11 : Musuh

57 5 0
                                    

Arjuna Sukma mengatakan bahawa dirinya sukar untuk mendapatkan mangsa jikalau berburu sebagai harimau. Hal ini kerana belang pada badanya akan mengeluarkan cahaya. Arjuna Sukma merupakan Harimau Belang Bercahaya. Apabila dia pergi memburu, cahayanya itu akan menarik perhatian mangsa. Oleh itu, mangsa akan menyedari kewujudannya pada ketika itu. Jadi dia membuat keputusan untuk memanah semasa berburu. Ayahnya Gilang juga menggunakan cara itu semasa berburu.

Cahaya pada belang Arjuna Sukma itu dapat membantunya menewaskan musuh. Pada waktu-waktu tertentu, cahaya itu akan menjadi berbahaya. Musuh yang terkena cahaya putih yang berkilauan itu akan menjadi semakin lemah.

Pada petang itu, mereka bertolak menuju ke Kampung Sentosa. Puteri Atma Mutiyara menunggang Pelangi Sakti manakala Arjuna Sukma bertukar sebagai Harimau Belang Bercahaya. Mereka berjalan secara bersebelahan. Semasa di dalam perjalanan, mereka berjumpa dengan musuh kepada Arjuna Sukma. Musuh Arjuna Sukma menyebabkan perjalanan mereka menjadi semakin perlahan.

~~~~~~~~~~

Dari kejauhan, seekor Serigala Bermata Ungu sedang memerhati Arjuna Sukma dan Puteri Atma Mutiyara. Serigala itu hanya menunggu masa untuk menyerang mereka. Serigala itu mula merangkak mendekati mereka berdua. Setelah semakin hampir, serigala itu menerjah mereka berdua. Alangkah terkejutnya Pelangi Sakti sehingga membuatkan badannya terangkat lalu menjatuhkan Puteri Atma Mutiyara. Setelah itu, Pelangi Sakti pergi meninggalkan mereka. Serigala Bermata Ungu itu ingin mendekati Puteri Atma Mutiyara tetapi dihalang oleh Arjuna Sukma, Harimau Belang Bercahaya.

Kini, Harimau Belang Bercahaya dan Serigala Bermata Ungu saling berhadapan. Mereka beradu ngauman, sebelum mereka saling menerkam antara satu sama lain. Puteri Atma Mutiyara yang berada tidak begitu jauh hanya melihat pergaduhan yang hebat itu dalam kebimbangan. Baginda bersembunyi di sebalik pohon yang berada disitu. Serigala itu telah mencakar si harimau belang itu. Badan Harimau Belang Bercahaya itu telah berdarah. Walaupun begitu, dia masih bertahan. Harimau itu tidak akan menyerah, dia mahu melindungi Puteri Atma Mutiyara.

Serigala Bermata Ungu itu juga mempunyai kuasa yang berbahaya. Serigala itu dapat mengeluarkan cahaya ungu melalui matanya. Cahaya itu dapat menyebabkan luka jikalau terkena.

Harimau dan serigala masih berlawan sesama sendiri. Mereka saling cakar mencakar, serigala itu cuba menembak harimau dengan cahaya ungu pada mayatnya itu tetapi tidak kena. Perlawanan menjadi semakin sengit. Harimau itu akhirnya menggunakan cahaya belang pada badannya kerana dia sudah tidak mampu untuk bertahan. Cahaya yang berkilau terkena pada badan Serigala Bermata Ungu. Kemudian badan serigala mengeluarkan cahaya sebelum dirinya bertukar menjadi seorang manusia. Badannya pada ketika itu sudah terlalu lemah, dia lalu meninggalkan kawasan itu. Sementara itu, harimau yang tadinya mengeluarkan cahaya telah kehabisan tenaga. Harimau itu juga telah bertukar menjadi seorang manusia iaitu Arjuna Sukma. Selepas bertukar, Arjuna Sukma terbaring lemah. Puteri Atma Mutiyara yang sedang memerhati dari tadi lagi berlari menuju ke arah Arjuna Sukma.

Terdapat beberapa luka yang berada pada badan Arjuna Sukma. Luka yang agak dalam berada pada tangan dan di atas belakang Arjuna Sukma. Pada bahagian badan yang lain juga terdapat beberapa luka-luka kecil. Puteri Atma Mutiyara telah menyandarkan Arjuna Sukma pada sebatang pokok, lalu baginda meninggalkan Arjuna Sukma di situ. Puteri Atma Mutiyara pergi mencari herba ajaib untuk mengubati Arjuna Sukma. Puteri Atma Mutiyara mengetahui tentang herba-herba ajaib kerana dia pernah belajar sewaktu di dalam kelas perubatan di istana. Terdapat beberapa kelas lagi yang perlu baginda pelajari, itulah kehidupan seorang kerabat diraja, mereka perlu mempelajari pelbagai kemahiran.

