Pada keesokkan harinya, kelihatan Puteri Atma Mutiyara sedang tersengguk-sengguk di atas Pelangi Sakti. Tiada lagi cahaya pada tanduk Pelangi Sakti. Adakah kuasanya telah hilang? Itu merupakan petanda yang tidak baik!
Bukanlah kerana kuasanya telah hilang, akan tetapi hari sudahpun pagi. Tidak perlu lagi Pelangi Sakti menyalakan tanduknya yang sangat berharga itu.
__________
Acewah, berharga betul tanduknya itu. Mahu juga hamba memotong lalu dijual di pasar tani. Untung banyak, kaya tujuh keturunan! Hehehehe (gelak jahat penulis). (๑¯◡¯๑)
__________
Akibat terlalu mengantuk, Puteri Atma Mutiyara hilang keseimbangan semasa menunggang kuda sumbu itu. Semakin lama semakin ke tepi, lalu baginda tersedar dan memperbetulkan kedudukannya itu. Tidak lama kemudian kedudukannya kembali ke tepi, sudah hampir jatuh hamba melihatnya. Kali kedua baginda menyedari dan memperbetulkan kembali kedudukannya itu. Akan tetapi pada kali ketiga sudah tidak dapat diselamatkan lagi, Puteri Atma Mutiyara bergerak ke samping dan akhirnya baginda diselamatkan oleh seekor harimau?
Ternyata tuan puteri telah diperhatikan oleh harimau itu daripada awal lagi. Semasa Puteri Atma Mutiyara hendak jatuh merebah bumi, harimau itu dengan pantas merangkak menuju ke arah baginda. Harimau itu seperti hendak menerkam Puteri Atma Mutiyara, akan tetapi tidak ku sangka. Semasa harimau itu melompat ke arah tuan puteri lalu harimau itu berubah menjadi seorang jejaka yang sangat segak rupawan. Jejaka itu menangkap puteri yang hampir jatuh merebah bumi. Kini Puteri Atma Mutiyara berada dalam dakapan perwiranya itu.
__________
Tolong hambaaaaa, hamba tidak kuat akan terkenang kejadian ini. Jiwa kesunyian hamba meronta-ronta. Huhuhuhuhu (penulis menangis terkenang akan nasib dirinya).
__________
"Astaghfirullah al'azim, apa yang kamu lakukan akan hamba?" tanya tuan puteri dengan terkejut sambil mendorong jejaka itu lalu berdiri.
Si jejaka segak yang tadinya berada dalam keadaan menekuk lututnya ke tanah itu berdiri dengan pantas. "Maafkan hamba, hamba bukan bermaksud yang tidak baik. Akan tetapi hamba sudah perhatikan kamu dari awal lagi, tersengguk-sengguk di atas kuda sumbu ini. Hamba melihat kamu hendak jatuh, tanpa berfikir panjang hamba pergi menyelamatkan kamu." jelas si jejaka itu panjang lebar dalam keadaan cemas. Dia tidak mahu gadis yang diselamatkannya itu bersalah sangka akan dirinya.
Selepas mendengar penjelasan dan permohonan maaf yang ikhlas daripada jejaka itu, Puteri Atma Mutiyara mengetahui perkara yang sebenarnya terjadi. Baginda sedikit malu kerana hal itu terjadi disebabkan ulah dirinya sendiri. Akan tetapi baginda cuba untuk bertindak selamba, baginda tidak mahu jikalau si jejaka itu tersedar akan perasaan malu yang dialaminya ketika itu.
"Ehem. Baiklah jikalau begitu, hamba maafkan." balas Puteri Atma Mutiyara sambil menutupi mulutnya dengan genggaman tangan kecilnya itu.
"Terima kasih." ujar jejaka itu dengan ringkas.
"Sama-sama kasih." balas Puteri Atma Mutiyara.
Keadaan menjadi janggal seketika. Hanya angin sepoi-sepoi bahasa meniup dedaun pohon-pohon yang berada di situ. Sungguh segar udara pagi itu. Angin itu juga turut meniup selendang tipis yang dipakai Puteri Atma Mutiyara. Selendang itu menutupi hampir keseluruh bahagian atas kepala tuan puteri, lebihan selendang itu dililit longgar pada leher tuan puteri. Pipi gebunya itu ditampar lembut oleh selendang yang telah ditiup angin. Si jejaka itu sekilas memandang akan kejadian tersebut, lalu dengan pantas dia mengalihkan kepalanya, risau jikalau perbuatannya itu disedari oleh gadis di depannya itu.

YOU ARE READING
Puteri Tasik Purnama
Fantasy[ fantasi ] Tasik Purnama telah terkena sumpahan! Disebabkan sumpahan ini, penduduknya yang terdiri dari suku Seroja dan suku Teratai mula berpecah belah. Kedua suku ini memiliki kuasa bunga yang luar biasa hebatnya. Pada suatu hari, seorang ahli s...