21 : Sihir Air Tasik

62 6 0
                                    

Sementara Puteri Cahya Rembulan sedang merehatkan mindanya di taman istana, Puteri Atma Mutiyara sibuk bermain-main dengan riangnya di tasik. Puteri Atma Mutiyara tidak keseorangan, baginda ditemani oleh dua pari-pari kecil molek, Pari Intan dan Pari Cahya.

Walaupun begitu, malang tidak berbau. Sesuatu yang buruk terjadi kepada Puteri Atma Mutiyara. Baginda telah lemas di dalam tasik itu. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Semasa Puteri Atma Mutiyara sedang asyik bermain-main pada permukaan tasik, satu tembakan sinaran cahaya terkena pada Puteri Atma Mutiyara. Puteri Atma Mutiyara hilang kawalan selepas terkena tembakan tersebut. Puteri Atma Mutiyara juga seolah-olah menjadi patung, dirinya tidak boleh bergerak selepas terkena tembakan tersebut.

~~~~~~~~~~

Dari kejauhan, kelihatan seorang pemuda berselubung hitam sedang memerhati Puteri Atma Mutiyara yang riang-ria bermain pada permukaan tasik. Pemuda berselubung hitam itu hanya menunggu masa untuk menyerang Puteri Atma Mutiyara. Selepas dia melihat tiada sebarang halangan yang dapat menghalang rancangan jahatnya yang bagai api dalam sekam itu, dia terus menghalakan tangannya ke arah keberadaan Puteri Atma Mutiyara.

Shuhhhhh...bunyi satu sinaran cahaya melintasi liku-liku kehidupan menuju tepat ke arah Puteri Atma Mutiyara.
[ Maaf, hamba tiada idea untuk menjelaskan mengenai bunyi shuhhh ini. Adakah tuan hamba sekalian dapat membayangkan akan hal ini? ಥ_ಥ ]

Tembakan yang dilepaskan daripada pemuda berselubung hitam itu terkena pada Puteri Atma Mutiyara. Lalu terjatuh lah Puteri Atma Mutiyara ke dalam tasik. Dirinya sudah terkunci, kini baginda tidak mampu bergerak lagi. Puteri Atma Mutiyara tenggelam ke dasar tasik. Pemuda berselubung hitam itu merupakan seorang ahli sihir yang mempunyai dendam terhadap suku Teratai. Pemuda berselubung hitam ini juga merupakan orang yang sama yang telah dikejar oleh Indera Tapa pada malam majlis di istana.

Pari Intan dan Pari Cahya sangat terkejut setelah menyedari Puteri Atma Mutiyara tenggelam ke dasar tasik. Dengan pantas Pari Intan pergi meminta bantuan manakala Pari Cahya berada di tempat keberadaan Puteri Atma Mutiyara yang sedang tenggelam.

Pari Intan beterbangan ke sana dan ke mari. Tiada satu orang pun yang dapat dia meminta pertolongan. Akhirnya dia ingat akan Puteri Cahya Rembulan yang sedang berada di taman istana. Pari Intan dengan laju terbang ke arah taman istana.

"Tolong, tolong!" jerit Pari Intan.

Puteri Cahya Rembulan yang masih ditenggelami oleh lamunannya itu tidak menyedari akan kehadiran Pari Intan.

"Puteri Cahya, Puteri Cahya!" panggil Pari Intan dengan suara yang lantang.

Puteri Cahya Rembulan yang sedang duduk di atas bangku itu tersedar daripada lamunannya. Baginda melihat ke kiri dan ke kanan sebelum menyedari Pari Intan yang sedang berada di hadapannya itu.

"Puteri Cahya tolong Puteri Atma, Puteri Atma terjatuh ke dalam tasik!" ujar Pari Intan dengan gelisah.

"Apa? Macam mana boleh terjadi?" tanya Puteri Cahya Rembulan kepada Pari Intan.

Belum sempat Pari Intan menjawab soalan yang diajukan Puteri Cahya Rembulan, Puteri Cahya Rembulan bangkit daripada tempat duduknya dan baginda membuka langkah seribu menuju ke arah tasik. Puteri Cahya Rembulan sangat risau akan perkara yang terjadi kepada adindanya itu.

Sesampainya di tasik, Pari Cahya menunjukkan tempat keberadaan Puteri Atma Mutiyara yang tenggelam itu. Puteri Cahya Rembulan mencari ilham untuk menyelamatkan adindanya. Akhirnya baginda mendapat satu ilham iaitu dengan menggunakan kuasa yang diajar Puteri Atma Mutiyara sebentar tadi. Walaupun sebelum ini baginda tidak berjaya untuk menggunakan kuasa itu, tetapi demi adindanya baginda perlu mencubanya.

Puteri Cahya Rembulan menarik nafas panjang terlebih dahulu sebelum mencuba menggunakan kuasanya. Kali ini dirinya perlu memberi sepenuh perhatian dan tambahan pula dirinya perlu menggunakan lebih tenaga kerana untuk menimbulkan Puteri Atma Mutiyara memerlukan lebih banyak bunga Seroja.

"Bismillahirrahmanirrahim." ucap Puteri Cahya Rembulan.

Puteri Cahya Rembulan lantas menghalakan tapak tangan kanannya ke arah Puteri Atma Mutiyara yang tenggelam itu. Matanya ditutup rapat, debu-debu kilauan yang banyak beterbangan di sekitar mereka. Alhamdulillah, dengan sekali cubaan, Puteri Atma Mutiyara timbul di dasar tasik. Kemudian Puteri Cahya Rembulan membawa adindanya yang sudah lemah longlai itu naik ke darat. Tanpa membuang masa, Puteri Cahya Rembulan menggunakan sihirnya untuk menyelamatkan Puteri Atma Mutiyara. Kedua-dua belah tangannya di halakan ke arah Puteri Atma Mutiyara yang terbaring lemah itu.

Puteri Cahya Rembulan berasa risau kerana sihirnya itu tidak berkesan kepada Puteri Atma Mutiyara. Puteri Cahya Rembulan sangat takut kerana baginda berfikir bahawa ajal Puteri Atma Mutiyara sudah mendekat. Puteri Cahya Rembulan mencuba sekali lagi akan tetapi dirinya tetap tidak berhasil. Dirinya sudah mulai lemah kerana terlalu banyak tenaga sihir telah digunakannya. Puteri Cahya Rembulan akhirnya merebahkan badannya pada Puteri Atma Mutiyara. Puteri Cahya Rembulan menangis teresak-esak. Perkara yang sama berulang kepada dirinya. Hatinya berkecai untuk kali kedua.

Akan tetapi, satu sinaran yang sangat hebat mengelilingi mereka pada ketika itu. Sinaran itu telah menerobos seluruh Kampung Tasik Purnama.

"Kakanda." panggil Puteri Atma Mutiyara.

"Adinda!" ujar Puteri Cahya Rembulan seraya memeluk adindanya itu.

Sihir yang digunakan Puteri Cahya Rembulan terkesan kepada Puteri Atma Mutiyara. Puteri Cahya Rembulan hampir berputus asa. Puteri Cahya Rembulan sangat bersyukur kerana adindanya diberi kesempatan untuk terus hidup.

Mereka berdua saling berpelukan.

