16 : Ikan

56 6 0
                                    

Sudah beberapa jam perjalanan Puteri Atma Mutiyara dan Arjuna Sukma menuju ke Kampung Sentosa. Kini hari sudah mulai tengah hari, matahari sudah terpacak di atas kepala mereka berdua. Tenaga sudah semakin berkurangan, oleh itu mereka berdua berehat sebentar di tepi sebatang sungai. Sungai yang sama dimana Cahya Rembulan menyelamatkan Indera Tapa.

Arjuna Sukma kembali menjadi seorang manusia. Pelangi Sakti dibiarkan untuk meragut rumput-rumput yang ada disitu. Puteri Atma Mutiyara dan Arjuna Sukma menikmati air sungai yang jernih di hadapan mereka. Kedengaran bunyi perut berkeroncong dikeluarkan oleh Arjuna Sukma. Dirinya sudah lapar setelah penat berjalan. Puteri Atma Mutiyara menyedari hal itu lalu tergelak kecil. Arjuna Sukma tersenyum malu apabila melihat Puteri Atma Mutiyara mengetawai dirinya.

Selepas itu, Puteri Atma Mutiyara bangkit daripada tempat duduknya lalu menuju ke arah sungai. Baginda bercadang untuk menangkap ikan untuk dijadikan santapan tengah hari. Puteri Atma Mutiyara melangkah pada permukaan air, baginda memerhati ke dalam air. Setelah seekor ikan dilihatnya, lantas baginda menggunakan kuasanya untuk menangkap ikan. Puteri Atma Mutiyara menghulurkan tapak tangannya ke arah ikan tersebut, lalu cahaya-cahaya yang berkilau muncul dan diikuti dengan bunga Teratai keluar daripada dalam air lalu mencedok ikan yang berada di dalam sungai itu.

"Wah! Sungguh menakjubkan, hamba baru tahu jikalau kamu berupaya untuk menangkap ikan menggunakan kuasa kamu. Hebat!" puji Arjuna Sukma panjang lebar sambil menunjukkan riak wajah yang teruja.
Uhui, jarang-jarang ya Arjuna Sukma mahu memuji orang lain. (◕з◕)

Selepas itu, Arjuna Sukma pergi mencari kayu api sementara Puteri Atma Mutiyara menangkap lagi beberapa ekor ikan. Semasa Puteri Atma Mutiyara sedang tekun menangkap ikan, baginda sedikit kecewa kerana hasil tangkapannya tidak begitu besar. Ikan itu kecil, sekecil tapak tangannya. Akan tetapi baginda tetap berusaha mencari ikan yang lebih besar kerana usaha tangga kejayaan. Sedang asyik Puteri Atma Mutiyara memerhati ke dalam sungai, tiba-tiba muncul pari-pari kecil berterbangan di sekeliling Puteri Atma Mutiyara.

"Apa khabar tuan puteri" tegur si pari-pari kecil itu.

"Khabar baik, bagaimana kamu tahu yang saya ini seorang puteri?" tanya Puteri Atma Mutiyara kehairanan.

"Ini sudah tugas saya tuan puteri, dengan sekali lihat saya dapat mengetahui identiti seseorang itu." jelas si kecil kepada Puteri Atma Mutiyara.

Puteri Atma Mutiyara hanya mengangguk-anggukan kepalanya tanda faham.

"Siapakah nama kamu wahai si kecil?" tanya Puteri Atma Mutiyara.

"Saya Pari Intan tuan puteri." ujar si pari-pari itu seraya tersenyum manis.

"Selamat berkenalan, saya Puteri Atma Mutiyara." walaupun baginda sudah tahu bahawa pari-pari itu sudah mengetahui namanya, akan tetapi baginda tetap memperkenalkan diri.

Mereka berdua berbual-bual, Pari Intan juga menolong Puteri Atma Mutiyara untuk menangkap ikan. Pari Intan membawa tuan puteri di tempat yang mempunyai ikan lebih besar. Disebabkan hal itu, Puteri Atma Mutiyara dapat menangkap beberapa ekor ikan yang lebih besar. Sudah cukup untuk membuat dirinya dan Arjuna Sukma kekenyangan. Selepas itu, Puteri Atma Mutiyara naik ke daratan diikuti dengan Pari Intan di sampingnya.

"Terima kasih Pari Intan kerana menolong saya." ucap Puteri Atma Mutiyara.

"Sama-sama kasih tuan puteri!" Pari Intan teruja kerana dapat menolong Puteri Atma Mutiyara.

Selepas kejadian itu, Pari Intan selalu mengikuti Puteri Atma Mutiyara. Hal ini kerana Pari Intan berseorangan di dalam hutan yang tebal itu. Puteri Atma Mutiyara juga tidak keberatan akan hal demikian. Baginda sangat menyukai Pari Intan, comel sungguh. Kecik molek sahaja Pari Intan itu.

Mereka berdua menunggu kepulangan Arjuna Sukma yang sedang mencari kayu api. Setelah sekian lama tiada kelibat Arjuna Sukma, akhirnya dia kembali dengan membawa beberapa kayu api. Arjuna Sukma mencari tempat yang sesuai untuk membuat unggun api. Setelah menjumpai tempat tersebut, Arjuna Sukma pun meletakkan segala kayu di atas tanah. Disusun kayu-kayu itu menjadi sebuah unggun api. Api dihidupkan untuk membakar ikan-ikan yang ditangkap tadi. Ikan-ikan tersebut dicucuknya pada rating kayu dan dihalakan ke arah api yang marak menyala itu. Ikan tersebut dibalik-balikan supaya masak sepenuhnya. Selepas ikan mulai masak, mereka pun memenuhi perut mereka yang kosong itu.

