15 : Gua

58 6 0
                                    

Cahya Rembulan terjaga dari ketidaksedaran dirinya, dia memerhati di sekeliling. Unggun api yang marak menyala ditenungnya. Kini dia berada di dalam sebuah gua. Hanya dirinya yang berada di situ. Dia mengingat kembali perkara yang berlaku kepada dirinya. Akan tetapi, semasa dia mencuba mengingati akan hal itu, kepalanya berdenyut dasyat.

"Aduhh!" ujar Cahya Rembulan kesakitan lantas memegang kepalanya.

Suatu suara datang menyapa dari kegelapan, seorang jejaka muncul di dalam pandangannya.

"Kamu masih tidak sihat, jangan banyak gerak." kata si jejaka itu seraya melemparkan kayu ke dalam unggun api.

"Siapakah kamu? Kenapa hamba disini?" tanya Cahya Rembulan kebingungan, dia tidak dapat mengingati perkara yang telah dialaminya.

"Hamba, Indera Tapa. Kamu yang telah menyelamatkan hamba di sungai." jawab si jejaka itu.

Cahya Rembulan melihat ke arah si jejaka itu. Mata ungu si jejaka ditenung olehnya. Dia terpukau dengan mata yang dimiliki si jejaka itu. Baru pertama kali dia melihat mata yang sedemikian. Matanya berwarna ungu lembut, sedikit bersinar jikalau dilihat dalam gelap.

Cahya Rembulan termenung seketika selepas Indera Tapa berkata sedemikian. Akhirnya dia dapat mengingati kembali perkara yang berlaku kepada dirinya.

"Oh, baru hamba ingat." ujar Cahya Rembulan.

"Nama hamba Cahya Rembulan." Cahya Rembulan mengenalkan dirinya kepada Indera Tapa yang duduk tidak jauh daripada dirinya itu.

Indera Tapa sedang menghangatkan dirinya di depan unggun api. Kedua-dua belah tapak tangannya dihalakan ke arah unggun api. Cahya Rembulan mengikuti perkara yang dilakukan oleh Indera Tapa. Indera Tapa menyedari akan ukiran yang berada di tapak tangan kanan Cahya Rembulan. Indera Tapa berasa bahawa dia pernah melihat seseorang yang memiliki ukiran yang hampir sama dengan kepunyaan Cahya Rembulan. Walaupun begitu, dia tidak begitu menghiraukan hal tersebut. Indera Tapa kembali menghangatkan dirinya.

~~~~~~~~~~

Di hadapan sebuah gua, Indera Tapa menyuruh Cahya Rembulan untuk menunggu dirinya. Indera Tapa ingin keluar memburu makanan tengah hari. Cahya Rembulan hanya menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Selepas itu, Cahya Rembulan melihat perkara yang belum pernah dilihatnya sebelum ini. Indera Tapa menjadi seekor serigala. Cahya Rembulan kagum akan hal itu, dirinya baru tahu bahawa Indera Tapa boleh bertukar menjadi seekor serigala. Rupa-rupanya Indera Tapa adalah Serigala Bermata Ungu. Indera Tapa adalah serigala yang sama yang mana menyerang Arjuna Sukma dan Puteri Atma Mutiyara. Indera Tapa juga merupakan musuh ketat Arjuna Sukma.

Sewaktu dirinya hendak pulang ke gua selepas tercedera akibat bergaduh dengan Arjuna Sukma, dia
tergelincir ke dalam sungai akibat hari sudah gelap. Disebabkan kuasa yang dimilikinya, dia boleh bertahan sehingga keesokan harinya. Jikalau dibiarkan lebih lama lagi sudah pasti dirinya itu sudah Innalillahiwainnalillahirajiun. Oleh hal demikian, dia sangat terhutang budi dengan Cahya Rembulan.

~~~~~~~~~~

Serigala Bermata Ungu itu ligat mencari mangsanya. Sudah lama dirinya mencari mangsa yang sesuai untuk santapan dirinya dan Cahya Rembulan. Kebiasaannya dia tidak berapa kisah akan mangsa yang diburunya. Akan tetapi pada hari itu, dia ingin membalas jasa Cahya Rembulan yang telah membantunya. Indera Tapa ingin mencari sesuatu yang lebih memuaskan.

Setelah sekian lamanya dia merangkak ke hulu ke hilir, akhirnya dia menjumpai mangsa yang dinanti-nantikan kemunculannya. Tatapan serigala itu tidak beralih pada seekor kijang yang berada tidak jauh daripadanya. Kijang itu dengan lahapnya mengunyah pucuk-pucuk. Tanpa disedari oleh kijang itu, dengan pantas serigala menerkam dirinya. Matilah kijang ditangan serigala itu. Serigala itu dengan senang hati membawa mangsanya ke gua yang dihuninya.

Puteri Tasik PurnamaWhere stories live. Discover now