10 : Rumah Pohon

58 5 0
                                    

Pada waktu tengah hari, kelihatan Puteri Atma Mutiyara sedang makan bersama-sama sahabat barunya, Arjuna Sukma. Banyak yang mereka bualkan daripada pagi lagi. Puteri Atma Mutiyara mendapat tahu bahawa ayah kepada Arjuna Sukma mengenali Nek Embun.

Ayah Arjuna Sukma ialah Gilang. Pemuda yang memberikan tempat berteduh kepada Nek Embun pada 19 tahun yang lalu. Ayahnya pergi bertapa di dalam hutan sewaktu umur Arjuna Sukma mencapai usia dua tahun. Tujuan ayahnya pergi bertapa untuk memulihkan kembali kuasanya yang telah memudar. Gilang terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya dirumah. Hal ini kerana jikalau dibiarkan lebih lama lagi, kuasanya akan beransur-ansur hilang. Oleh itu tiada pilihan lain untuk dirinya, dia terpaksa meninggalkan anaknya yang masih kecil itu bersama-sama isterinya, Ayu Baiduri. Selepas Gilang berjaya mendapat kuasanya sepenuhnya, dia kembali pulang ke pangkuan isteri dan anaknya itu.

Ayu Baiduri iaitu ibu kepada Arjuna Sukma telah meninggal dunia sewaktu Arjuna Sukma berumur tujuh tahun. Kini Arjuna Sukma tinggal bersama-sama ayahnya di rumah pohon itu. Rumah pohon yang berada di tepi tasik. Sungguh cantik pemandangan di situ jikalau dilihat daripada atas rumah pohon. Selepas selesai makan, Puteri Atma Mutiyara melihat pemandangan di kawasan itu. Seketika Puteri Atma Mutiyara teringat akan hal yang menimpanya pada pagi tadi.

Selepas kejadian janggal yang menimpa baginda pagi tadi, Arjuna Sukma dan Puteri Atma Mutiyara menuju ke rumah pohon. Puteri Atma Mutiyara meninggalkan Pelangi Sakti di bawah manakala baginda dan Arjuna Sukma naik ke atas. Arjuna Sukma memanjat tangga yang berada pada dahan rumah pohon itu terlebih dahulu, lalu diikuti dengan Puteri Atma Mutiyara. Selepas Arjuna Sukma sampai ke atas, dia melihat ke bawah dan memerhati Puteri Atma Mutiyara yang sedang memanjat itu. Riak wajah Puteri Atma Mutiyara ketika itu seperti berada di dalam kesusahan. Memang dirinya dalam kesusahan, kesusahan untuk memanjat tangga rumah pohon itu. Mungkin kerana tidak terbiasa akan hal demikian.

Arjuna Sukma yang sedari tadi memerhatikan Puteri Atma Mutiyara tergelak kecil. Terhibur melihat Puteri Atma Mutiyara yang gigih berusaha untuk sampai ke atas itu. Akhirnya Puteri Atma Mutiyara hampir sampai di atas rumah pohon. Arjuna Sukma menghulurkan tangannya untuk menolong Puteri Atma Mutiyara. Puteri Atma Mutiyara menyambut tangan Arjuna Sukma. Akibat Arjuna Sukma menarik tangan Puteri Atma Mutiyara dengan tenaga yang kuat, mereka telah terjatuh ke atas lantai. Hal ini menyebabkan, Puteri Atma Mutiyara tidak sengaja jatuh ke dalam dakapan Arjuna Sukma. Sudah kali kedua kejadian yang janggal menimpa dirinya. Malu sungguh!

Kini mereka saling bertatapan, jarak antara wajah mereka hanya satu jengkal sahaja. Menyedari akan hal itu, Puteri Atma Mutiyara bangun sepantas kilat, jantungnya berdegup kencang. Perasaan apakah ini? tanya Puteri Atma Mutiyara di dalam hati. Selepas Puteri Atma Mutiyara berdiri, Arjuna Sukma juga turut berdiri. Muka mereka berdua sudah kemerah-merahan akibat menahan malu. Mereka tidak berani untuk menatap wajah masing-masing, hanya diam membisu memandang ke bawah. Tidak lama selepas itu, ayah kepada Arjuna Sukma iaitu Gilang muncul di hadapan mereka. Gilang berbual seketika dengan Puteri Atma Mutiyara.