"Nah." Arjuna Sukma memberikan secucuk ikan yang telah masak kepada Puteri Atma Mutiyara.

"Terima kasih." ujar Puteri Atma Mutiyara.

"Sama-sama kasih." balas Arjuna Sukma dengan senyuman yang kecil.

Puteri Atma Mutiyara memerhati Arjuna Sukma yang sedang tekun membakar ikan itu. Kelihatan beberapa titik peluh keluar daripada dahi Arjuna Sukma. Puteri Atma Mutiyara yang menyedari hal itu mengambil selendang yang telah koyak pada lehernya lalu dilap peluh yang menitis itu. Badan Arjuna Sukma sedikit kebelakangan setelah kain selendang menyentuh dahinya.

"Ma...maafkan hamba." Puteri Atma Mutiyara meminta maaf tergagap-gagap. Puteri Atma Mutiyara tidak tahu kenapa dirinya bergerak balas selepas melihat peluh itu.

"Tidak mengapa, terima kasih." balas Arjuna Sukma sedikit malu-malu.

Puteri Atma Mutiyara hanya menunduk malu. Dia mencubit-cubit ikan yang berada pada tangannya itu. Selepas itu, tanpa disangka-sangka. Arjuna Sukma meminta sesuatu daripada Puteri Atma Mutiyara.

"Bolehkah kamu menyuapkan ikan itu kepada hamba?" tanya Arjuna Sukma dengan suara yang sedikit perlahan, akan tetapi masih boleh didengari oleh Puteri Atma Mutiyara.

Puteri Atma Mutiyara hanya tersenyum selepas mendengar permintaan itu. Puteri Atma Mutiyara mencubit sedikit ikan itu lalu disuapkan kepada Arjuna Sukma yang sedang membakar ikan. Pari Intan yang berada di situ hanya menyaksikan hal-hal tersebut. Keberadaan Pari Intan di situ sudah seperti nyamuk yang kesepian. ╮(^▽^)╭

Kenyang sudah mereka semua, Alhamdulilah. Kenyang perut hati senang. Mereka berehat seketika selepas makan. Berasa mengantuk pula selepas perut sudah kenyang. Mereka berteduh di bawah sebuah pokok yang rendang ditemani angin sepoi-sepoi bahasa mengulit lembut diri mereka. Mata yang layu sudah mulai berkedip-kedib. Sungguh nyaman rasanya suasana di situ. Pari Intan yang berada di situ mengawasi keadaan disekitar. Pari Intan setia menemani Puteri Atma Mutiyara.

Setelah bosan berada di situ, Pari Intan pergi bersiar-siar. Pari Intan menikmati keindahan alam yang terbentang luas di hadapannya. Sudah lama dirinya kesepian tanpa seseorang disisi. Oleh itu, selepas berjumpa dengan Puteri Atma Mutiyara. Dia membuat keputusan untuk menemani tuan puteri. Selepas lama bertebangan, dia menjumpai seseorang yang sedang meminta pertolongan. Sangat gelisah muka si jejaka itu. Pari Intan pergi menghampiri jejaka yang berada dalam kesusahan itu.

"Wahai si jejaka, ada apa yang berlaku sehingga kamu gelisah sebegini?" tanya Pari Intan selepas menghampiri si jejaka itu.

"Tolong saya si kecil, sahabat saya tidak sedarkan diri." jawab si jejaka itu termengah-mengah.

"Tolong saya, saya tidak tahu bagaimana untuk merawatnya. Badannya terlalu lemah." sambung si jejaka itu.

Selepas mendengar penjelasan daripada si jejaka itu, Pari Intan itu mengajaknya untuk berjumpa Arjuna Sukma dan Puteri Atma Mutiyara. Pari Intan berfikir bahawa Arjuna Sukma dan Puteri Atma Mutiyara dapat membantu jejaka itu.

"Baiklah kalau begitu, mari ikut saya dahulu." ujar Pari Intan

Tanpa sebarang kata, si jejaka itu mengikuti Pari Intan. Dengan harapan dia dapat mencari bantuan untuk menyelamatkan sahabatnya yang terbaring lemah itu. Perjalanan mereka tidaklah begitu jauh. Akhirnya mereka sampai di tempat yang dituju. Alangkah terkejutnya, si jejaka itu selepas melihat Arjuna Sukma dan Puteri Atma Mutiyara. Dia teragak-agak untuk meminta pertolongan kepada Arjuna Sukma dan Puteri Atma Mutiyara. Walaupun begitu, dia tetap beranikan diri untuk berhadapan dengan mereka berdua. Dia sudah buntu untuk mencari bantuan. Akhirnya dia mendekati Arjuna Sukma dan Puteri Atma Mutiyara.

__________

Siapakah si jejaka itu?

Kenapa dia teragak-agak untuk meminta pertolongan dengan Arjuna Sukma dan Puteri Atma Mutiyara?

Bersambung.....

Puteri Tasik PurnamaWhere stories live. Discover now