Puteri Atma Mutiyara melihat ke arah kanan dan kemudian ke arah kiri. Baginda cuba mencari herba yang boleh dijadikan ubat untuk luka Arjuna Sukma. Selepas puas mencari, akhirnya baginda menjumpai satu herba ajaib. Baginda sangat bertuah pada ketika itu kerana menjumpai Daun Senduduk. Puteri Atma Mutiyara memetik beberapa helai Daun Senduduk untuk dijadikan herba. Kemudian, Puteri Atma Mutiyara berlari menuju ke arah tempat Arjuna Sukma berada. Puteri Atma Mutiyara menumbuk-numbuk dedaun itu dengan menggunakan batu. Selepas dedaun itu hancur, Puteri Atma Mutiyara meletakkan herba itu pada luka Arjuna Sukma. Sebelum itu, Puteri Atma Mutiyara telah mencarikan selendangnya itu kepada dua bahagian untuk membalut luka tersebut. Pada mulanya Puteri Atma Mutiyara meletakkan herba pada tangan Arjuna Sukma, lalu membalut tangannya dengan selendang yang dipakai oleh baginda. Selepas itu, Puteri Atma Mutiyara menyelak pakaian yang dipakai oleh Arjuna Sukma untuk meletakkan herba pada bahagian belakang.

Arjuna Sukma hanya memerhati Puteri Atma Mutiyara yang merawatnya itu. Dia menyedari bahawa Puteri Atma Mutiyara sedikit kesukaran untuk meletakkan herba tersebut pada bahagian belakang. Disebabkan hal itu, Arjuna Sukma melepaskan pakaian yang di pakai olehnya lalu diletakkan pada bahagian hadapan badan. Wajah Puteri Atma Mutiyara sedikit kemerahan akibat menahan malu. Akan tetapi baginda terpaksa merawat Arjuna Sukma yang kelemahan itu. Kemudian baginda meletakkan herba pada bahagian belakang Arjuna Sukma, dengan berhati-hati baginda meletakkan herba tersebut.
Puteri Atma Mutiyara kemudian membalut luka itu, dirinya mengalami sedikit kejanggalan untuk membalut luka itu. Hal ini kerana baginda terpaksa memeluk Arjuna Sukma untuk menarik selendang yang berupaya untuk menyokong herba pada bahagian belakang. Kemudian baginda mengikat balutan tersebut pada bahagian hadapan Arjuna Sukma. Arjuna Sukma mengalihkan pakaian yang menutupi bahagian hadapan badannya itu, lantas Puteri Atma Mutiyara sedikit menunduk untuk mengikat balutan tersebut. Jantung Arjuna Sukma pada ketika itu berdegup laju, begitu juga dengan Puteri Atma Mutiyara. Walaupun begitu, mereka berdua bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pada luka-luka kecil pula, Puteri Atma Mutiyara hanya meletakkan herba begitu sahaja tanpa perlu membalut luka itu.

Akhirnya, kesemua luka-luka telah dibalut. Mereka berehat seketika menunggu luka-luka itu membaik. Herba ajaib itu mampu merawat luka dalam waktu yang singkat. Hari sudah menjadi semakin gelap, Puteri Atma Mutiyara sudah tersengguk-sengguk, Arjuna Sukma yang melihat akan hal itu tersenyum lemah. Pada akhirnya mereka terlelap. Pada ketika itu mereka duduk secara bersebelahan. Semasa mereka tidur, Puteri Atma Mutiyara secara tidak sengaja bersandar pada bahu Arjuna Sukma. Mereka berdua tidak menyedari akan hal demikian.

Pada pagi keesokan harinya, Arjuna Sukma pun terjaga. Dia sedikit terkejut kerana kini Puteri Atma Mutiyara sedang bersandar di bahunya. Dia mengalihkan kepala Puteri Atma Mutiyara secara perlahan-lahan daripada bahunya. Arjuna Sukma merasakan bahawa lukanya sudah sembuh sepenuhnya dan balutan-balutan itu dibuka olehnya. Kemudian dia memakai kembali pakaiannya itu. Setelah itu, Puteri Atma Mutiyara telah dikejutkan olehnya.

"Atma, Atma." Arjuna Sukma mengejutkan Puteri Atma Mutiyara dengan menepuk-nepuk bahu baginda.

Puteri Atma Mutiyara pun terjaga daripada tidurnya. Baginda menggosok-gosok matanya yang sedang keletihan itu.

"Adakah luka kamu sudah sembuh?" tanya Puteri Atma Mutiyara.

"Iya sudah, terima kasih kerana berkat dirimu luka hamba sudah sembuh sepenuhnya." ucap Arjuna Sukma.

"Sama-sama kasih, itu sudah menjadi tanggungjawab hamba sebagai sahabat kamu." balas Puteri Atma Mutiyara sambil tersenyum manis.

Arjuna Sukma sangat tersentuh dengan bantuan yang diberikan oleh Puteri Atma Mutiyara kepada dirinya. Sebelum meneruskan perjalanan, Arjuna Sukma membantu Puteri Atma Mutiyara mencari Pelangi Sakti yang berlari kerana terkejut disebabkan Serigala Bermata Ungu yang muncul secara tiba-tiba di hadapan mereka. Setelah agak lama mereka mencari, akhirnya Pelangi Sakti dijumpai oleh mereka. Pelangi Sakti itu sedang meragut rumput-rumput yang menghijau. Selepas itu, mereka meneruskan kembali perjalanan mereka. Seperti sebelumnya, Puteri Atma Mutiyara menunggang Pelangi Sakti manakala Arjuna Sukma bertukar menjadi Harimau Belang Bercahaya.

Bersambung.....

Puteri Tasik PurnamaWhere stories live. Discover now