Di dalam sebuah gua,
"Lihat ini kakanda." Puteri Atma Mutiyara menunjukkan kalung yang dipakai olehnya. Sangat sama dengan kalung yang dipakai Cahya Rembulan. Hanya berbeza pada jenis bunganya sahaja. Kalung Cahya Rembulan permata bunga Seroja manakala kalung Puteri Atma Mutiyara permata bunga Teratai.
Selain itu, Puteri Atma Mutiyara meminta pertolongan daripada Pari Intan untuk mengenal pasti identiti Cahya Rembulan. Segala yang diucapkan Pari Intan adalah benar. Cahya Rembulan masih tidak mahu percaya, bukan tidak percaya tapi tidak mahu. Hatinya masih berat untuk menerima, Cahya Rembulan bertanyakan indentiti Indera Tapa kepada Pari Intan. Cahya Rembulan hanya mahu memastikan bahawa Pari Intan tidak menipunya, boleh sahaja Puteri Atma Mutiyara memberitahu identiti dirinya kepada Pari Intan. Jikalau identiti Indera Tapa sudah pasti Pari Intan tidak mengetahui. Pari Intan pun memberi tahu identiti Indera Tapa yang mana dia ialah seekor Serigala Bermata Ungu. Pari Intan memberi tahu kuasa yang dimiliki oleh Indera Tapa bahkan mengenai Indera Tapa yang tidak memiliki ahli keluarga. Selepas mendengar perkara itu, Cahya Rembulan sedikit terkejut. Nasib dirinya sama dengan Indera Tapa. Walaupun begitu, Cahya Rembulan masih mempunyai ahli keluarga yang lain tetapi Indera Tapa tidak mempunyai sesiapa lagi. Akhirnya Cahya Rembulan mengalah, dia mempercayai segala yang diceritakan Puteri Atma Mutiyara.
"Bagaimana dengan keadaan Nek Embun?" tanya Puteri Atma Mutiyara.
Cahya Rembulan menundukkan pandangannya ke bawah. Tanah dikais-kais olehnya menggunakan sebatang ranting. Cahya Rembulan menceritakan kisah pilu yang dialaminya sekeluarga. Dia memberitahu bahawa Nek Embun dan ahli keluarganya yang lain sudah terkorban. Puteri Atma Mutiyara bersimpati akan hal demikian, baginda berjanji untuk memberikan kehidupan yang lebih bahagia kepada kakandanya itu.
~~~~~~~~~~
Di hadapan gua, langkah Arjuna Sukma dan Indera Tapa terhenti setelah mendengar tangisan Puteri Atma Mutiyara memasa memeluk Cahya Rembulan. Mereka berdua mendengar perbualan itu sehingga perbualan itu habis. Perkara yang belum diketahui mereka akhirnya dapat mereka ketahui.
Arjuna Sukma baru mengetahui bahawa Indera Tapa tidak mempunyai ahli keluarga.
Indera Tapa dapat mengetahui perkara yang telah berlaku kepada Cahya Rembulan.
Mereka berdua juga dapat mengetahui bahawa Puteri Atma Mutiyara dan Cahya Rembulan adalah bersaudara.
Arjuna Sukma dan Indera Tapa saling bertatapan.
"Maafkan aku, aku tidak tahu selama ini kamu hidup berseorangan." pinta Arjuna Sukma.
"Tidak mengapa, aku yang mula dahulu. Aku tidak puas hati dengan perkara yang kamu miliki." balas Indera Tapa seraya menunduk ke bawah. Dia berasa bersalah kerana selama ini mencari gaduh dengan Arjuna Sukma.
Selepas itu, Arjuna Sukma menghampiri Indera Tapa lalu dipeluk sahabatnya itu dengan kuat. Belakang Indera Tapa ditepuk-tepuk.
"Selepas ini kamu bagitau sahaja kamu mahu apa, akan aku bagi. Tidak usah berasa serba salah, sekarang kita sudah bersahabat." ujar Arjuna Sukma semasa masih berpelukan.
"Terima kasih Arjuna." balas Indera Tapa.
Selepas saling bermaaf-maafan, mereka masuk ke dalam gua.
__________
Untuk pengetahuan para pembaca, Arjuna Sukma dan Indera Tapa adalah sebaya! ╰(^3^)╯
YOU ARE READING
Puteri Tasik Purnama
Fantasy[ fantasi ] Tasik Purnama telah terkena sumpahan! Disebabkan sumpahan ini, penduduknya yang terdiri dari suku Seroja dan suku Teratai mula berpecah belah. Kedua suku ini memiliki kuasa bunga yang luar biasa hebatnya. Pada suatu hari, seorang ahli s...