Puteri Atma Mutiyara menceritakan akan hal yang membawanya ke dalam hutan. Baginda juga menceritakan tentang Nek Embun. Selepas mendengar nama Nek Embun disebut, air muka Gilang berubah. Gilang mengatakan bahawa dia mengenali nenek yang bernama Nek Embun itu. Gilang menceritakan kejadian 19 tahun yang lalu. Selain itu, Puteri Atma Mutiyara juga mengetahui maksud disebalik petunjuk buluh yang diberikan oleh Nek Embun. Buluh itu merupakan petunjuk kepada perkampungan manusia iaitu Kampung Sentosa. Tempat dimana Nek Embun berada. Selepas mengetahui akan hal itu, baginda bercadang untuk menuju ke sana pada waktu petang. Disebabkan matahari sudah tegak di atas dan menyebabkan hari menjadi semakin panas, baginda memilih untuk berangkat pada waktu petang.

Perjalanan ke Kampung Sentosa dari rumah pohon memakan masa satu hari. Akan tetapi perjalanan ke Kampung Sentosa dari Kampung Tasik Purnama memakan masa 1½ hari. Siapakah yang akan sampai dahulu di Kampung Sentosa? Adakah Megat atau Puteri Atma Mutiyara? Jikalau mengikut masa bertolak Puteri Atma Mutiyara, baginda akan sampai pada petang esok. Akan tetapi Megat sudah bertolak pada waktu malam bersamaan dengan Puteri Atma Mutiyara, jadi dia akan sampai pada tengah hari esok. Jadi Megat dapat mendahului Puteri Atma Mutiyara.

"Atmaaa!" panggil Arjuna Sukma.

Puteri Atma Mutiyara tersedar daripada lamunannya. Dia mencari-cari si pemilik suara itu. Tiada kelibat Arjuna Sukma di rumah pohon, rupa-rupanya Arjuna Sukma telah berada di bawah. Puteri Atma Mutiyara pun menjawab laungan Arjuna Sukma sebentar tadi.

"Iya, ada apa?" balas Puteri Atma Mutiyara. Puteri Atma Mutiyara turun ke bawah dan menuju ke arah Arjuna Sukma yang berada di tepi tasik.

"Kenapa panggil hamba?" tanya Puteri Atma Mutiyara.

"Sahaja, aku mahu mengajak kamu melihat tasik ini." balas Arjuna Sukma.

"Hamba mahu tunjukkan kamu sesuatu." ujar Puteri Atma Mutiyara.

Puteri Atma Mutiyara menuju ke arah tasik itu, lalu baginda berjalan di atas air. Baginda berlari-lari di atas air seraya menghulurkan tapak tangannya pada permukaan air. Tangannya bercahaya, lalu bunga-bunga Teratai yang sangat menawan mula timbul. Baginda melihat ke arah Arjuna Sukma seraya melontarkan senyuman yang manis. Arjuna Sukma kagum akan hal demikian, dia menunjukkan riak wajah yang teruja. Selepas itu, Puteri Atma Mutiyara kembali ke samping Arjuna Sukma.

"Sungguh cantik bunga-bunga Teratai itu." puji Arjuna Sukma sambil tersenyum manis.

Puteri Atma Mutiyara mengucapkan terima kasih dengan wajah yang bahagia. Baginda gembira kerana dapat menunjukkan perkara itu kepada Arjuna Sukma. Puteri Atma Mutiyara dan Arjuna Sukma duduk sambil melihat pemandangan tasik yang terbentang luas dihadapan mereka. Arjuna Sukma bercadang untuk menemani Puteri Atma Mutiyara pergi ke Kampung Sentosa. Arjuna Sukma sudah mahir akan jalan untuk menuju ke sana. Sebelum sampai di Kampung Sentosa, mereka perlu melalui satu jalan yang dipenuhi dengan buluh. Jalan buluh itu seakan-akan di Hutan Buluh Sagona di Arashiyama, Kyoto, Jepun. Jalan buluh itu terlihat sangat indah.

Di samping Puteri Atma Mutiyara, Arjuna Sukma sedang mengasah mata panah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di samping Puteri Atma Mutiyara, Arjuna Sukma sedang mengasah mata panah. Puteri Atma Mutiyara hanya memerhati Arjuna Sukma yang sedang gigih mengasah itu. Sejenak Puteri Atma Mutiyara terfikir akan sesuatu hal, lalu mengajukan soalan kepada Arjuna Sukma.

"Arjuna, mengapa kamu memerlukan panah untuk berburu sedangkan kamu boleh berburu sebagai harimau?" tanya Puteri Atma Mutiyara kebingungan.

Arjuna Sukma pun menceritakan sebab dirinya perlu memanah untuk berburu. Arjuna Sukma mengatakan dengan memanah dia lebih mudah mendapatkan mangsa. Puteri Atma Mutiyara menjadi semakin kebingungan.

__________

Adakah tuan hamba sekalian juga kebingungan?

Nantikan jawapan Arjuna Sukma pada halaman seterusnya!

Bersambung.....

Puteri Tasik PurnamaWhere stories live. Discover now