~~~~~~~~~~

Semasa sinaran cahaya menerobos seluruh Kampung Tasik Purnama, penduduk kampung menyedari akan hal itu. Mereka semua memerhati sekeliling untuk mencari tahu apa yang sebenarnya berlaku. Berbalik pula pada seorang ahli nujum. Para ahli nujum yang telah menyedari akan hal yang terjadi pergi menghadap tuanku permaisuri. Mereka ingin menyampaikan berita baik kepada Permaisuri Mayang Kasturi.

Perkara yang ingin disampaikan ialah sumpahan yang menimpa kampung mereka selama ini telah terhapus. Setelah kejadian itu, para ahli nujum juga sudah mendapat tahu makna disebalik Sihir Air Tasik.
Sihir Air Tasik iaitu sihir yang digunakan untuk adik beradik yang berbeza suku. Puteri Cahya Rembulan dari suku Seroja telah menggunakan sihirnya untuk menyelamatkan adindanya yang mana dari suku Teratai. 'Air' itu bermaksud hubungan adik beradik yang tidak akan pernah putus, air dicincang tidak akan putus. 'Tasik' pula merujuk kepada Kampung Tasik Purnama. Mereka berdua adalah berasal dari Kampung Tasik Purnama. Walaupun Puteri Cahya Rembulan dilahirkan di Kampung Sentosa, akan tetapi baginda pada awalnya merupakan sebahagian daripada mereka semua.

Berita itu kemudian disebarkan kepada semua penduduk kampung. Mereka semua sangat gembira sehingga melompat-lompat keriangan. Selepas daripada kejadian itu, tiada lagi perbalahan yang berlaku antara dua suku tersebut. Mereka hidup aman dan damai. Kini suku Seroja dan suku Teratai kembali seperti sedia kala.

~~~~~~~~~~

Puteri Cahya Rembulan dan Puteri Atma Mutiyara sangat gembira setelah mendengar akan hal baik itu. Tidak lupa juga dengan Permaisuri Mayang Kasturi. Permaisuri Mayang Kasturi kini bahagia bersama-sama anakandanya, Puteri Cahya Rembulan dan Puteri Atma Mutiyara. Mereka memimpin Tasik Purnama dengan saksamanya.

__________

Pengajaran yang dapat kita contohi ialah kita tidak boleh menyimpan dendam kerana dendam itu akan menyakitkan diri sendiri dan dendam itu akan menimbulkan sesuatu yang lebih buruk lagi.

Terima kasih kerana telah sudi membaca kisah ini! Selamat tinggal semua. (^‿^)

Tamat!

Puteri Tasik PurnamaWhere stories live. Discover now