itu. Megat menghembuskan nafas panjang seraya anak panah itu perlahan-lahan digerakkan kembali ke hadapan. Megat tidak sanggup untuk membunuh Cahya Rembulan. Selepas dia melihat kejadian yang telah menimpa gadis malang itu, dia bersimpati kepada si gadis itu. Megat juga membayangkan bahawa Cahya Rembulan sebagai anaknya. Megat juga mempunyai seorang anak perempuan. Oleh hal demikian, hatinya sebagai seorang ayah telah menjinakkan dirinya. Megat melepaskan Cahya Rembulan, dia meninggalkan Cahya Rembulan seorang diri. Megat menunggang kuda sumbu kembali ke Kampung Tasik Purnama. Tujuannya datang kemari untuk membunuh Cahya Rembulan telah berbalik kepada menyelamatkan Cahya Rembulan. Sungguh tidak dijangka-jangka.

Manakala, Cahya Rembulan meneruskan perjalanannya di dalam hutan yang gelap itu. Hanya bunyi-bunyi serangga yang menemaninya pada ketika itu. Dia sudah tidak kisah akan perkara yang akan berlaku terhadap dirinya dikemudian hari. Cahya Rembulan sudah sebatang kara, tiada sesiapa lagi yang berada disisinya. Dia meninggalkan perkampungannya sehelai sepinggang. Akhirnya setelah lama berjalan, dia merebahkan badannya berhampiran sebatang pokok. Cahya Rembulan sangat keletihan, dia melelapkan matanya selepas menyandarkan dirinya pada pokok itu.

~~~~~~~~~~

Pada pagi keesokannya, Cahya Rembulan terjaga daripada tidurnya. Kejadian yang menimpa dirinya disangkakan mimpi. Setelah menyedari dirinya berada di dalam hutan, barulah dia tersedar kejadian tragik itu ada kejadian yang benar. Dengan lemah, Cahya Rembulan bangkit dan pergi mencari sedikit makanan dan minuman.

Setelah lama berjalan, dia menjumpai sebatang sungai. Cahya Rembulan menghampiri sungai itu. Dia melepaskan sarung tangan yang dipakainya selama ini. Cahya Rembulan menadah air sungai itu menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya. Kemudian air itu diminumnya, dirinya pada ketika itu tersangatlah haus. Sarung tangan yang dilepaskannya itu sudah tidak dihiraukan lagi. Cahya Rembulan sudah tidak mahu memakai sarung tangan itu. Memandangkan dia sudah tidak perlu bersembunyi lagi dengan orang-orang kampung, tidak perlu lagi dia memakai sarung tangan yang menyimpan seribu satu kenangan pahit itu.

Semasa Cahya Rembulan sedang minum air sungai dengan lahapnya, dia terkejut kerana melihat sekujur tubuh terapung tidak jauh daripada tempatnya berada. Cahya Rembulan teragak-agak untuk pergi menyelamatkan jejaka yang berada di hadapannya itu. Cahya Rembulan langsung tidak tahu untuk berenang, sebelum ini dia tidak diizinkan oleh keluarganya untuk mendekati tasik. Kini dia perlu berhadapan dengan keadaan yang genting, mahu tidak mahu dia perlu menyelamatkan jejaka itu.

Cahya Rembulan melangkah ke dalam air tasik sebelum cuba untuk berenang. Akan tetapi, alangkah terkejutnya apabila mendapati dia sedang terapung di atas air dengan kedua-dua belah kakinya. Seakan-akan dia memijak tanah pada ketika itu. Langsung dia menuju ke arah jejaka yang sedang terapung itu, Cahya Rembulan tidak pasti bahawa jejaka itu masih bernyawa ataupun tidak. Cahya Rembulan telah menyelamatkan si jejaka itu dan dibawanya ke atas daratan. Cahya Rembulan menghulurkan jari telunjuknya ke aras lubang hidung si jejaka itu untuk memastikan bahawa si jejaka itu masih bernafas. Nafas lega dihembuskan oleh Cahya Rembulan setelah mendapati jejaka yang diselamatkannya masih bernyawa. Cahya Rembulan menggunakan sihirnya untuk mengubati si jejaka itu, dengan harapan si jejaka itu masih boleh diselamatkan.

Tubuh si jejaka itu dipenuhi dengan luka-luka. Kecederaan yang dialami si jejaka itu sangat parah. Tanpa membuang masa, Cahya Rembulan membaca mantera-mantera kepada si jejaka itu. Tubuh si jejaka itu mengeluarkan sinar-sinar cahaya selepas Cahya Rembulan membaca manteranya. Tidak lama selepas itu, jejaka itu terbatuk-batuk sejurus dirinya tersedar. Luka-luka yang berada pada tubuh sasa si jejaka itu telah pulih sepenuhnya.

"Nasib baik hamba sempat menyelamatkan kamu." ujar Cahya Rembulan dengan nada yang lemah. Tenaganya belum pulih sepenuhnya, tambahan pula dia menggunakan tenaga sihir yang banyak untuk menyelamatkan si jejaka itu.

"Terima kasih, hamba sangat terhutang budi." balas si jejaka itu setelah menyedari kesemua luka yang dialaminya telah putih. Jejaka yang berada dalam keadaan terbaring itu menongkatkan sikunya lalu mengangkat kepalanya. Kini si jejaka itu berada dalam keadaan duduk di hadapan Cahya Rembulan.

"Sama-saa..." belum sempat ucapan itu keluar sepenuhnya daripada mulut Cahya Rembulan, dirinya sudah hampir merebah bumi. Akan tetapi, Cahya Rembulan disambut oleh jejaka yang diselamatkannya sebentar tadi. Jejaka itu kebingungan, dia tidak tahu bagaimana untuk menguruskan hal tersebut. Dia termenung seketika, selepas itu dia bangun lalu mendukung Cahya Rembulan. Kini Cahya Rembulan berada dalam dakapan si jejaka itu. Jejaka itu menyusun langkahnya lalu meninggalkan tempat keberadaan mereka. Dibawanya Cahya Rembulan entah kemana.

__________

Assalamualaikum para pembaca ku yang setia. Sudah lama kita tidak bersua ya. Rindu pula hamba kepada kamu semua. Hehehehehe. (✿^‿^)

Hamba meminta maaf jikalau rasa sedih yang dialami Cahya Rembulan tidak sampai kepada tuan hamba sekalian. Hamba sudah cuba sebaik mungkin untuk mencurahkan segala rasa yang dialami oleh Cahya Rembulan.

Terima kasih banyak kerana tuan hamba sekalian sudi meluangkan masa berharga kalian untuk membaca cerita ini.

Jikalau tuan hamba sekalian mahu tahu siapa sebenarnya gerangan yang diselamatkan oleh Cahya Rembulan itu, tuan hamba perlulah meneruskan pembacaan tuan hamba! Jadi selamat membaca hamba ucapkan!

Bersambung.....

Puteri Tasik PurnamaWhere stories live. Discover now